Langkau ke kandungan utama

MASALAH RUMAH BARU

     Frustlah jugak bila dah seronok masuk rumah baru tapi beberapa problem lain datang menjengah. Masalah pertama sinki dapur. Baru seminggu guna air mula keluar dari celah lantai. Sedihnya rasa sebab ini rumah barukan. ALLAH nak uji tu, alhamdulillah. Mulalah tadah air guna tong sampah besar. Dah penuh kena seret pi bilik air sebelah untuk buang dan tadah lagi. 

      Sehari adalah dalam 5 kali buang air tadahan,maklumlah kita masak pagi petang mestilah banyak guna air. Pinggang dan lengan mula terasa lenguh berpanjangan. Pemaju dah diberitahu tapi lepas 2 minggu baru datang repair. Alhamdulillah, hari ni selesai masalah menadah. Pemaju datang repair. Rupanya banyak sangat pasir dalam lubang. Dia pecahkan jubin dan korek pasir dari dalam.


Pasir yang dibuang dari dalam lubang sinki


Mujur lubang utama tidak tersumbat 

     Tapi lepas dah pecahkan jubin dia kata akan tampal jubin baru tu kemudian tapi orang lain akan datang buat. Dah terdedah pulak lubang tu. Takpelah asal masalah selesai. 

     Tapi masalah lain grill rumah pula dah lari dari line. At last sangkut tak boleh tutup pintu tu. Aduh!! Satu demi satu masalah mendatang. Dah call pekedai grill tu pun belum nak datang lagi sampai hari ni. Banyak projek pagar orang lain nak kena buat katanya. Sabar jelah. Akhirnya hampir sebulan report baru pakcik grill tu datang. Di pateri semula semua yang tertanggal tapi dibiarkannya hitam kesan pateri. Nampak kali ni pateri lebih tebal dari dulu. Harap masalah tak berulang lagi. 

     Ada impian belum tertunai. Nak jubinkan penuh bahagian porch depan rumah dan nak jubinkan dapur. Dah jumpa orang yang nak diupah tapi takde budget lagi. Tengah menyimpan slow-slow ni..harap harapan jadi kenyataan.AMin.

Catatan popular daripada blog ini

SILVERITAGE IPOH, MEDAN GOPENG

Selepas jogging di Taman Botani, biasanya kami akan terus cari makan. Pusing punya pusing terlajak di Medan Gopeng terus ternampak food court baru di kawasan stesen bas lama di sana.   Dah terlajak sanggup pusing semula dibawah flyover dan kembali ke SILVERITAGE IPOH. itulah namanya, kawasan yang dulunya 'tandus' ditengah-tengah Medan Gopeng kini dan 'hidup' semula. Ada banyak food court disini terbahagi kepada dua bahagian tapi semua penjualnya Melayu. Jom layan gambar-gambar food court dibawah.  Ni Mee Keroncong..sedap lah jugak. Sebelah atas betul-betul atas kawasan bas stesen dulu sudah jadi kawasan penempatan peniaga melayu kita. Buat masa ni baru ada 4 - 5 kedai saja. Harap-harap lepas ni semakin penuh orang berniaga, baru meriah dengan pengunjung. Jom layan keindahan lanskap disekitar sini, sesuai untuk lepak-lepak dengan keluarga. Ada air pancut ditengah-tengah kawasan. Kedai-kedai masih kosong. ...

CERITA RUMAH PR1MA

 Sebelum penghujung tahun lepas lebih kurang bulan Oktober 2015 aku telah memohon rumah prima buat pertama kali melalui web :  http://www.pr1ma.my/  . Kemudian aku pun tidak menunggu apa-apa tawaran kerana yakin tidak akan terpilih disebabkan keadaan kewangan aku dan suami tidaklah berapa 'cantik'.      Tak kusangka tawaran pertama mengunjung pada 7 Jun 2016 melalui email peribadiku menawarkan Pemilihan Unit Rumah Prima di Meru. Tanpa melalui undian tiba-tiba aku mendapat tawaran khas untuk pemilihan unit rumah terus..zaass..! Kerana terkejut aku tolak tawaran ini hihi..                                    @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@ Tuan/Puan/Encik/Cik NxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxR Terima kasih kerana berdaftar dengan PR1MA dan memilih IPOH sebagai lokasi pilihan pertama kediaman PR1MA anda. Sukacita dimaklumkan bahawa anda te...

MEDAN SELERA TOK SAGOR , IPOH

Terletak bersebelahan dengan Masjid Negeri Perak s ekarang Medan Selera Dato Sagor dah cantik dan kemas. Hari tu saja-saja abang saya ajak singgah makan pagi, tapi macam tak banyak pilihan yang ada..kebanyakkan kedai yang tawarkan Roti Goyang atau Roti Telor Gedik dan kebanyakkan kedai milik peniaga Cina. Campur-campur kedainya dengan kedai Melayu sebelah-sebelah.jom layan gambar ni; Gambar masjid pun tak ketinggalan diambil..berhadapan Medan selera ni