Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2016

TOMPOK KEBIRUAN DI KAKI

       Aimil mengadu padaku, 'mak,kaki saya kena gigit nyamuk!!'. Aku lihat kearah kakinya, terdapat tompokan merah sebesar duit syiling RM0.10 dan RM0.20 lebih kurang 4 tompokan. Mmm,aku periksa cecair ubat nyamuk ini masih ada lagi ditempat tidurnya. Ok takpe nanti mak sapu minyak gamat ye'. Aimil mengangguk saja.           Esoknya Maghrib Aimil mengadu lagi,'mak tengoklah kaki saya jadi macam ni!'. " Ya Allah! aku terkejut melihat apa yang terjadi pada tompokan merah semalam bertukar biru kehitaman. Macam kurap pun ada, macam kena sedut dek ulat pun ada. Ayahnya gagal beri keputusan apakah tompokan ini. Buat masa ni kami kata kena gigit nyamuk je la. Redha je lah. Jangan perkara buruk yang tidak diduga pula. Ya ALLAH, minta simpang. Beginilah rupanya ;                                                 ...

TUSUKAN PENSEL DI BADAN

           Sebagai seorang ibu yang menghantar anak ke Tadika bukanlah sikap yang disukai jika kita menegur guru-guru tadika anak kita. Memang sejak aku hantar Aimil Tadika lagi (kini dia 11 tahun) hinggalah sekarang aku menghantar Amira tak pernah lagi aku menegur cara penjagaan guru-guru disana.              Cuma kerap, memang kerap Amira pulang dari sekolah tadikanya dan membawa kesan calar dan kesan tusukan pensel pada badannya. Dan setiap kali itulah juga aku sentiasa rasa nak bertanyakan tentang kepekaan guru tika anak di Tadika. Tapi aku pendamkan je, tak syoklahkan. Nanti dia dendam pada anak kita pulak. Jadi aku pendamkan je.              Sebulan jadi dua bulan. Dua bulan jadi enam bulan akhirnya setahun setengah dah ni lalu ke nak tunggu lagi. Anak sebulan sekali bawak balik kesan calar, kadang-kadang sebulan dua kali. Akhirnya hari ni terjadilah dialog dengan Cikgu ...

MENYAKSIKANMU

Bismillahirrohmanirrohim.. Bisik hati sentiasa mencari wajahmu agar diri ini dapat menyaksikan satu keindahan yang dirindukan menyaksimu adalah perjalananku Yang paling susah kerana kelupaan itu lebih menguasaiku berbanding kesungguhanku menyaksiMu Wahai Ilahi ampuni aku yang kerap lalai dalam menyaksikanMu terpedaya aku dengan keindahan dunia tertipu aku dengan indahnya noda yang membuatkanMu menjauhi rasa cinta semesta Ya Robb dekatkanlah qalbu ini agar sentiasa diterjemahkan rinduku ini dengan menyaksikanMu dengan penuh kesaksian yang Ilahku bukanlah milikku hanya milikMu.. Bila lagi malam akan terus membangunkanku  agar langit yang terbungkam itu menerangi  cahaya yang disembunyikannya  untuk aku mamasuki alam kecintaanMu dalam penyaksianku 27 julai 2016 3.34 pm Taiping