uami (kugelar abang) dah lama sakit jantung . Serangan pertama sejak 2012 lagi. Sudah beberapa kali buat Angiogram dan dah masuk Stand pun. Selepas suntikan vaksin Spritzer tahun 2020 sakitnya makin parah. Cukup 2/3 bulan lepas tu jantung semakin sakit jadinya. Akhirnya makan ubat bawah lidah tu 5 biji sehari. Allah.. Panggilan pertama untuk buat bypass pertengahan 2022 tapi tak boleh pulak sebab positive covid . Ujian PCR dibuat di klinik dua hari sebelum jadual pembedahan. Tak sangka pula positif ini bererti kali kedua suami aku positif. Hampir 2 minggu sebelum tarikh bypass yang baru tiba-tiba suami diserang minor stroke . Mujur sempat dikejarkan ke hospital Taiping . Syukur alhamdulillah suami baik-baik saja selepas serangan strok kecil itu. Allah Hu Akhbar Kalau boleh tak mahu sampai ke tahap buat bypass sebab macam-macam cerita kita dengar. Ada yang selamat ada yang tak selamat ada yang okey ada yang tidak okey. Ada yang buat kali kedua pulak selepas selesai kali ...
PERISTIWA DEMI PERISTIWA KEPADA ALLAH KEMBALI JUA..