Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2013

LANGSIR DAH JAHIT

Dalam perkiraan nak masuk rumah sewa baru mulalah dalam kepala nak cari benda baru. Paling biasa-biasa je pun langsir baru ye dak??..abg dah bagi green light unt jahit langsir baru dan dah pilih warna pun unt digayakan. Tukang jahitnya akulah jugak. Memandangkan langsir cubaan aku yg pertama nampak berjaya, so..aku akn cuba jahit sendri langsir rumah nie. Ni antara contoh langsir survey kat google la nie.. Kepala langsir tu,wow! cantiknya.. Akhirnya atas permintaan my darling warna pilihannya telahpun tersedia dan langsir pun mula dijahit..jeng jeng dan inilah hasilnya bila dah terpasang di dinding rumah sewa. tapi ni belum siap lagi ni, kepala langsir masih menjadi idaman hatiku . Entah bila nak siap ntah, siang kerja ofis malam kerja rumah ,sabtu dan ahad merewang pulak!ok,tunggu next picture my kepala langsir. daaa..

PINDAH RUMAH

Aku akan berpindah ke rumah sewa di bandar Taiping. Jangan tak tau aku duduk kat Taiping sekarang, cuma dari 25 Julai 2012 hinggalah hari ini aku masih lagi di Kuaters Klinik Kesihatan Kuala Sepetang. Sesungguhnya duduk di Kampung memang best, tapi terlalu jauh rasanya ke tempat kerja dan tempat sekolah anak-anakku, akhirnya aku rasa penat. Dah tak larat dah rasanya nak berulang alik setiap hari lagi. Akhirnya aku dapat sebuah rumah unt disewakan..syukur.              Rumah yang terletak di Taman Saujana, Assam Kumbang ni mmg dekat sgt dgn tempat kerja aku,cuma kena keluar ke bandar sikitlah kalau nak hantar Aimil dan Mira. Its ok. Walaupun sedikit sebanyak aku masih risaukan kesihatan suami tapi Insyaallah, aku berserah pada Mu untuk menjaga kami semua..Insyallah.  Ni gambar rumah sewa pada hari pertama bayar deposit: Superhero aku dengan pantasnya menyiapkan semuanya seorang diri. Tak bagi aku tolong, serabut katanya, jag...

SELAMAT TINGGAL 2012

Syukur Alhamdullillah.. Tahun 2012 dijalani dengan syukur dan redha di atas ketentuanNya (Allah menunjukkan jalanNya). Ampunkanlah kami Ya Allah diatas kelemahan dan ketipudayaan syaitan ke atas kami sehingga membuat kami lalai ke atasMu sepanjang 2012 Ya Allah, jadikan 2013 ini tahun yang menyaksikan kami semakin mengerti akan hikmah Mu Ya Allah..kami hambaMu yang lemah dan hina memohon petunjukMu dan keberkatanMu,amin..Ya Robball Alamin..                 Aku dan kamu sebagai hambaNya pasti menjalani setiap saat hidup dengan cerita masing-masingkan, aku ingin sekali mengongsikan hidupku, cerita suka duka..Kalau bukan unt berkongsi cerita dengan kawan-kawan aku berharap anak2 aku akan menyukainya bila mereka sudah besar nanti. Supaya mereka boleh ingat kemana,bagaimana,mengapa dan betapa sayangnya mak dan ayah mereka kepada mereka. Aku juga berharap akan kuat semangat untuk sentiasa mengupdate blog ini untuk kepuasan diriku sendiri..ok,Zetty....