Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2015

MASALAH RUMAH BARU

     Frustlah jugak bila dah seronok masuk rumah baru tapi beberapa problem lain datang menjengah. Masalah pertama sinki dapur. Baru seminggu guna a ir mula keluar dari celah lantai. Sedihnya rasa sebab ini rumah barukan. ALLAH nak uji tu, alhamdulillah. Mulalah tadah air guna tong sampah besar. Dah penuh kena seret pi bilik air sebelah untuk buang dan tadah lagi.        Sehari adalah dalam 5 kali buang air tadahan,maklumlah kita masak pagi petang mestilah banyak guna air. Pinggang dan lengan mula terasa lenguh berpanjangan. Pemaju dah diberitahu tapi lepas 2 minggu baru datang repair. Alhamdulillah, hari ni selesai masalah menadah. Pemaju datang repair. Rupanya banyak sangat pasir dalam lubang. Dia pecahkan jubin dan korek pasir dari dalam. Pasir yang dibuang dari dalam lubang sinki Mujur lubang utama tidak tersumbat       Tapi lepas dah pecahkan jubin dia kata akan tampal jubin baru tu kemudian tapi...

KRIM MUKA YANG BEST

     Walaupun tahu muka ni jenis berminyak tapi tak boleh berhenti pakai bedak. Tapi semenjak umur dah meningkat ni rasa dah malas nak pakai bedak muka. Cuba pula guna krim muka saja tanpa bedak..alahai,muka jadi berminyak dalam beberapa minit saja lepas apply so bedak masih diperlukan!!.     Macam-macam krim muka dah pernah cuba hinggalah cubaan pertama menggunakan jenis BB CREAM berjaya memikat hati ini. BB CREAM mengelakkan muka dari bertompok dan berminyak. Mungkin apa saja jenama BB Cream semua akan ok. Sekarang pun dah ada CC Cream. Tapi aku tak pernah cuba.         Produk ini adalah dalam setahun aku dah pakai. Sesuai dengan kulit aku yang berminyak jadi kurang berminyak bila apply ke muka dari pagi hingga ke tengah hari. Ingat tak mau tukar lain dah. Tapi pelik dalam hujung Disember 2014 produk ni dah semakin hilang dari pasaran. Pergi cari ke mana-mana pasaraya pun dah tiada. Mungkin sebenarnya nak digantikan denga...

MAKAN MALAM DI THE GATE CAFE

Syukur di Taiping ni ada tempat makan best juga. The Gate Cafe, Post dalam group Makan Best di Taiping asyik post pengalaman hebat member group yang makan di sini. Memang teringin nak pergi dan malam ni hajat kesampaian. Western food adalah main course. Grill sampai 30 ringgit pun ada. Lasagna dalam 15 ringgit. At last aku ambil lamb grill RM 19.90..ada 3 keping penuh isi bukan tulang ye. Puas hati sangat. AMiRa makan nasi goreng tomyam pun sedap. Suami makan Sizzling Mushroom Chicken Chop kuah melimpah-limpah RM 12.50 dan Sizzling Ye Mee RM7.50. Tengoklah air yang share dengan mira ni. Watermelon + lychee RM 11.50. Besar sungguh gelasnya. Seronok budak-budak minum. Bagi yang berpeluang atau teringin nak cuba Western Food tu mai la ke The Gate Cafe..Lepas makan boleh jalan-jalan ke Taiping Mall yang bersebelahan blok dari situ. Enjoy in Taiping.