Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2014

PENDAFTARAN GST

    Hari ni seperti biasa ada kerja di luar. Ada keperluan untuk pendaftaran GST diHotel Flamington anjuran North Perak Chinese Chamber Of Commerce & Industry. Hari tu dah lalui hari GST di Sekolah Menengah Tinggi Hua Lian, Taiping sehari suntuk pada hari Ahad. Takpelah, bertugas untuk kerajaankan!     Seperti biasa ceramah dijalankan dalam bahasa Cina. Memang tak fahamlah sangat-sangat. Biarlah mereka bergelumang dengan kefahaman mereka sahaja kalau itu boleh membantu. Taklah semua nak tala ke Kastam sahaja sehingga kami dah sebu untuk menjawab semua soalan.      Nampaknya kefahaman rakyat tentang GST dah semkain jelas dengan bantuan NGO yang turut serta terlibat dalam penerangan GST. Tapi masih ramai juga rakyat yang tidak ambil tahu lansung dan berasa amat tertekan hingga nak tutup perniagaan sebab tekanan GST ni saja. Kesian jugak kat mereka ni..apalah nasib negara dah nak laksanakan GST dalam tempoh beberapa bulan lagi.     Se...

KEJADIAN PELIK DI JAMBATAN KEDUA PULAU PINANG

          Aku rasa tajuk diatas taklah melampau sangatkan!.Nak menakutkan orang Pulau Pinang je. Walaupun aku lahir di Kuantan,tapi aku ada darah Peneng. Ayah aku orang Kuala Muda,Peneng. Sekarang pun aku kerap selalu ke Peneng cuma taklah sampai balik Kuala Muda, jauh jugak dari Seberang Perai tu.         Hari ni suami bawa kami pergi melawat Jambatan Kedua Pulau Pinang. Dah lama semenjak siap belum lagi lalu di sini. Macam biasa agak lewat dalam jam 6 kami bertolak dari Taiping, dalam pukul 7.15 dah berada atas jambatan baru ni. Mengagumkan, memang luas dan indah suasana laut di sini. Tapi agak pelik dengan pemandangan awan yang rendah daripada biasa. Akhirnya dari perasaan gembira semua bertukar jadi gelisah. Hati berdoa cepat2lah sampai ke seberang supaya tak jadi perkara yang tidak diingini di atas sini. Anak aku menjerit menghuru harakan isi dalam kereta bila dia kata puting beliung di tengah laut. Huh, sukar untuk digambarkan...

SWIMMING POOL CLUBHOUSE LAKETOWN

            Syukur ALhamdulillah kerana perancangan semalam berjalan lancar pagi ini. Seawal 6 pagi aku dah bangun dan menyelesaikan apa yang patut, Tepat jam 8 kami sekeluarga bergerak ke Bukit Merah Laketown Resort untuk menuju ke Swimming Pool di sana. Sampai sana di sana jam dah menunjukkan jam 9.00.      Clubhouse Laketown Bukit Merah nama diberi. Masuk ke dalam pintu gerbang yang sama dengan Bukit Merah Laketown Resort. Bila sampai ke roundabout ke Waterpark tu kenalah ambil jam 12 untuk sampai ke Clubhouse. Jalannya lurus dan jauh ke dalam tapi kita akan tempuh banyak apartment yang dijadikan rumah sewa atau homestay sepanjang jalan. Macam gaya hidup mewah di situ tetapi rumah banyak kosong dan iklan sewa terpampang ditingkap-tingkap rumah.       Kita akan menempuh Suria Apartment Bukit Merah dulu sebelum sampai ke Clubhouse. Didalam Suria Apartment ni pun ada kolam mandi yang boleh tahan jugak be...

AIMIL AKHIRNYA BERSUNAT

      Syukur kepadaMu Ya Allah diatas nikmat yang Kau berikan.        Hari ini anakku Aimil akan bersunat dan melengkapkan satu kitaran seorang lelaki Mukmin, Insyaallah. Suamiku agak lewat booking penyertaan Aimil dalam Majlis sunat yang bakal disertai oleh puluhan malahan beberapa majlis yang lain sehingga seratus lebih penyertaan bersunat anak-anak lelaki Muslim. Sekurang-kurangnya kos boleh dikurangkan dari situ. Mungkin kerana terlalu sibuk bekerja suamiku terlepas pandang tarikh pemilihan kami bersunat dan juga sibuk dalam urusan kemasukkan ke rumah baru kami yang telahpun dapat kuncinya, maka hari ini 20 November 2014 dipilih sebagai tarikh sunat Aimil di sebuah klinik swasta Klinik Perubatan Zalfa di Kamunting,Taiping.           Mulanya Aimil asyik berkata lambatnya nak sunat ni mak? tapi bila pintu bilik doktor dibuka dan namanya dipanggil Aimil terus genggam tangan aku.Aku kata hanya ayahnya saja akan teman...

SEPULUH TAHUN KAHWIN, TUJUH KALI PINDAH RUMAH !!..

Kegairahan nak masuk rumah baru membuatkan kami suami isteri sebelum nak tidur pun masih bercakap-cakap pasal hal rumah baru. Apa belum buat,itu belum cukup,ini masih kurang!! Kalau boleh kali ni semuanya nak lengkap. Tak mahu begitu biasa-biasa je macam rumah sewa sebelum nie..        Mungkin aku ni memang kurang mengemas,atau mungkin tidak pengemas orangnya. Tapi yang pasti rumah aku sebelum-sebelum nie tak lah kemas sangat. Hingga sakit mata memandang pun ada. Itupun dah rekod papa kedana dah sebab dah 7 kali pindah..       Selepas berumahtangga,rumah pertama aku di kuaters Taman Melati. Aku duduk di tingkat 2. Masa tu memang simple sangat isi rumah cuma ada katil dan almari saja. Beberapa bulan lepas tu jiran depan rumah jual set perabot RM50 je so adalah perabot sikit. Bila dah ada anak tu belilah meja makan pulak bukan apa supaya anak tak kacau makanan. Duduk rumah flat ni yang syoknya takde gangguan tikus dan angin menghembus pun banyak...