Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2020

MY LOVELY VIVA 1.0 SS

Beli Viva pada 13 April 2013. Artikel ditulis pada Julai 2016.            Aku sayang kereta Vivaku ini. Walaupun aku ada bercadang untuk tukar dengan kereta yang lebih besar (10 tahun lagilah ) tapi aku tetap buktikan yang aku sayang forever pada kereta ini. Buktinya hari ini aku singgah di kedai Hock Seng Cushion & Air Cond Auto Accessories untuk cantikkan kereta ini.       Perbelanjaan yang dikeluarkan sehingga RM 1100 sahaja meliputi :   1. Cushion Kereta. RM 400   2. Cover Bonet Depan RM 130     3. Radio J V C. RM 295   4. Speaker Depan Sahaja. RM. 180   5. Dashboard Depan. RM. 60   6. Slip Pintu. RM 10   7. VIVA Logo Colour. RM 8   8. Sticker Frame Pintu RM 30...

MATA ANAK BERDARAH

Sudah hampir 3 bulan kebelakangan ni mata Amira 10 tahun teruk membengkak, ketumbit, naik bijik dan seumpamanya. Tak dapat kupastikan apa punca utamanya. Dia jarang nak ada masalah mata. Tak tahulah  tiba-tiba kenapa kerap masalah macam ni pulak menyerangnya. Aku syaki telur tapi bila dah dua tiga hari tak makan telur masih jugak naik bengkak. Kemudian aku syaki ayam tak makan pun dia naik juga mata tu. Mira ni matanya jenis bulat dan galak, jika naik bengkak dia alahai kesian sangat, nampak senget sebelah mata cantik anak mak ni.  Dan suatu hari mata tu mengalir darah.!!  16 Disember 2020  Aku masih lagi tak ambil tindakan sebab fikirkan dia ada menggaru matanya ,dia mmg kerap garu matanya. Mungkin gatal tak dapat nak tahan.  Aku dan suami cuci dan bagi Amira makan ubat alergi Chlorpeniramine sebijik tu je. Oleh sebab masa tu waktu malam maka kami tangguhkan nak bawak jumpa doktor. Alih-alih esoknya terus tangguh sampai blog ni ditulis. Aduhai la mak oh mak!!...

SELAMAT TAHUN BARU 2021

  Assalamualaikum wbkth..           S elamat tahun baru 2021. Tahun yang tetap hadir pada diri dan bakal menyaksikan pelbagai perkara yang telah di atur oleh Allah swt. Apapun yang datang kita kena redha pada ketentuanNya. Marilah sama-sama kita berdoa moga dalam hati ini dicucuri nikmat Cinta kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW lebih-lebih mendalam dan sebati.           Pada insan yang ingin mencari diri mulalah menyusun tangan memohon doa kepadaNya agar dipertemukan guru-guru yang boleh membimbing kita mengenali Yang Esa. Kurangkan berguru dengan kitab-kitab sebaliknya mulalah bertalaki dan duduk mengadap guru dalam meniti jalan tauhid yang maha mendalam ini.           Semoga kalian terutamanya para wanita hidup bahagia dengan suami. Bahagia kerana suami kalian memilih untuk mencari RobbNya yang Maha Agung dan bahagia kerana kalian sedang berada di jalan yang benar untuk bertemu dengan Robb ...

PENGALAMAN GANGGUAN KENA TINDIH KETIKA TIDUR

28 Disember 2020 Aku ni peminat drama Korea. Kalau aku dah mengadap TV drama Korea tu laki aku pun tak boleh buat apa!. Sekurang-kurangnya aku akan lipat kain sambil tengok tv tak la dia boleh nak marah sangat! bantu suami la katakan . :) Kali ni aku hampir sebulan layan cerita ni. Oleh kerana aku balik kerja pukul 5 petang jadi aku takde pilihan kecuali tengok time Maghrib. Tajuknya The Guest.  Ni drama horror. Aku kalau nak tengok memang pilih drama kategori horror, kalau tak horror sekurang-kurangnya Fantasy atau Thriller..cintan-cintan tak main ye.           Dan inilah drama paling seram pernah aku tengok selama layan pelbagai drama Korea bersiri ni. Tak kusangka aku yang ganas dan hati keras ni sampai boleh terbawa-bawa dalam mimpi akan cerita ini. Paling teruk aku kena tindih sebab terbawa-bawa cerita ni..!! hampeh punya hantu Korea.           Pelakon yang melakonkan drama ni berjaya buat aku stress dengan aktiviti m...

HARI JUMAAT HARI YANG MULIA

 Assalamualaikum saudaraku Mukmin dan Mukminat. ========================================== 1. Sesungguhnya hari Jumaat adalah hari yang suci dan mulia. 2. Hari Jumaat juga adalah hari perjuangan bagi setiap orang Mukmin dan Mukminat. 3. Hari Jumaat ini adalah Penghulu segala hari. 4. Hadis - Daripada Abi Lubabah bin Abd al-Munzir, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu kepada segala hari dan seagung-agung hari di sisi Allah yang mana keagungannya itu di sisi Allah lebih agung berbanding hari raya Aidiladha dan juga Aidilfitri.  Ini kerana, pada hari tersebut terdapat lima perkara besar iaitu:  Padanya diciptakan, diturunkan ke bumi dan diwafatkan Nabi Adam.  Padanya juga terdapat satu masa apabila seseorang itu meminta sesuatu kepada Allah pasti akan diberikan kepadanya selagimana dia tidak meminta sesuatu yang haram. Padanya juga akan berlakunya Kiamat dan pada hari itu juga (hari Jumaat)  Tidak ada malaikat yang dekat dengan ...