Hari ni aku pergi ke Klinik Kesihatan Daerah ditemani suami. Sebabnya bulan ni aku telah didatangi haid selama 25 hari. Perkara ni pernah berlaku bulan Disember 2015 dimana aku datang haid selama 3 minggu. Tapi masa tu tak letih lansung malahan makin bertenaga. Setiap bulan aku datang haid dengan kekerapan bertukar pad adalah sejam sekali jika tidak akan melimpah hingga terpaksa tukar seluar dalam. Bukankah ini luarbiasa..! Adakah ini tanda-tanda penyakit.? Aku masih berdegil untuk berjumpa doktor. Mengharapkan keadaan kembali normal bulan berikutnya. Aku pulak dah terlepas pemeriksaan pap smear selama setahun setengah. Kebelakangan ni aku dah mula rasa kebas-kebas badan terutama badan dan kepala. Pelik,kenapa kepala pun kebas juga.? Akhirnya di sinilah aku..dari jam 9.15 pagi hinggalah jam 10.20 pagi namaku belum dipanggil. Padahal aku giliran keempat je list menanti giliran. Badanku terasa kebas hingga ke belakang kepala. Sejam menunggu then dah duduk depan ...
PERISTIWA DEMI PERISTIWA KEPADA ALLAH KEMBALI JUA..