Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2018

SILVERITAGE IPOH, MEDAN GOPENG

Selepas jogging di Taman Botani, biasanya kami akan terus cari makan. Pusing punya pusing terlajak di Medan Gopeng terus ternampak food court baru di kawasan stesen bas lama di sana.   Dah terlajak sanggup pusing semula dibawah flyover dan kembali ke SILVERITAGE IPOH. itulah namanya, kawasan yang dulunya 'tandus' ditengah-tengah Medan Gopeng kini dan 'hidup' semula. Ada banyak food court disini terbahagi kepada dua bahagian tapi semua penjualnya Melayu. Jom layan gambar-gambar food court dibawah.  Ni Mee Keroncong..sedap lah jugak. Sebelah atas betul-betul atas kawasan bas stesen dulu sudah jadi kawasan penempatan peniaga melayu kita. Buat masa ni baru ada 4 - 5 kedai saja. Harap-harap lepas ni semakin penuh orang berniaga, baru meriah dengan pengunjung. Jom layan keindahan lanskap disekitar sini, sesuai untuk lepak-lepak dengan keluarga. Ada air pancut ditengah-tengah kawasan. Kedai-kedai masih kosong. ...

MEDAN SELERA TOK SAGOR , IPOH

Terletak bersebelahan dengan Masjid Negeri Perak s ekarang Medan Selera Dato Sagor dah cantik dan kemas. Hari tu saja-saja abang saya ajak singgah makan pagi, tapi macam tak banyak pilihan yang ada..kebanyakkan kedai yang tawarkan Roti Goyang atau Roti Telor Gedik dan kebanyakkan kedai milik peniaga Cina. Campur-campur kedainya dengan kedai Melayu sebelah-sebelah.jom layan gambar ni; Gambar masjid pun tak ketinggalan diambil..berhadapan Medan selera ni

JALAN-JALAN KE PENENG AVATAR SECRET GARDEN

Hari tu siangnya bersuka ria di The Top, malamnya kami pergi ke  Penang Avatar Secret Garden beralamat di    336, Jalan Tokong Thai Pak Koong, Tanjung Tokong, 11200 Tanjung Bungah, Pulau Pinang. Waktu masuk dari jam 8.00 pagi hingga 12 pagi. Punyalah teringin nak mai sebab bila google depa kata antara tempat menarik di Peneng ialah taman ini. Oklah sekurang-kurangnya mai la sekali tahu macamana tempatnya. Orang ramai sangat di sini walaupun malam menjelang. Jom layan gambar-gambar di bawah;

JALAN-JALAN DI THE TOP, KOMTAR

Dah lama rasanya tak bawa budak-budak jalan-jalan. So aku dan suami ambik kesempatan macam mak ayah orang lain jugalah untuk ambik cuti dan bawak anak2 jalan-jalan. Gambar ihsan Google      Kali ni nak ke Peneng. hehe bukannya tak pernah pi Peneng, banyak kali aiihh..45 minit je sampai la dari Taiping ni, tapi kali ni buat pertama kalinya nak bergembira je. Sebelum ni dok lepak Mydin dgn AEON je la beli-beli barang.. Gambar ihsan Google      Destinasi pertama ke The Top, Komtar . The top ni mereka buat macam satu kawasan yang di dalamnya ada pelbagai ruangan untuk acara lain-lain. Kalau nak bawak anak-anak tu kira okey sangatlah. Bukan mainan macam funfair atau hardcore tu.. lebih kepada pameran dan simple je.. Tiket masuk ada dijual pakej dan ada juga dijual berasingan mengikut pintu-pintu masuk setiap tempat. Kami ambik pakej, cara mereka kira kategori budak ikut tinggi. Si Mira tinggi lebih sikit je tapi kami mohon tol...