Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2023

PEMBEDAHAN BYPASS

uami (kugelar abang) dah lama sakit jantung .  Serangan pertama sejak 2012 lagi. Sudah beberapa kali buat Angiogram dan dah masuk Stand pun. Selepas suntikan vaksin Spritzer tahun 2020 sakitnya makin parah. Cukup 2/3 bulan lepas tu jantung semakin sakit jadinya. Akhirnya makan ubat bawah lidah tu 5 biji sehari. Allah.. Panggilan pertama untuk buat bypass pertengahan 2022 tapi tak boleh pulak sebab positive covid . Ujian PCR dibuat di klinik dua hari sebelum jadual pembedahan. Tak sangka pula positif ini bererti kali kedua suami aku positif. Hampir 2 minggu sebelum tarikh bypass yang baru tiba-tiba suami diserang minor stroke . Mujur sempat dikejarkan ke hospital Taiping . Syukur alhamdulillah suami baik-baik saja selepas serangan strok kecil itu. Allah Hu Akhbar Kalau boleh tak mahu sampai ke tahap buat bypass sebab macam-macam cerita kita dengar.  Ada yang selamat ada yang tak selamat ada yang okey ada yang tidak okey. Ada yang buat kali kedua pulak selepas selesai kali ...