Langkau ke kandungan utama

Catatan

SCAMMER CALL NAK SITA RUMAH

29 November 2023 Bila aku search dalam Google, aku pelik banyak rupanya kes pasal kena scammer dengan RHB Bank. Bukannya RHB bank buat hal, tapi manusia yang ambik kesempatan di atas hutang pelanggan dengan RHB bank. Bila aku menerima panggilan dari nombor kebanyakkan berawalan 03 aku jadi pelik. Bila aku kirakan hari tu saja aku dah terima 11 panggilan dari lebih 5 nombor yang berlainan. No handphone pun ada. Rupanya suami aku pun dapat panggilan yang sama. Jenuhlah depan dok ligan kami hari ni saja. Akhirnya lebih kurang jam 3 pm aku angkat salah satu call tu.  "Saya Sara dari RHB Bank. Kami nak maklum yang kami nak ambik tindakan pada suami puan (dia sebut nama suami tapi tak betul sebutannya !) Kami sekarang sedang menuju kerumah puan untuk buat sita !!  Alamat mana? aku tanya.. dia sebut alamat tempat kerja suami? Aku jadi pelik? Kemudian dia mencadangkan call nombor lawyers kononnya, aku ambil nombor tu kononnya nak call la padahal aku dapat rasa ada yang tak betul sedan...
Catatan terbaharu

PEMBEDAHAN BYPASS

uami (kugelar abang) dah lama sakit jantung .  Serangan pertama sejak 2012 lagi. Sudah beberapa kali buat Angiogram dan dah masuk Stand pun. Selepas suntikan vaksin Spritzer tahun 2020 sakitnya makin parah. Cukup 2/3 bulan lepas tu jantung semakin sakit jadinya. Akhirnya makan ubat bawah lidah tu 5 biji sehari. Allah.. Panggilan pertama untuk buat bypass pertengahan 2022 tapi tak boleh pulak sebab positive covid . Ujian PCR dibuat di klinik dua hari sebelum jadual pembedahan. Tak sangka pula positif ini bererti kali kedua suami aku positif. Hampir 2 minggu sebelum tarikh bypass yang baru tiba-tiba suami diserang minor stroke . Mujur sempat dikejarkan ke hospital Taiping . Syukur alhamdulillah suami baik-baik saja selepas serangan strok kecil itu. Allah Hu Akhbar Kalau boleh tak mahu sampai ke tahap buat bypass sebab macam-macam cerita kita dengar.  Ada yang selamat ada yang tak selamat ada yang okey ada yang tidak okey. Ada yang buat kali kedua pulak selepas selesai kali ...

BUKA PUASA

Alhamdulillah.. Diizinkan Allah berbuka puasa di Damia Restoran..tepi jalan sebelah Klinik Az Zarra. Bismillah 

SERANGAN SAKIT PADA SUAMI

Bismillahi Rahman nir Rahim hari ini baru aku ada kekuatan untuk bercerita tentang perkara yang terjadi kepada aku pada 25 September 2022. Kami sekeluarga sedang bersiap seawal 6.00 pagi untuk bertolak ke Selama. Ada  program disana tapi Jan 7.30 pagi hanya suami aku belum siap. Aku pun menjenguk dia di belakang bilik belakang aku tengok dia sedang berdiri menghadap almari berdiri tegak dan tidak bergerak dan  belum berbaju aku pun tegur dia aku tanya, " abang kenapa belum siap?" dia diam dan tak bergerak berdiri kaku. Kemudian aku kuatkan suara lagi " abang, kenapa belum pakai baju tu?" masa tu dia tolehkan kepala dia tapi badan masih tegak mengadap almari. Matanya terbeliak tapi dia tak pandang aku, lepas tu dia pandang kanan dia pandang kiri lagi dengan mata terbeliak dan pergerakan sangat perlahan macam patung. Aku berkata dalam hati, ini dah lain macam ini dah bukan macam suami aku, kata aku.  Aku terus terpa dan meletakkan dia baring di atas katil sebelah alma...

MUZIUM KESENIAN ISLAM

13 Jun 2022 Hari ini aku bersama Amira datang melawat Muzium Kesenian Negara.  Sebabnya nak tunggu suami habis Chek up di IJN akak dan anak dara sunti ni berjalan-jalan dulu.  Harga tiket dewasa RM 14 Harga tiket pelajar RM 7 Pameran pertama yang kami singgah adalah Masjidil Haram. Banyak replika masjid dibina disini. Ditingkat atas pula ada pemeran AL Quran dari Timur Tengah, pakaian-pakaian penting dalam peradaban Asia dan senjata-senjata pun ada dipamerkan. Disini kak nak abadikan memori dan gambar sebab nak datang lagi tak tahulah bila kan.. Gambar tiada penerangannya, hanya memori yang akan hadir bila terpandang gambar ini nanti. Selamat melayari blog akak, kalau ada peluang jom hadir ke Muzium Kesenian Negara ye. Sokong usaha untuk memartabatkan nilai kesenian dinegara kita. Bye bye

CARA DAFTAR SSM SECARA ONLINE

Write on 6 Mac 2021. Sejak semalam hamba menyibukkan diri untuk mendaftar syarikat di portal talian SSM iaitu "https://ezbiz.ssm.com.my". Hampir sehari suntuk jugalah hamba mengadap komputer dirumah untuk mensetelkan peringkat pertama sahaja. Pada pendapat hamba ianya satu urusan yang agak renyah. Jika tak pandai komputer dan tiada kesabaran yang tinggi  sila cari yang lebih arif untuk menguruskannya (upah orang) .Namun jika sudah bersedia dengan 1001 kemungkinan sila teruskan. Hamba nak kongsikan apa yang hamba lalui sahaja dan hamba tidak ambil upah untuk menguruskan sebarang servis register atau sebagainya.  Pendaftaran ini juga adalah pilihan kedua selain dari datang ke pejabat SSM sendiri.Hamba yang tinggal di Taiping ketika ini mempunyai masalah untuk rentas daerah disebabkan PKPB maka hamba berdaftar online sajalah.Ofis SSM hanya ada di Ipoh buat masa ini. Setahu hamba jika kalian boleh pergi sendiri pejabat SSM lagi senang. Dengar kata semua settle kat situ sahaja. Ha...