Anak perempuan 4 tahun aku, Amira akan konvo 2 minggu lagi. Konvokesyen itu menandakan berakhirlah dia di alam Taska Permata. Rezeki menempatkan dia di Taska Permata dibawah naungan Pejabat Tanah memang aku anggap sebagai tuahnya. Masuk seawal usia 2 tahun dan keluar ketika umur 4 tahun. Paling aku suka kemudahan dan keselesaan anak-anak memang utama disini. Dan bayaran bulanan pula tidaklah mahal seperti taska swasta diluar sana. Belajar Gosok Gigi (Doktor Gigi datang chek gigi) Cooking Like a Chef Serius melakukan kerja Sambutan Birthday Setiap Bulan Permata bagi aku memang sebuah institut pelajaran yang memang best. Jumlah kakitangan yang kendalikan anak pun ramai sekurang-kurang 3 guru dan 3 pembantu. Sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh sebulan mesti hadir mesyuarat yang akan membincangkan isu-isu semasa atau perancangan lain untuk bulan hadapan...
PERISTIWA DEMI PERISTIWA KEPADA ALLAH KEMBALI JUA..