Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2016

MUZIUM TAIPING DENGAN PAMERAN 3D ART

Bila dah tahu tentang Muzium Taiping ada buat pameran 3D Art tentulah aku sebagai warga Taiping teruja untuk bawak anak-anak bergambar disana. Pameran ni dengarnya hingga pertengahan tahun 2017.. Rugilah kalau bayaran masuk cuma RM2 tapi tak mengunjungi pameran ini kan kan kan. Kalau pameran berbayar yang lain tu sah-sah sorang RM 25 sekali masuk, jom layan gambar-gambar aksi kami..huhu Sebenarnya pameran ni hanya terhad diruangan utama hadapan sahaja. Oklah dari takde kelainankan...yang didalam tu masih sama saja macam dulu-dulu..hehe! 

SEHARIAN DI KUALA TERENGGANU

     Dari Kuantan hadiri kenduri kahwin sepupu kami terus bergerak ke Kemaman untuk makan petang disana. Yang bestnya sata dan beberapa makanan seafood tersedia disepanjang tepi jalan sebagai makanan utama disana . Berpinggan jugaklah order sata. Nama kedai lupa, sebab adik yang bawak. Kalau tak silap Aziz Satar nama kedainya. Tapi sekeliling jalan tu banyak lagi kedai sepertinya, pilih jangan tak pilih.      Lepas kenyang makan Sata tu aku sekeluarga bergerak menuju ke Kuala Terengganu. Bertolak jam 6 petang dan tiba dibandar Kuala Terengganu jam 10 malam. Sekarang dah mudah dan tenang perjalanan sebab ada highway yang menuju Kuala Terengganu terus. Bayaran tol RM 15.90. 3 jam juga atas hughway dari Kemaman ke Kuala Terengganu. Ada 2 R&R besar sepanjang perjalanan. Kenderaan tak banyak sangat. Mungkin orang pantai timur stail tak suka jalan malam kot. Tiba di Kuala Terengganu seronok tengok lampu disana waktu malam, memang dah happening sangat. ...