Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2021

CARA DAFTAR SSM SECARA ONLINE

Write on 6 Mac 2021. Sejak semalam hamba menyibukkan diri untuk mendaftar syarikat di portal talian SSM iaitu "https://ezbiz.ssm.com.my". Hampir sehari suntuk jugalah hamba mengadap komputer dirumah untuk mensetelkan peringkat pertama sahaja. Pada pendapat hamba ianya satu urusan yang agak renyah. Jika tak pandai komputer dan tiada kesabaran yang tinggi  sila cari yang lebih arif untuk menguruskannya (upah orang) .Namun jika sudah bersedia dengan 1001 kemungkinan sila teruskan. Hamba nak kongsikan apa yang hamba lalui sahaja dan hamba tidak ambil upah untuk menguruskan sebarang servis register atau sebagainya.  Pendaftaran ini juga adalah pilihan kedua selain dari datang ke pejabat SSM sendiri.Hamba yang tinggal di Taiping ketika ini mempunyai masalah untuk rentas daerah disebabkan PKPB maka hamba berdaftar online sajalah.Ofis SSM hanya ada di Ipoh buat masa ini. Setahu hamba jika kalian boleh pergi sendiri pejabat SSM lagi senang. Dengar kata semua settle kat situ sahaja. Ha...