Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2015

PRODUK MARY KAY

     Hari ni ada seorang wanita rakan kepada rakan datang kepejabat waktu lunch time untuk buat facial guna produk Mary Kay. Lepas ambil Aimil dari sekolah aku sanggup patah balik ke pejabat untuk join diaorang.      Produk Mary Kay yang digunakan adalah Botanical Effects Skin Care yang secara asasnya untuk basic penjagaan wajah secara natural. Ada 4 langkah yang diapplykan ke wajah. 1. Pencuci Muka 3 dalam 1           Letak 4 titik ke bahagian wajah dan gosok dari dagu ke atas. Memang tiada buih tetapi terasa pekat dan ada biji-biji halus menyentuh seluruh wajah. Untuk bersihkan cuma ambil tisu basah dan lap sahaja. Wajah rasa bersih dan segar lepas guna. 2. Masker Muka         Masker ni guna 3 kali seminggu saja. Cara sapu ke muka pun hanya sapuan ringan tetapi menyeluruh. Nampak tekstur masker yang agak kering di atas kulit tapi akan beri hasil yang boomm!!. Bila dah biar 1...

MANIK DALAM HIDUNG

      Bertuah si AMiRa, bukan budak kecil lagi dah 5 tahun tu. Hari tu dia dah buat sekali tapi hari ni dia ulang lagi. Dia masukkan manik sebesar biji tasbih dalam hidung. Hari tu maniknya kecil sikit so aku tekan je hidung kecil dia terus keluar biji tu tapi kali ni maniknya besar sikit dan dah masuk dalam.        Ceritanya, aku sedang solat dan dia kelam kabut lari ke cermin sebelah aku solat. Aku perasan cara dia tekan hidung tu macam cuba nak keluarkan sesuatu. Apa lagi aku pun terhenti solat dan tanyakan dia, mira menafikan!! Bertuah sungguh, aku ambil touch light dan suluh..sah!! Warna hijau terang dan dah dalam sebab mira korek.       Bertuah punya budak. Abangnya dah mula nanggis sebab takut adiknya mati tak bernafas gamaknya. Tak membantu langsung!!. Ayahnya ada hal di luar dah bawa kereta.Aku nak call kredit pulak tak de. Masya Allah.. Sungguh menguji malam ini.       Mujurlah ada...

PERSEKOLAHAN YANG TERTANGGUH

     Hari ni sepatutnya menjadi hari pertama aimil memulakan sekolah tahun 2015. Tapi sebab Malaysia dilanda musibat banjir maka dilanjutkan lagi tarikh masih sekolah. Banjir yang melanda memang menyedihkan. Semuanya musnah di Kelantan terutamanya. Moga rakyat Kelantan tabah menghadapi musibat ini. AMiRa mulakan tadika barunya di Tadika Mukmin Ceria. Ini tadika abang dia juga dulu.        Tapi silibus mata pelajarannya nampak taf. InsyaAllah aku yakin Mira boleh hadapinya. Tapi memang kesian kerana budak zaman sekarang terpaksa menghadapi tuntutan zaman yang mengharap pesaingan minda dan tekanan jiwa sikit. Maka ibu bapa mesti lebih taf dari anak. Kita perlu menuntun anak pada setiap langkahnya. Perubahannya pasti ketara hingga 2 kali ganda jika ibu bapa masuk campur hal pelajaran anak. Memang kalau berduit tu rasanya nak saja upah orang luar untuk ajar anak. Tapi ni cerita tak berduit la ni, Hihi, lagipun rasa puas sangat kalau kita sendiri t...

TAHUN BARU RUMAH BARU

          Alhamdulillah hari ni dah masuk tahun baru. ALLah Hu Akhbar.. sekejap sungguh masa berlalu. Umur pun dah meningkat setahun. Puasa tahun lepas tak ganti lagi.Hihihi.. Syukur kepada Allah, tahun ni kami mulakan hari di rumah baru. Inilah perasaan yang paling best sekali. Yang tak bestnya rumah lain kosong kanan kiri.           Walaupun diuji dengan beberapa hal yang menyebabkan perancangan pindah awal menjadi lewat tapi kami pasti ada hikmah di sebaliknya. Apa2 pun kami mula menunaikan tanggungjawab di rumah sendiri. Begitulah cara kami meraikan tahun baru. Kami mengemas rumah sepanjang masa. Sakit penat badan tak usah nak cerita..kerelakan jua. Kenduri doa selamat pun belum buat lagi. InsyaAllah lewat2 sikit pun tak pe kot. Inilah rumah yang akan kami besarkan anak2 kami menjadi orang berguna. Amin.