Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2014

TASKA PERMATA

           Anak perempuan 4 tahun aku, Amira akan konvo 2 minggu lagi. Konvokesyen itu menandakan berakhirlah dia di alam Taska Permata. Rezeki menempatkan dia di Taska Permata dibawah naungan Pejabat Tanah memang aku anggap sebagai tuahnya. Masuk seawal usia 2 tahun dan keluar ketika umur 4 tahun. Paling aku suka kemudahan dan keselesaan anak-anak memang utama disini. Dan bayaran bulanan pula tidaklah mahal seperti taska swasta diluar sana. Belajar Gosok Gigi (Doktor Gigi datang chek gigi) Cooking Like a Chef Serius melakukan kerja   Sambutan Birthday Setiap Bulan      Permata bagi aku memang sebuah institut pelajaran yang memang best. Jumlah kakitangan yang kendalikan anak pun ramai sekurang-kurang 3 guru dan 3 pembantu.  Sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh sebulan mesti hadir mesyuarat yang akan membincangkan isu-isu semasa atau perancangan lain untuk bulan hadapan...

PENDAFTARAN GST

    Hari ni seperti biasa ada kerja di luar. Ada keperluan untuk pendaftaran GST diHotel Flamington anjuran North Perak Chinese Chamber Of Commerce & Industry. Hari tu dah lalui hari GST di Sekolah Menengah Tinggi Hua Lian, Taiping sehari suntuk pada hari Ahad. Takpelah, bertugas untuk kerajaankan!     Seperti biasa ceramah dijalankan dalam bahasa Cina. Memang tak fahamlah sangat-sangat. Biarlah mereka bergelumang dengan kefahaman mereka sahaja kalau itu boleh membantu. Taklah semua nak tala ke Kastam sahaja sehingga kami dah sebu untuk menjawab semua soalan.      Nampaknya kefahaman rakyat tentang GST dah semkain jelas dengan bantuan NGO yang turut serta terlibat dalam penerangan GST. Tapi masih ramai juga rakyat yang tidak ambil tahu lansung dan berasa amat tertekan hingga nak tutup perniagaan sebab tekanan GST ni saja. Kesian jugak kat mereka ni..apalah nasib negara dah nak laksanakan GST dalam tempoh beberapa bulan lagi.     Se...

KEJADIAN PELIK DI JAMBATAN KEDUA PULAU PINANG

          Aku rasa tajuk diatas taklah melampau sangatkan!.Nak menakutkan orang Pulau Pinang je. Walaupun aku lahir di Kuantan,tapi aku ada darah Peneng. Ayah aku orang Kuala Muda,Peneng. Sekarang pun aku kerap selalu ke Peneng cuma taklah sampai balik Kuala Muda, jauh jugak dari Seberang Perai tu.         Hari ni suami bawa kami pergi melawat Jambatan Kedua Pulau Pinang. Dah lama semenjak siap belum lagi lalu di sini. Macam biasa agak lewat dalam jam 6 kami bertolak dari Taiping, dalam pukul 7.15 dah berada atas jambatan baru ni. Mengagumkan, memang luas dan indah suasana laut di sini. Tapi agak pelik dengan pemandangan awan yang rendah daripada biasa. Akhirnya dari perasaan gembira semua bertukar jadi gelisah. Hati berdoa cepat2lah sampai ke seberang supaya tak jadi perkara yang tidak diingini di atas sini. Anak aku menjerit menghuru harakan isi dalam kereta bila dia kata puting beliung di tengah laut. Huh, sukar untuk digambarkan...

SWIMMING POOL CLUBHOUSE LAKETOWN

            Syukur ALhamdulillah kerana perancangan semalam berjalan lancar pagi ini. Seawal 6 pagi aku dah bangun dan menyelesaikan apa yang patut, Tepat jam 8 kami sekeluarga bergerak ke Bukit Merah Laketown Resort untuk menuju ke Swimming Pool di sana. Sampai sana di sana jam dah menunjukkan jam 9.00.      Clubhouse Laketown Bukit Merah nama diberi. Masuk ke dalam pintu gerbang yang sama dengan Bukit Merah Laketown Resort. Bila sampai ke roundabout ke Waterpark tu kenalah ambil jam 12 untuk sampai ke Clubhouse. Jalannya lurus dan jauh ke dalam tapi kita akan tempuh banyak apartment yang dijadikan rumah sewa atau homestay sepanjang jalan. Macam gaya hidup mewah di situ tetapi rumah banyak kosong dan iklan sewa terpampang ditingkap-tingkap rumah.       Kita akan menempuh Suria Apartment Bukit Merah dulu sebelum sampai ke Clubhouse. Didalam Suria Apartment ni pun ada kolam mandi yang boleh tahan jugak be...

AIMIL AKHIRNYA BERSUNAT

      Syukur kepadaMu Ya Allah diatas nikmat yang Kau berikan.        Hari ini anakku Aimil akan bersunat dan melengkapkan satu kitaran seorang lelaki Mukmin, Insyaallah. Suamiku agak lewat booking penyertaan Aimil dalam Majlis sunat yang bakal disertai oleh puluhan malahan beberapa majlis yang lain sehingga seratus lebih penyertaan bersunat anak-anak lelaki Muslim. Sekurang-kurangnya kos boleh dikurangkan dari situ. Mungkin kerana terlalu sibuk bekerja suamiku terlepas pandang tarikh pemilihan kami bersunat dan juga sibuk dalam urusan kemasukkan ke rumah baru kami yang telahpun dapat kuncinya, maka hari ini 20 November 2014 dipilih sebagai tarikh sunat Aimil di sebuah klinik swasta Klinik Perubatan Zalfa di Kamunting,Taiping.           Mulanya Aimil asyik berkata lambatnya nak sunat ni mak? tapi bila pintu bilik doktor dibuka dan namanya dipanggil Aimil terus genggam tangan aku.Aku kata hanya ayahnya saja akan teman...

SEPULUH TAHUN KAHWIN, TUJUH KALI PINDAH RUMAH !!..

Kegairahan nak masuk rumah baru membuatkan kami suami isteri sebelum nak tidur pun masih bercakap-cakap pasal hal rumah baru. Apa belum buat,itu belum cukup,ini masih kurang!! Kalau boleh kali ni semuanya nak lengkap. Tak mahu begitu biasa-biasa je macam rumah sewa sebelum nie..        Mungkin aku ni memang kurang mengemas,atau mungkin tidak pengemas orangnya. Tapi yang pasti rumah aku sebelum-sebelum nie tak lah kemas sangat. Hingga sakit mata memandang pun ada. Itupun dah rekod papa kedana dah sebab dah 7 kali pindah..       Selepas berumahtangga,rumah pertama aku di kuaters Taman Melati. Aku duduk di tingkat 2. Masa tu memang simple sangat isi rumah cuma ada katil dan almari saja. Beberapa bulan lepas tu jiran depan rumah jual set perabot RM50 je so adalah perabot sikit. Bila dah ada anak tu belilah meja makan pulak bukan apa supaya anak tak kacau makanan. Duduk rumah flat ni yang syoknya takde gangguan tikus dan angin menghembus pun banyak...

SELAMAT TINGGAL PESONA

        Kereta kesayangan kami sekeluarga. Memang kereta kebanggaan. Bodynya sungguh bersinar, kelancarannya memukau. Tapi akhirnya terpaksa kami lepaskan kau pergi. Di pusat jualan kereta terpakai aku menyembunyikan titisan air mata. Maaf, kami terpaksa melepaskan kau pergi wahai Pesona kesayangan kami. Suami bakal membayar duit bulanan rumah baru bermula November 2014 manakala kamu Pesona kadangkala hampir 2 bulan tersadai tanpa digunakan. Maka kami terpaksa memilih salah satu.       Tak terancang pun perkara ini akan berlaku tetapi suratan takdir berlaku juga. Terima kasih banyak2. Bersama kamu penuh kenangan. Semoga kamu akan dimiliki oleh keluarga Islam yang lain dan dijaga dengan baik lebih baik dari kami yang pernah bersamamu. Selamat tinggal.

KE KUALA LUMPUR

      Hari ini pergi hospital INSTITUT JANTUNG NEGARA. ABANG PERGI ambil ubat kat sana. Dan macam biasa mesti ambil peluang datang sini untuk berjalan-jalan juga. Aimil dn mira paling gembira bila sebut nak datang sini. Teriakkan dari mereka minta nak tidur di hotel memang melucukan. Suka betul mereka pada hotel. Sebaik saja urusan abang selesai di IJN, abang terus memecut kereta ke tempat favourite nya. Tak lain tak bukan LowYat. Hah, di sini akhirnya mencatat sejarah aku angkat Tab 7 Lenovo untuk di dedikasikan buat anak-anak aku ni.        Sebenarnya dah ada Tab 7.7 Samsung satu. Tapi bila Amira dah umur 4 tahun ni pandai betul dia berebut dengan abangnya sampai ada rasa sikit tekanan pada kami ni. So, harap satu bab selesai. Jaga barang masing2 ye sayang. Kat LowYat je pun dah berapa jam. Dah nak malam dah pun. Nasib baik dah makan dulu. Punyalah lenguh kaki ni berdiri dan berjalan. Lepas tu pusing pusing cari hotel la. Ka...

UJIAN YANG KECIL

Sedihnya rasa hari ni diuji ALLAH dengan ujian yang ringgan je. Tapi terkesan sangat pada jiwa ni. Jam 6 pm tergerak hati nak cuci kereta sebab dah 2 minggu minta tolong suami cuci tak de pn ditolongnya. Tiba2 sedang cuci suami ada on call terus pergi macam tu je..bila kereta dah dicuci nak bukak pintu rumah nak masuk terus tak boleh. So tunggu sang suami pulanglah jawab nya. Lambat pula dia sebab dah bawak ambulans tadi ..nampaknya jam dah berganjak ke jam 7 lebih..hari semakin gelap suasana semakin sunyi dan aku masih terkurung diluar rumah. Bukannya seorang diri pun tapi aimil dan amira pun ada. Nampaknya gelak ketawa mereka pun tak mampu nak hilangkan resahku. Ambulan suami masih tak nampak2. Tiba2 terkenang akan nasib manusia yang tidak berumah. .dimanakah mereka akan tidur memandangkan rumah sendiri ada tapi tak boleh dimasuki. Tambah sarat jika ada anak2 yang perlu dibawa. Oh..malangnya nasib mereka. Tabahlah wahai sekeping hati yang diuji diluar sana. Mungkin aku b...

MELAWAT BUKIT BENDERA

Dengan izin ALLAH kami sekeluarga mendaki Bukit Bendera Sabtu yang lepas. Kami menaiki keretapi terbaru evolusi Bukit Bendera yang melambangkan kemodenan suatu unsur pengangkutan di Malaysia ini cewaah. Maklumlah teringat tahun 1993 ketika mendaki bukit tersebut dengan train macam dalam filem Ali Setan tu..hehe. Kini dengan harapan yang tinggi kami pun pergi lagi sekali untuk melihat keindahan Bukit Bendera ini..Layanlah gambar-gambar nie ok!!