Langkau ke kandungan utama

KRIM MUKA YANG BEST

     Walaupun tahu muka ni jenis berminyak tapi tak boleh berhenti pakai bedak. Tapi semenjak umur dah meningkat ni rasa dah malas nak pakai bedak muka. Cuba pula guna krim muka saja tanpa bedak..alahai,muka jadi berminyak dalam beberapa minit saja lepas apply so bedak masih diperlukan!!.

    Macam-macam krim muka dah pernah cuba hinggalah cubaan pertama menggunakan jenis BB CREAM berjaya memikat hati ini. BB CREAM mengelakkan muka dari bertompok dan berminyak. Mungkin apa saja jenama BB Cream semua akan ok. Sekarang pun dah ada CC Cream. Tapi aku tak pernah cuba. 
       Produk ini adalah dalam setahun aku dah pakai. Sesuai dengan kulit aku yang berminyak jadi kurang berminyak bila apply ke muka dari pagi hingga ke tengah hari. Ingat tak mau tukar lain dah. Tapi pelik dalam hujung Disember 2014 produk ni dah semakin hilang dari pasaran. Pergi cari ke mana-mana pasaraya pun dah tiada. Mungkin sebenarnya nak digantikan dengan set baru Simply Siti New Age (lebih mahal) so produk ini dah dihentikan tapi kan lebih baik kalau Simply Sity berterusterang je nak terminate terus Clear Solution..Huhu




Set Baru Simply Sity New Age 

 Terkini adik aku cuba beli produk BB Cream Nutrimatics/Tupperware Brand dan apply pada wajah dia. Nampak macam best so aku pun try pakai pi tempat kerja guna dari pagi hingga petang jam 4 pm mengadap cermin wow! Kesannya masih ada di muka. Ha!! Dah jumpa dah pengganti.So,apa lagi cari branch tupperware berdekatanlah untuk belian.Hihihi.. Jom pakat-pakat cuba.


Catatan popular daripada blog ini

SILVERITAGE IPOH, MEDAN GOPENG

Selepas jogging di Taman Botani, biasanya kami akan terus cari makan. Pusing punya pusing terlajak di Medan Gopeng terus ternampak food court baru di kawasan stesen bas lama di sana.   Dah terlajak sanggup pusing semula dibawah flyover dan kembali ke SILVERITAGE IPOH. itulah namanya, kawasan yang dulunya 'tandus' ditengah-tengah Medan Gopeng kini dan 'hidup' semula. Ada banyak food court disini terbahagi kepada dua bahagian tapi semua penjualnya Melayu. Jom layan gambar-gambar food court dibawah.  Ni Mee Keroncong..sedap lah jugak. Sebelah atas betul-betul atas kawasan bas stesen dulu sudah jadi kawasan penempatan peniaga melayu kita. Buat masa ni baru ada 4 - 5 kedai saja. Harap-harap lepas ni semakin penuh orang berniaga, baru meriah dengan pengunjung. Jom layan keindahan lanskap disekitar sini, sesuai untuk lepak-lepak dengan keluarga. Ada air pancut ditengah-tengah kawasan. Kedai-kedai masih kosong. ...

CERITA RUMAH PR1MA

 Sebelum penghujung tahun lepas lebih kurang bulan Oktober 2015 aku telah memohon rumah prima buat pertama kali melalui web :  http://www.pr1ma.my/  . Kemudian aku pun tidak menunggu apa-apa tawaran kerana yakin tidak akan terpilih disebabkan keadaan kewangan aku dan suami tidaklah berapa 'cantik'.      Tak kusangka tawaran pertama mengunjung pada 7 Jun 2016 melalui email peribadiku menawarkan Pemilihan Unit Rumah Prima di Meru. Tanpa melalui undian tiba-tiba aku mendapat tawaran khas untuk pemilihan unit rumah terus..zaass..! Kerana terkejut aku tolak tawaran ini hihi..                                    @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@ Tuan/Puan/Encik/Cik NxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxR Terima kasih kerana berdaftar dengan PR1MA dan memilih IPOH sebagai lokasi pilihan pertama kediaman PR1MA anda. Sukacita dimaklumkan bahawa anda te...

MEDAN SELERA TOK SAGOR , IPOH

Terletak bersebelahan dengan Masjid Negeri Perak s ekarang Medan Selera Dato Sagor dah cantik dan kemas. Hari tu saja-saja abang saya ajak singgah makan pagi, tapi macam tak banyak pilihan yang ada..kebanyakkan kedai yang tawarkan Roti Goyang atau Roti Telor Gedik dan kebanyakkan kedai milik peniaga Cina. Campur-campur kedainya dengan kedai Melayu sebelah-sebelah.jom layan gambar ni; Gambar masjid pun tak ketinggalan diambil..berhadapan Medan selera ni