Langkau ke kandungan utama

KE KUALA LUMPUR

      Hari ini pergi hospital INSTITUT JANTUNG NEGARA. ABANG PERGI ambil ubat kat sana. Dan macam biasa mesti ambil peluang datang sini untuk berjalan-jalan juga. Aimil dn mira paling gembira bila sebut nak datang sini. Teriakkan dari mereka minta nak tidur di hotel memang melucukan. Suka betul mereka pada hotel. Sebaik saja urusan abang selesai di IJN, abang terus memecut kereta ke tempat favourite nya. Tak lain tak bukan LowYat. Hah, di sini akhirnya mencatat sejarah aku angkat Tab 7 Lenovo untuk di dedikasikan buat anak-anak aku ni. 

      Sebenarnya dah ada Tab 7.7 Samsung satu. Tapi bila Amira dah umur 4 tahun ni pandai betul dia berebut dengan abangnya sampai ada rasa sikit tekanan pada kami ni. So, harap satu bab selesai. Jaga barang masing2 ye sayang. Kat LowYat je pun dah berapa jam. Dah nak malam dah pun. Nasib baik dah makan dulu. Punyalah lenguh kaki ni berdiri dan berjalan. Lepas tu pusing pusing cari hotel la. Kan dah kata kat Kuala Lumpur ni payah kalau tak booking dulu. Walaupun malam ni baru Sabtu malam. Kan dah penuh semua hotel. Tapi aku hanya membebel dalam blog ni je la, depan abang aku diam dan simpati je. Keluar masuk hotel tanya kekosongan tapi kebanyakannya dah penuh. 

     Alhamdulillah at last dapatlah juga di hotel MY Hotel. 150 ringgit semalam. 1 queen dan 1 single. Simple tanpa tingkap ke luar rasa lebih selesa. Maklumlah kalau bawak budak2 mesti sebagai ibu kita akan risaukan anak. Tingkap yang boleh dibuka dan tidak dipalang memang bahaya jika didekati budak. Malam pertama di sana tak pergi berjalan ke mana2 pun. Masa berpusing-pusing cari hotel tu abang tunjukkan Petaling Street dengan Kompleks Budaya. Tempat M Nasir dan seniman lain berkarya katanya..bestnya kalau dapat pergi. Tapi memikirkan masalah parking dan turut membawa anak-anak tercinta 2 orang ni..lebih baik nikmati tidur dari menghadapi kerenah mereka nanti. Hehe. 

     Esoknya pagi2 lagi bangun makan sarapan dan terus ke Ampang. Kat Ampang ni nak cari KK Home Deco. Hari tu jadi ahli sebab buat belian 200 ringgit ke atas. Dalam resit tu masih ada peluang diskaun hingga 50% lagi barang harga 50 ke atas berikutnya. At last terlajak juga angkat sampai harga 200 lebih tapi dapat diskaun banyaklah juga dengan kad diskaun yang ada. Mm tak sabar nak tunggu rumah baru siap nanti nak hias dan deco ala ala English stail pula..hehe. Dan perjalanan tetap diteruskan. Kami ke Home Depot pulak. Tempat favourite suami aku ke 2 di Kuala Lumpur ni. Dah puas pusing nun dia seberang jalan tu Sogo pula. Sila ikut saya ya en suami. Nampaknya sale brand Bonia sedang diadakan.Tapi teman tak berduit la nak angkat satu walaupun dah sale. Teman angkatlah juga Polo Hitam satu buat sandang ke pejabat. Kecil je pun tapi kiut.. 

      Destinasi seterusnya kami akan ke IKEA. Dan dalam perjalanan ke sana anak-anak berdua dah tidur dengan lenanya kat belakang. Aduh kesiannya nak dikejutkan. Berjalan pun tentu lenguh kaki mereka lagi. Akhirnya kami pulang ke Taiping. Tapi singgah lagi di My Din RTC untuk makan-makan dan berehat. Syukur sampai rumah dengan selamat walaupun lewat malam. Walaupun bawak anak-anak berjalan ni memang memenatkan tapi seronok. Walaupun mereka akan melupakan tapi kita sebagai mak dan ayah pasti akan ingat segala keletah mereka yang kita hadapi tu.. 

     Hari ni hari Ahad. Budak-budak seronok sebab cuti lagi. Aku tak berapa seronok sebab en abang kerja. Letih betul nak uruskan semuanya seorang diri. Tapi sempat lagi tulis dalam blogspot ni..hehe. Ok nak sambung kerja rumah. Jumpa lagi.

Catatan popular daripada blog ini

SILVERITAGE IPOH, MEDAN GOPENG

Selepas jogging di Taman Botani, biasanya kami akan terus cari makan. Pusing punya pusing terlajak di Medan Gopeng terus ternampak food court baru di kawasan stesen bas lama di sana.   Dah terlajak sanggup pusing semula dibawah flyover dan kembali ke SILVERITAGE IPOH. itulah namanya, kawasan yang dulunya 'tandus' ditengah-tengah Medan Gopeng kini dan 'hidup' semula. Ada banyak food court disini terbahagi kepada dua bahagian tapi semua penjualnya Melayu. Jom layan gambar-gambar food court dibawah.  Ni Mee Keroncong..sedap lah jugak. Sebelah atas betul-betul atas kawasan bas stesen dulu sudah jadi kawasan penempatan peniaga melayu kita. Buat masa ni baru ada 4 - 5 kedai saja. Harap-harap lepas ni semakin penuh orang berniaga, baru meriah dengan pengunjung. Jom layan keindahan lanskap disekitar sini, sesuai untuk lepak-lepak dengan keluarga. Ada air pancut ditengah-tengah kawasan. Kedai-kedai masih kosong. ...

CERITA RUMAH PR1MA

 Sebelum penghujung tahun lepas lebih kurang bulan Oktober 2015 aku telah memohon rumah prima buat pertama kali melalui web :  http://www.pr1ma.my/  . Kemudian aku pun tidak menunggu apa-apa tawaran kerana yakin tidak akan terpilih disebabkan keadaan kewangan aku dan suami tidaklah berapa 'cantik'.      Tak kusangka tawaran pertama mengunjung pada 7 Jun 2016 melalui email peribadiku menawarkan Pemilihan Unit Rumah Prima di Meru. Tanpa melalui undian tiba-tiba aku mendapat tawaran khas untuk pemilihan unit rumah terus..zaass..! Kerana terkejut aku tolak tawaran ini hihi..                                    @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@ Tuan/Puan/Encik/Cik NxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxR Terima kasih kerana berdaftar dengan PR1MA dan memilih IPOH sebagai lokasi pilihan pertama kediaman PR1MA anda. Sukacita dimaklumkan bahawa anda te...

MEDAN SELERA TOK SAGOR , IPOH

Terletak bersebelahan dengan Masjid Negeri Perak s ekarang Medan Selera Dato Sagor dah cantik dan kemas. Hari tu saja-saja abang saya ajak singgah makan pagi, tapi macam tak banyak pilihan yang ada..kebanyakkan kedai yang tawarkan Roti Goyang atau Roti Telor Gedik dan kebanyakkan kedai milik peniaga Cina. Campur-campur kedainya dengan kedai Melayu sebelah-sebelah.jom layan gambar ni; Gambar masjid pun tak ketinggalan diambil..berhadapan Medan selera ni