Sedihnya rasa hari ni diuji ALLAH dengan ujian yang ringgan je. Tapi terkesan sangat pada jiwa ni. Jam 6 pm tergerak hati nak cuci kereta sebab dah 2 minggu minta tolong suami cuci tak de pn ditolongnya. Tiba2 sedang cuci suami ada on call terus pergi macam tu je..bila kereta dah dicuci nak bukak pintu rumah nak masuk terus tak boleh. So tunggu sang suami pulanglah jawab nya. Lambat pula dia sebab dah bawak ambulans tadi ..nampaknya jam dah berganjak ke jam 7 lebih..hari semakin gelap suasana semakin sunyi dan aku masih terkurung diluar rumah.
Bukannya seorang diri pun tapi aimil dan amira pun ada. Nampaknya gelak ketawa mereka pun tak mampu nak hilangkan resahku. Ambulan suami masih tak nampak2. Tiba2 terkenang akan nasib manusia yang tidak berumah. .dimanakah mereka akan tidur memandangkan rumah sendiri ada tapi tak boleh dimasuki. Tambah sarat jika ada anak2 yang perlu dibawa. Oh..malangnya nasib mereka. Tabahlah wahai sekeping hati yang diuji diluar sana. Mungkin aku bernasib baik hari ni mungkin juga aku tidak akan bernasib baik dikemudian hari.
Kerja ALLAH siapa yang tahu. Moga tidak seburuk itu. Semoga sentiasa dalam naungan ALLAH.. AMPUNI HAMBAMU INI YA ALLAH...dan dalam remang senja berlalu pergi tu. .suamiku pulang dan tersenyum sinis pada kami..
Selepas jogging di Taman Botani, biasanya kami akan terus cari makan. Pusing punya pusing terlajak di Medan Gopeng terus ternampak food court baru di kawasan stesen bas lama di sana. Dah terlajak sanggup pusing semula dibawah flyover dan kembali ke SILVERITAGE IPOH. itulah namanya, kawasan yang dulunya 'tandus' ditengah-tengah Medan Gopeng kini dan 'hidup' semula. Ada banyak food court disini terbahagi kepada dua bahagian tapi semua penjualnya Melayu. Jom layan gambar-gambar food court dibawah. Ni Mee Keroncong..sedap lah jugak. Sebelah atas betul-betul atas kawasan bas stesen dulu sudah jadi kawasan penempatan peniaga melayu kita. Buat masa ni baru ada 4 - 5 kedai saja. Harap-harap lepas ni semakin penuh orang berniaga, baru meriah dengan pengunjung. Jom layan keindahan lanskap disekitar sini, sesuai untuk lepak-lepak dengan keluarga. Ada air pancut ditengah-tengah kawasan. Kedai-kedai masih kosong. ...