Langkau ke kandungan utama

HARI JUMAAT HARI YANG MULIA

 Assalamualaikum saudaraku Mukmin dan Mukminat.

==========================================

1. Sesungguhnya hari Jumaat adalah hari yang suci dan mulia.

2. Hari Jumaat juga adalah hari perjuangan bagi setiap orang Mukmin dan Mukminat.

3. Hari Jumaat ini adalah Penghulu segala hari.

4. Hadis - Daripada Abi Lubabah bin Abd al-Munzir, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

    • “Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu kepada segala hari dan seagung-agung hari di sisi Allah yang mana keagungannya itu di sisi Allah lebih agung berbanding hari raya Aidiladha dan juga Aidilfitri. 
    • Ini kerana, pada hari tersebut terdapat lima perkara besar iaitu: 
    • Padanya diciptakan, diturunkan ke bumi dan diwafatkan Nabi Adam. 
    • Padanya juga terdapat satu masa apabila seseorang itu meminta sesuatu kepada Allah pasti akan diberikan kepadanya selagimana dia tidak meminta sesuatu yang haram.
    • Padanya juga akan berlakunya Kiamat dan pada hari itu juga (hari Jumaat) 
    • Tidak ada malaikat yang dekat dengan Allah, di langit, bumi, angin, gunung dan laut melainkan takut dengan keagungan hari Jumaat.” 
    • [Riwayat Ibn Majah (1084)][Riwayat Ahmad (15548)][Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai sanad hadith ini adalah dhaif disebabkan Abdullah bin Muhammad bin Uqail atau Ibn Abi Thalib al-Qurasyi. Ibn Hajar mengatakan beliau seorang buruk hafalannya tetapi riwayatnya boleh dijadikan sokongan. Adapun perawi yang lain adalah thiqah]
5. Hari Jumaat juga adalah hari berlakunya kiamat.
  • Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
    • “Sebaik-baik hari apabila terbitnya matahari ialah pada hari Jumaat. Padanya diciptakan Adam, padanya juga dimasukkan Adam ke dalam syurga dan padanya juga dikeluarkannya (Adam AS) daripada syurga serta tidak akan berlaku kiamat melainkan pada hari Jumaat.” [Riwayat Muslim (854)

6.  Hari Jumaat juga adalah hari perjuangan besar bagi orang Mukmin Mukminat. 

7. Sekiranya pada hari Jumaat sekecil amalan mukmin membawa kepada peningkatan Iman maka begitu jugalah hari Jumaat adalah hari perjuangan untuk DAJJAL menghancurkan Iman. 

8. Maka perbanyakkanlah amalan di hari Jumaat yang mulia ini. 

9. Amalan mulia di hari Jumaat :
  • Membaca Surah al-Kahfi
  • Membaca Surah al-Sajadah dan Surah al-Insan
  • Bersihkan diri pada hari Jumaat
  • Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW
  • Lakukan solat duha
  • Lakukan sunat sunat qabliah dan ba’diah Zuhur
  • Berdoa pada hari Jumaat
  • Peruntukan waktu untuk beribadah pada hari Jumaat
Moga kita terhindar dari fitnah DAJJAL. amin.

Catatan popular daripada blog ini

SILVERITAGE IPOH, MEDAN GOPENG

Selepas jogging di Taman Botani, biasanya kami akan terus cari makan. Pusing punya pusing terlajak di Medan Gopeng terus ternampak food court baru di kawasan stesen bas lama di sana.   Dah terlajak sanggup pusing semula dibawah flyover dan kembali ke SILVERITAGE IPOH. itulah namanya, kawasan yang dulunya 'tandus' ditengah-tengah Medan Gopeng kini dan 'hidup' semula. Ada banyak food court disini terbahagi kepada dua bahagian tapi semua penjualnya Melayu. Jom layan gambar-gambar food court dibawah.  Ni Mee Keroncong..sedap lah jugak. Sebelah atas betul-betul atas kawasan bas stesen dulu sudah jadi kawasan penempatan peniaga melayu kita. Buat masa ni baru ada 4 - 5 kedai saja. Harap-harap lepas ni semakin penuh orang berniaga, baru meriah dengan pengunjung. Jom layan keindahan lanskap disekitar sini, sesuai untuk lepak-lepak dengan keluarga. Ada air pancut ditengah-tengah kawasan. Kedai-kedai masih kosong. ...

CERITA RUMAH PR1MA

 Sebelum penghujung tahun lepas lebih kurang bulan Oktober 2015 aku telah memohon rumah prima buat pertama kali melalui web :  http://www.pr1ma.my/  . Kemudian aku pun tidak menunggu apa-apa tawaran kerana yakin tidak akan terpilih disebabkan keadaan kewangan aku dan suami tidaklah berapa 'cantik'.      Tak kusangka tawaran pertama mengunjung pada 7 Jun 2016 melalui email peribadiku menawarkan Pemilihan Unit Rumah Prima di Meru. Tanpa melalui undian tiba-tiba aku mendapat tawaran khas untuk pemilihan unit rumah terus..zaass..! Kerana terkejut aku tolak tawaran ini hihi..                                    @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@ Tuan/Puan/Encik/Cik NxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxR Terima kasih kerana berdaftar dengan PR1MA dan memilih IPOH sebagai lokasi pilihan pertama kediaman PR1MA anda. Sukacita dimaklumkan bahawa anda te...

MEDAN SELERA TOK SAGOR , IPOH

Terletak bersebelahan dengan Masjid Negeri Perak s ekarang Medan Selera Dato Sagor dah cantik dan kemas. Hari tu saja-saja abang saya ajak singgah makan pagi, tapi macam tak banyak pilihan yang ada..kebanyakkan kedai yang tawarkan Roti Goyang atau Roti Telor Gedik dan kebanyakkan kedai milik peniaga Cina. Campur-campur kedainya dengan kedai Melayu sebelah-sebelah.jom layan gambar ni; Gambar masjid pun tak ketinggalan diambil..berhadapan Medan selera ni