Langkau ke kandungan utama

KIDZOONIA AEON TAIPING

KIDZOONIA di AEON ni memang menjadi tempat aku puaskan si Mira. Jika ada perkara yang tak dapat aku tunaikan padanya maka aku akan kata begini 'ok, nanti mak bawak pi Kidzoonia ye' dan Mira biasanya akan hilang merajuk dan kata 'yeeeeh...!!!' maka hilanglah segala stressnya dan bermulalah stress aku. Napelah aku janji gitu? kan dah kena space time 1 jam lebih duduk dalam zon kanak-kanak tu tunggu dia main ke sana ke sini ke sinun dan paling ending, dia tak nak balik..waaa!silap haribulan kena kejar dia kat dalam tu!! Mira oh Mira.

Time ni takde kanak-kanak sangat, hari bekerja ni.

Kecil ke kawasan mainannya, cuma beberapa permainan besar macam ni. 


Mira siapkan burger dan paksa aku makan..

Waktu masuk biasalah ikut waktu operasi AEON 10 pagi hingga 10 malam. Bayaran hari berkerja RM 10.00 seorang kanak-kanak dan hari Sabtu & Ahad dan Cuti Am melonjak kepada RM 17 seorang. Ha! terpulanglah pada parents kalau dah bayar RM 17 seorang tu macam tak berbaloi tunggu sejam je kan..tunggu lebih jam kita pulak yang tak lalu..kalau anak kita tu duduk sampai malam pun takpe dok..

Catatan popular daripada blog ini

SILVERITAGE IPOH, MEDAN GOPENG

Selepas jogging di Taman Botani, biasanya kami akan terus cari makan. Pusing punya pusing terlajak di Medan Gopeng terus ternampak food court baru di kawasan stesen bas lama di sana.   Dah terlajak sanggup pusing semula dibawah flyover dan kembali ke SILVERITAGE IPOH. itulah namanya, kawasan yang dulunya 'tandus' ditengah-tengah Medan Gopeng kini dan 'hidup' semula. Ada banyak food court disini terbahagi kepada dua bahagian tapi semua penjualnya Melayu. Jom layan gambar-gambar food court dibawah.  Ni Mee Keroncong..sedap lah jugak. Sebelah atas betul-betul atas kawasan bas stesen dulu sudah jadi kawasan penempatan peniaga melayu kita. Buat masa ni baru ada 4 - 5 kedai saja. Harap-harap lepas ni semakin penuh orang berniaga, baru meriah dengan pengunjung. Jom layan keindahan lanskap disekitar sini, sesuai untuk lepak-lepak dengan keluarga. Ada air pancut ditengah-tengah kawasan. Kedai-kedai masih kosong. ...

CERITA RUMAH PR1MA

 Sebelum penghujung tahun lepas lebih kurang bulan Oktober 2015 aku telah memohon rumah prima buat pertama kali melalui web :  http://www.pr1ma.my/  . Kemudian aku pun tidak menunggu apa-apa tawaran kerana yakin tidak akan terpilih disebabkan keadaan kewangan aku dan suami tidaklah berapa 'cantik'.      Tak kusangka tawaran pertama mengunjung pada 7 Jun 2016 melalui email peribadiku menawarkan Pemilihan Unit Rumah Prima di Meru. Tanpa melalui undian tiba-tiba aku mendapat tawaran khas untuk pemilihan unit rumah terus..zaass..! Kerana terkejut aku tolak tawaran ini hihi..                                    @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@ Tuan/Puan/Encik/Cik NxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxR Terima kasih kerana berdaftar dengan PR1MA dan memilih IPOH sebagai lokasi pilihan pertama kediaman PR1MA anda. Sukacita dimaklumkan bahawa anda te...

MEDAN SELERA TOK SAGOR , IPOH

Terletak bersebelahan dengan Masjid Negeri Perak s ekarang Medan Selera Dato Sagor dah cantik dan kemas. Hari tu saja-saja abang saya ajak singgah makan pagi, tapi macam tak banyak pilihan yang ada..kebanyakkan kedai yang tawarkan Roti Goyang atau Roti Telor Gedik dan kebanyakkan kedai milik peniaga Cina. Campur-campur kedainya dengan kedai Melayu sebelah-sebelah.jom layan gambar ni; Gambar masjid pun tak ketinggalan diambil..berhadapan Medan selera ni