Syukur kehadrat ALLAH swt kerana mengizinkan Ramadhan membaluti hati umat - umat Islam sekali lagi. 06 jun 2016 bersamaan dengan tarikh hari lahir Amira, Ramadhan kali ini kuharap akan penuh bermakna.
Ku bermohon kehadrat ALLAH moga mengurniakan banyak rahmat dan kemurahan rezeki pada keluarga kami. Juga merendahkan serendah rendahnya jiwa kami yang dalam genggamannya, agar kami diizinkan beribadat lebih banyak lagi pada bulan mulia ini.
Itu adalah kerana kami memohon untuk diberi sedikit pembukaan qalbu yang disinari Nur dimana kuncinya ada dalam perbendaharaanMu jua YA ROBBAL ALAMIN.. sesungguhnya jika diizinkan kami dibukakan qalbu maka akan menjadi ibadah thoiybah akan semua amalan kami yang hina ini YA ILAHI..
Kepada Engkau jua kami berserah diri dan kepada Engkau jua kami dikembalikan..
Amin..ya ROBBAL ALAMIN
Selepas jogging di Taman Botani, biasanya kami akan terus cari makan. Pusing punya pusing terlajak di Medan Gopeng terus ternampak food court baru di kawasan stesen bas lama di sana. Dah terlajak sanggup pusing semula dibawah flyover dan kembali ke SILVERITAGE IPOH. itulah namanya, kawasan yang dulunya 'tandus' ditengah-tengah Medan Gopeng kini dan 'hidup' semula. Ada banyak food court disini terbahagi kepada dua bahagian tapi semua penjualnya Melayu. Jom layan gambar-gambar food court dibawah. Ni Mee Keroncong..sedap lah jugak. Sebelah atas betul-betul atas kawasan bas stesen dulu sudah jadi kawasan penempatan peniaga melayu kita. Buat masa ni baru ada 4 - 5 kedai saja. Harap-harap lepas ni semakin penuh orang berniaga, baru meriah dengan pengunjung. Jom layan keindahan lanskap disekitar sini, sesuai untuk lepak-lepak dengan keluarga. Ada air pancut ditengah-tengah kawasan. Kedai-kedai masih kosong. ...