Dari mlm tadi, sebelum magrib hidung ni dah bau macam wayar terbakar. Baunya busuk dan menyakitkan hidung sungguh tapi tak kuat mana pun menggambarkan kebakaran wayar yang kecil.
Pengalaman sebelum ni kalau terbau begini biasanya sekejap je, tak sampai sejam nanti hilanglah dan takkan berulang lagi. So kami sekeluarga pun keluarlah berfoya2 malam minggu kan. Kemana lagi kalau bukan ke pusat karaoke di salah satu pusat beli belah kat taiping ni..
Nampaknya dengan banyak perubahan gempak di pusat karaoke tu harganya pun melonjak naik hingga RM 19 sejam bagi bilik kecil. Oklah jugak harga tu kan, tapi please, lagu updatekanlah ok..ni kosong je list tu! lagu2 baru takde pun.. sedih!
Ha ha.. pastu balik ke rumah jam dah kul 10. Masuk je rumah masih ada lagi bau wayar terbakar tu. Alahai dalam jiwa ni mula rasa kacau. Tapi dimana puncanya. Takpelah tidurlah dulu, harap masalah ni selesailah bila mata dh terbuka pagi esok. Anak2 pun cepat je lelapkan mata. Dan malam tu kami tidur dalam bau wayar yang terbakar dan busuk.
Pagi esok masih lagi bau wayar terbakar menyelubungi rumah. Malah dah nampak kelabu asap dalam rumah. Jiwa kacau lagi, sesak dada dari sedutan bau malam tadi tak hilang lagi pagi ni bertambah sarat. Terus hubby alihkan set tv speaker dan segala benda alah atas kabinet tv tu takut dari situlah puncanya.
Akhirnya barulah hubby perasan rupanya punca segala bau ini adalah berpunca dari kepala api di papan rumah ni..

Haa,Subhanallah, syukur pada ALLAH sempat memberi kami tahu dan jumpa puncanya. Mujurlah masih belum meletup atau terbakar. Dahlah langsir cantik melambai di sebelahnya.
Perkara ni betul2 jadi pengajaran pada kami. Kalau ada bau terbakar dalam rumah kenalah chek main suis dulu. Maklumlah rumah sewa, rumah orang.. mungkin main suisnya dah sekian lama usianya dan tak mampu tampung berat penggunaan elektrik kami..
Tapi apa2 hal pun syukur. Suami pun dah letak yang baru., TQ hubby.

Selepas jogging di Taman Botani, biasanya kami akan terus cari makan. Pusing punya pusing terlajak di Medan Gopeng terus ternampak food court baru di kawasan stesen bas lama di sana. Dah terlajak sanggup pusing semula dibawah flyover dan kembali ke SILVERITAGE IPOH. itulah namanya, kawasan yang dulunya 'tandus' ditengah-tengah Medan Gopeng kini dan 'hidup' semula. Ada banyak food court disini terbahagi kepada dua bahagian tapi semua penjualnya Melayu. Jom layan gambar-gambar food court dibawah. Ni Mee Keroncong..sedap lah jugak. Sebelah atas betul-betul atas kawasan bas stesen dulu sudah jadi kawasan penempatan peniaga melayu kita. Buat masa ni baru ada 4 - 5 kedai saja. Harap-harap lepas ni semakin penuh orang berniaga, baru meriah dengan pengunjung. Jom layan keindahan lanskap disekitar sini, sesuai untuk lepak-lepak dengan keluarga. Ada air pancut ditengah-tengah kawasan. Kedai-kedai masih kosong. ...