Langkau ke kandungan utama

DIGIGIT LINTAH


               Pagi ni bila bangun tidur, alamak dh trlewat bangun tapi masih brsemangat nak buat kerja sementara anak2 masih tidur. Sempat mandi je bila nak jemur kain si Mira dah bangun dan mengekori keliling aku sambil aku menjemur kain. Ha! sekarang mak nak basuh kereta, nk ikut boleh tp jgn main air. Bagai faham si Mira bawak pengaut dedaun dan seret ke sekitar halaman, sesekali dia petik sekuntum dua bunga yang berjuntai kat tepian jalan dan selit dirambutnya yg pendek tu ! oh,so sweet..


               




 Inilah kereta kesayangan yg aku bilas, basuh, siram, bilas, basuh, siram! Siap..Miraaa,mai masuk. Mak dah habis kerja. Hai, sempat lagi posing tu..!

                Ayah dah balik bawak breakfast, makan punya makan kiewteaw sup pedas sambil terasa pedih-pedih dihujung kaki. Tak pandang pun sebab tak terasa apa-apa so, selesai makan basuh pinggan barulah dapat duduk terjelepok kat lantai lepaskan penat lelah. Hishh..pedih lagi hujung kaki nie, spontan terperasan ada benda hitam kat dalam dalam celah kaki,ingatkan habuk maklumlah rumah baru pindah,banyak habuk bergumpal lagi. Tapi hitam sangat, gumpalan kain kot! aku pun lastik dengan hujung kuku, ceh! tak mau jatuh. Aku pun kuis dengan jari telunjuk, mak oii! lembik tak terasa apa-apa dek jari aku..pas tu baru terpelanting..tak jauh dari aku..tooing dia berdiri, mak oiii seekor lintah! pacat..!entah apa2 la aku jerit time tu. Nasib baik hero aku ada, dia gumpal tisu angkat bakar kat luar..huhu!



        Masa gambar ni diambil, celah kaki aku tu mulanya tak keluarkan darah pun lepas dah dicuci dengan kapas.Lepas 15 minit baru darah keluar banyak macam nie, hairan. Aku pun teringatlah dalam Nasional Geographic bila dia zoom mulut lintah tu, heeeii geli..beribu gigi !! aummm..


                Aku pun mulalah mengada-ngada dengan cik abang ( bila lagi kan !).. so sepantasnya, bantuan medik pun tiba!!..jeng jeng,skelip mata kaki aku pun berbalut..eleh,mengada betul kan,setakat pacat keriuk-keriuk gitu pun nakberbalut..ah!lembik. TQ Hubby, terasa diri mendapat perhatian darimu.. ( ingatkan dia nak buat tak peduli je ).. Love U..



         Inilah pengalaman pertama digigit lintah di celah kaki. Basuh kereta lagi selepas ini?..oh mungkin tidak, huhu!!

Catatan popular daripada blog ini

SILVERITAGE IPOH, MEDAN GOPENG

Selepas jogging di Taman Botani, biasanya kami akan terus cari makan. Pusing punya pusing terlajak di Medan Gopeng terus ternampak food court baru di kawasan stesen bas lama di sana.   Dah terlajak sanggup pusing semula dibawah flyover dan kembali ke SILVERITAGE IPOH. itulah namanya, kawasan yang dulunya 'tandus' ditengah-tengah Medan Gopeng kini dan 'hidup' semula. Ada banyak food court disini terbahagi kepada dua bahagian tapi semua penjualnya Melayu. Jom layan gambar-gambar food court dibawah.  Ni Mee Keroncong..sedap lah jugak. Sebelah atas betul-betul atas kawasan bas stesen dulu sudah jadi kawasan penempatan peniaga melayu kita. Buat masa ni baru ada 4 - 5 kedai saja. Harap-harap lepas ni semakin penuh orang berniaga, baru meriah dengan pengunjung. Jom layan keindahan lanskap disekitar sini, sesuai untuk lepak-lepak dengan keluarga. Ada air pancut ditengah-tengah kawasan. Kedai-kedai masih kosong. ...

CERITA RUMAH PR1MA

 Sebelum penghujung tahun lepas lebih kurang bulan Oktober 2015 aku telah memohon rumah prima buat pertama kali melalui web :  http://www.pr1ma.my/  . Kemudian aku pun tidak menunggu apa-apa tawaran kerana yakin tidak akan terpilih disebabkan keadaan kewangan aku dan suami tidaklah berapa 'cantik'.      Tak kusangka tawaran pertama mengunjung pada 7 Jun 2016 melalui email peribadiku menawarkan Pemilihan Unit Rumah Prima di Meru. Tanpa melalui undian tiba-tiba aku mendapat tawaran khas untuk pemilihan unit rumah terus..zaass..! Kerana terkejut aku tolak tawaran ini hihi..                                    @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@ Tuan/Puan/Encik/Cik NxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxR Terima kasih kerana berdaftar dengan PR1MA dan memilih IPOH sebagai lokasi pilihan pertama kediaman PR1MA anda. Sukacita dimaklumkan bahawa anda te...

MEDAN SELERA TOK SAGOR , IPOH

Terletak bersebelahan dengan Masjid Negeri Perak s ekarang Medan Selera Dato Sagor dah cantik dan kemas. Hari tu saja-saja abang saya ajak singgah makan pagi, tapi macam tak banyak pilihan yang ada..kebanyakkan kedai yang tawarkan Roti Goyang atau Roti Telor Gedik dan kebanyakkan kedai milik peniaga Cina. Campur-campur kedainya dengan kedai Melayu sebelah-sebelah.jom layan gambar ni; Gambar masjid pun tak ketinggalan diambil..berhadapan Medan selera ni