31 Disember 2020

MY LOVELY VIVA 1.0 SS

Beli Viva pada 13 April 2013.
Artikel ditulis pada Julai 2016.
    
      Aku sayang kereta Vivaku ini. Walaupun aku ada bercadang untuk tukar dengan kereta yang lebih besar (10 tahun lagilah ) tapi aku tetap buktikan yang aku sayang forever pada kereta ini. Buktinya hari ini aku singgah di kedai Hock Seng Cushion & Air Cond Auto Accessories untuk cantikkan kereta ini. 

     Perbelanjaan yang dikeluarkan sehingga RM 1100 sahaja meliputi : 

 1. Cushion Kereta. RM 400 
 2. Cover Bonet Depan RM 130  
 3. Radio J V C. RM 295 
 4. Speaker Depan Sahaja. RM. 180 
 5. Dashboard Depan. RM. 60 
 6. Slip Pintu. RM 10 
 7. VIVA Logo Colour. RM 8 
 8. Sticker Frame Pintu RM 30 

      Kos ni aku sanggup lepaskan kerana dah demam nak hias kereta. Tapi belum termasuk road tax yang akan habis beberapa minggu lagi dan tayar kereta keempat-empatnya dah botak. Hehe..yang wajib pun belum tertunai lagi. InsyaAllah next project. Hehe..







Update. 
------------------------------
30 Disember 2020.

         Viva oren ku kini tinggal kenangan. Aku telah menjualnya dengan harga RM10,000 di kedai kereta Melayu di Ipoh. Dan aku serahkan nilai jualan kepada adikku yang nak menjual Myvi 1.3 SE Pink Edition sebab dia nak angkat CX50.

Im sorry darling Viva. Harap kamu di punyai oleh keluarga Mukmin. Aaminn. 

30 Disember 2020

MATA ANAK BERDARAH

Sudah hampir 3 bulan kebelakangan ni mata Amira 10 tahun teruk membengkak, ketumbit, naik bijik dan seumpamanya. Tak dapat kupastikan apa punca utamanya.

Dia jarang nak ada masalah mata. Tak tahulah  tiba-tiba kenapa kerap masalah macam ni pulak menyerangnya. Aku syaki telur tapi bila dah dua tiga hari tak makan telur masih jugak naik bengkak. Kemudian aku syaki ayam tak makan pun dia naik juga mata tu.


Mira ni matanya jenis bulat dan galak, jika naik bengkak dia alahai kesian sangat, nampak senget sebelah mata cantik anak mak ni. 

Dan suatu hari mata tu mengalir darah.!! 

16 Disember 2020 

Aku masih lagi tak ambil tindakan sebab fikirkan dia ada menggaru matanya ,dia mmg kerap garu matanya. Mungkin gatal tak dapat nak tahan. 

Aku dan suami cuci dan bagi Amira makan ubat alergi Chlorpeniramine sebijik tu je. Oleh sebab masa tu waktu malam maka kami tangguhkan nak bawak jumpa doktor. Alih-alih esoknya terus tangguh sampai blog ni ditulis. Aduhai la mak oh mak!! 

Hari ni dari kampung dia post gambar mata dia lagi. Tinggal dia kat Ipoh aku kat Taiping jauh nak terpa. Aduh nangis mak kat sini. Aku telefon dia, katanya bangun tidur nampak dah bertakung darah tu dan dia cuci sendiri. 

Kesian anak mak. Kalau nak fikir tak tahu darah tu datang dari mana. Nak kata dari bijik tumbit tu bukan main banyak lagi darahnya.



Katanya mata tak sakit dan dia boleh rawat. Aduh mujur dia memang berani sikit. Ya Allah kasihani mata anakku dan mata anak orang yang lain Ya Allah. Sembuhkanlah penyakit mereka ini Ya Allah, janganlah mudaratkan sakit anak-anak ini wahai Yang Maha Pengasih.. 

Aamiin. 



28 Disember 2020

SELAMAT TAHUN BARU 2021

 


Assalamualaikum wbkth..

        Selamat tahun baru 2021. Tahun yang tetap hadir pada diri dan bakal menyaksikan pelbagai perkara yang telah di atur oleh Allah swt. Apapun yang datang kita kena redha pada ketentuanNya. Marilah sama-sama kita berdoa moga dalam hati ini dicucuri nikmat Cinta kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW lebih-lebih mendalam dan sebati.

        Pada insan yang ingin mencari diri mulalah menyusun tangan memohon doa kepadaNya agar dipertemukan guru-guru yang boleh membimbing kita mengenali Yang Esa. Kurangkan berguru dengan kitab-kitab sebaliknya mulalah bertalaki dan duduk mengadap guru dalam meniti jalan tauhid yang maha mendalam ini.

        Semoga kalian terutamanya para wanita hidup bahagia dengan suami. Bahagia kerana suami kalian memilih untuk mencari RobbNya yang Maha Agung dan bahagia kerana kalian sedang berada di jalan yang benar untuk bertemu dengan Robb Mu.

Aamin Ya Robbal Alamin

PENGALAMAN GANGGUAN KENA TINDIH KETIKA TIDUR

28 Disember 2020

Aku ni peminat drama Korea.

Kalau aku dah mengadap TV drama Korea tu laki aku pun tak boleh buat apa!. Sekurang-kurangnya aku akan lipat kain sambil tengok tv tak la dia boleh nak marah sangat! bantu suami la katakan . :)

Kali ni aku hampir sebulan layan cerita ni. Oleh kerana aku balik kerja pukul 5 petang jadi aku takde pilihan kecuali tengok time Maghrib.

Tajuknya The Guest. Ni drama horror. Aku kalau nak tengok memang pilih drama kategori horror, kalau tak horror sekurang-kurangnya Fantasy atau Thriller..cintan-cintan tak main ye.


        Dan inilah drama paling seram pernah aku tengok selama layan pelbagai drama Korea bersiri ni. Tak kusangka aku yang ganas dan hati keras ni sampai boleh terbawa-bawa dalam mimpi akan cerita ini. Paling teruk aku kena tindih sebab terbawa-bawa cerita ni..!! hampeh punya hantu Korea.

        Pelakon yang melakonkan drama ni berjaya buat aku stress dengan aktiviti mereka dari mula sampai akhir 16 episod cerita. Pelakon utama watak Hwa Pyung, Choi Yoon dan Kang Gil Yong sering bergerak bersama-sama sepanjang kisah ni berlansung. Hwa Pyung cari hantu, polis cantik si Kang Gil Yong asyik kejar Hwa Pyung sebab syaki macam2 pada mamat ni dan Chooi Yoon buang hantu dalam badan orang yang kena rasuk yang mereka kejar.



Sinopsisnya begini;

Ada kejahatan yang merupakan akibat dari kekuatan misterius. Seorang paranormal, pendeta, dan detektif berusaha menghadapi kejahatan ini. Hwa Pyung merupakan seorang paranormal keturunan dukun.

        Sejak kecil hidupnya sudah penuh dengan dunia setan. Bahkan Hwa Pyung juga belajar tentang setan yang kuat. Jenis setan ini mampu mengendalikan iblis lain dan memungkinkan mereka untuk merasuki orang.  Dalam sinopsis The Guest, orang yang kerasukan tidak akan sembuh dan bisa gila. Kemungkinan lain adalah bisa saling membunuh antara anggota keluarga. Bahkan mereka bisa juga melukai diri dengan menusuk mata. Pertemuan paranormal, pendeta, dan detektif ini berawal saat keluarga mereka tewas terbunuh oleh setan. Mereka adalah Hwa Pyung (paranormal), Choi Yoon (pendeta), dan Kang Kil Young (detektif). Nasib sama mereka alami dengan harus kehilangan keluarga tercinta. Namun, pekerjaan ini tidak semata-mata untuk menyambung hidupnya yang tinggal sebatang kara. Hwa Pyung tidak mau rugi atas masa lalunya yang kelam. Choi Yoon yang tertutup dan murung. Hal ini lantaran adanya masa lalu yang mengerikan itu. Setelah dewasa, Choi Yoon mengusir setan dengan imannya yang kuat sebagai seorang pastor. Sekian terima kasih- Copy dari page lain.

        Oleh sebab cerita ni memang banyak adengan kerasukan dan pembersihan dari paderi yang bertugas halau hantu menggunakan cara kristen dari jubah hingga alatan maka aku pun asyik bermimpi melihat orang kristen berjubah kristen dalam mimpi aku. Dah dua hari aku alami mimpi ni dan aku lihat orang-orang gereja dalam jumlah yang ramai. 

      Aku mula bermimpi setelah masuk episod ke 10 sebab masa tu operasi menghalau hantu dengan cara kerasukan ekstrem dan upacara yang eksotik semakin menjadi-jadi ditambah pula hantu semakin menganas dengan mentera-mentera yang sangat menyeramkan..adoiii !! Dan akhirnya aku telah ditindih hantu pada malam selesai episod terakhir yang sangat-sangat mendebarkan. Bayangkan aku ditindih di bilik aku di atas katil aku sebanyak 2 kali dalam satu malam. Kuang ajor punya hantu. Sekali pukul 2.30 pagi sekali lagi pukul 4.00 petang

        Sebenarnya bukan tindih sangat, lebih kepada mengusik sahaja. Tapi aku tetap tak boleh gerakkan badan untuk mencuit suami yang tidur selena-lenanya di sebelah. Jam 2.30 pagi tu aku perasan anak teruna aku masuk bilik aku sebab tumpang bilik air dalam bilik. Tapi menatang tu macam tumpang anak aku masuk bilik tu sebab bila dia nak keluar dari bilik, aku rasa langkahnya menuju kearah aku. Perlahan-lahan kepala dia menghampiri muka aku dalam keadaan aku masih tidur-tidur ayam, aku ingat dia nak cium pipi aku ke walaupun jarang sangatlah anak teruna nak buat macam tu kat mak dia kan. Tapi yang terjadi memang dia sangat-sangat hampir dengan kulit muka aku sampai aku jadi geli dan paling menakutkan ialah dia dah start berbisik-bisik macam hantu masa merasuk dalam drama Korea tu..setan punya setan !!

        Dalam seminit macam tu dia dah lepaskan aku, terus aku lena. Tiba-tiba dalam jam 4 pagi sebelah aku tu elok pulak rasa tilam tu penyek di bahagian kaki aku, hampa tau menatang tu landing kat situ pegang kedua-dua tangan aku!! so aku tak boleh bergerak tapi aku cuba cakar tangan dia dan dia cakar aku balik dengan kuku dia !!!. Sumpah aku rasa cakaran itu. Walaubagaimanapun tangan aku dia tetap pegang kemas. Apa tujuan dia pun aku tak tahu, last-last aku biar je la sampai aku tertidur! lorrr..oh, stress!. 

        Akhirnya aku bangun Subuh dan aku rasa malu pada Allah dan Rasulullah sebab tak baca doa sebelum tidur. Aku mohon moga Allah jauhi aku dari gangguan demikian lagi. Jangan tengok cerita hantu dah !! marah laki aku..