02 Ogos 2016

CERITA RUMAH PR1MA

 Sebelum penghujung tahun lepas lebih kurang bulan Oktober 2015 aku telah memohon rumah prima buat pertama kali melalui web : http://www.pr1ma.my/ . Kemudian aku pun tidak menunggu apa-apa tawaran kerana yakin tidak akan terpilih disebabkan keadaan kewangan aku dan suami tidaklah berapa 'cantik'.

     Tak kusangka tawaran pertama mengunjung pada 7 Jun 2016 melalui email peribadiku menawarkan Pemilihan Unit Rumah Prima di Meru. Tanpa melalui undian tiba-tiba aku mendapat tawaran khas untuk pemilihan unit rumah terus..zaass..! Kerana terkejut aku tolak tawaran ini hihi..                                 

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Tuan/Puan/Encik/Cik NxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxR
Terima kasih kerana berdaftar dengan PR1MA dan memilih IPOH sebagai lokasi pilihan pertama kediaman PR1MA anda.
Sukacita dimaklumkan bahawa anda telah terpilih untuk menerima Tawaran Khas Pemilihan Unit kediaman PR1MA @ Bandar Meru Raya, Ipoh, Perak.
Sekiranya anda berminat untuk menerima tawaran ini, sila klik Di sini dan berikan maklum balas yang dikehendaki sebelum 11:59pm, Rabu, 8 Jun 2016.
Jadual sesi pemilihan unit kediaman pilihan anda akan dimaklumkan kepada penerima tawaran yang terpilih sahaja dan akan dihubungi melalui emel/whatsapp.
Pemilihan penerima tawaran adalah berdasarkan kepada maklum balas terawal (“first reply, first to be invited”) kerana unit kediaman yang ditawarkan adalah terhad.
Untuk makluman, anda wajib mendiami kediaman PR1MA tersebut dan moratorium selama 10 tahun akan dikenakan dimana kediaman PR1MA tersebut tidak boleh disewa, dijual dan dipindah milik.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi pusat khidmat pelanggan kami di talian 03-7962 4374
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

     Maka aku pun senyap-senyap sajalah. Alih-alih rezeki tawaran mendatang lagi pada 24 Jun 2016. Kali ini tawaran lebih kurang sama tetapi kawasan lain pula..alahai korang bacalah sendiri;

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Tuan/Puan/Encik/Cik xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Terima kasih kerana telah berdaftar dan memilih kediaman PR1MA sebagai kediaman impian anda.
Sukacita dimaklumkan bahawa anda telah terpilih untuk menerima Tawaran Khas Pemilihan Unit kediaman PR1MA.
(Anda ditawarkan berdasarkan kepada lokasi (Sungai Petani, Baling, Ipoh, Taiping dan Krian) yang telah anda pilih sebagai lokasi pilihan di dalam borang pendaftaran PR1MA anda)
Sekiranya anda berminat untuk menerima tawaran ini, sila klik Di sini dan berikan maklum balas yang dikehendaki sebelum 11:59pm, Ahad, 10 Julai 2016.
Jadual sesi pemilihan unit kediaman PR1MA pilihan anda akan dimaklumkan kepada penerima tawaran yang terpilih sahaja dan akan dihubungi melalui emel/whatsapp.
Pemilihan penerima tawaran adalah berdasarkan kepada maklum balas terawal (“first reply, first to be invited”) kerana unit kediaman yang ditawarkan adalah terhad.
Untuk makluman, anda wajib mendiami kediaman PR1MA tersebut dan moratorium selama 10 tahun akan dikenakan dimana kediaman PR1MA tersebut tidak boleh disewa, dijual dan dipindah milik.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi pusat khidmat pelanggan kami di talian 03-7962 4374
(untuk makluman, tawaran ini hanya terbuka kepada Tuan/Puan/Encik/ Cik Nxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx sahaja dan tidak boleh dipindahkan kepada orang lain)
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

 Maka kerana terkejut sekali lagi aku senyapkan aje tawaran ini. Kelu tidak dapat berkata-kata. Sebenarnya aku rasa bertuah kerana terpilih begitu mudah saja kebelakangan ini untuk memiliki rumah Prima namun isu selepas itu yang menjadi sukar. 

Antara sebab teman berasa susah hati sangat nak terima tawaran yang datang bergolek ni: 
a. Harga rumah yang terlalu mahal, masa aku apply harga rumah belum dinyatakan lagi. Bila     dah diupdatekan dalam web, terkejut akaaaakk ! Banyak perkara yang dijanjikan Prima ni contohnya;
           i. Boleh buat loan 110% dari harga rumah.
          ii. Ada skim sewa beli selama 10 tahun.
         iii. Tawaran rumah ada yang murah dan ada yang mahal.
b. Aku seboleh-bolehnya tak mau rumah bertingkat. Banyak hal yang aku tak suka dari suka.
c. Lokasi yang dalam tawaran tu kebanyakkan aku tak pilih pun.

     Tapi buat masa ni rumah yang ditawarkan kepada aku di sekitar Perak ni semua RM 200,000 keatas. Bayaran bulanannya memang terngangalah teman nak bayar. Habis bergolok gadailah harta yang tinggal nakkan ke rumah Prima mahal ni..huiih. Sebab tu teman biarkan ajerr..

 Dan peluang memiliki rumah Prima datang lagi buat kesekian kalinya pada 14 Julai 2016;

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

MELALUI EMAIL
JEMPUTAN PEMBELIAN KEDIAMAN PR1MA @ BAGAN SERAI / PR1MA @ KAMUNTING
JENIS KEDIAMAN              : RUMAH TERES
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Tuan/Puan dijemput hadir untuk pemilihan unit seperti yang dinyatakan di bawah:
Tarikh                               :Ahad , 24 Julai 2016
Masa Pemilihan Unit         :9.00 pagi – 1.00 petang      
Tempat                                  : Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Bagan Serai, 34300 Bagan Serai, Perak
Sila ambil maklum bahawa pemilihan unit kediaman akan dijalankan pada tarikh dan masa seperti yang tertera di atas. Untuk makluman jumlah unit rumah PR1MA adalah terhad dan pemil ihan unit akan dijalankan mengikut ‘’first come, first serve basis’’. Adalah disarankan agar Tuan/Puan hadir bersama dokumen-dokumen asal dan salinan seperti di bawah bagi memastikan urusan pembiayaan perumahan berjalan dengan lancar
1.     Surat Jemputan ini
2.     MyKad pembeli & pembeli bersama (jika ada), (3 salinan)
3.     Slip gaji 3 bulan terkini pembeli & pembeli bersama (jika ada)
4.     Penyata Caruman EPF terkini pembeli & pembeli bersama (jika ada)
5.     Borang EA/Borang J terkini pembeli & pembeli bersama (jika ada)
6.     Penyata akaun bank terkini pembeli & pembeli bersama (jika ada)
7.     Sijil Perniagaan bersama borang 24, 49 dan penyata bank untuk 6 bulan terkini (bagi  perniagaan sendiri)
8.     Surat Wakil - jika tidak dapat hadir (surat jemputan, Salinan Mykad pembeli dan Mykad wakil)

Untuk makluman, Tuan/Puan wajib mendiami kediaman PR1MA tersebut dan moratorium selama 10 tahun akan dikenakan dimana kediaman PR1MA tersebut tidak boleh disewa, dijual atau dipindahmilik.

Sebarang ketidakhadiran atau kelewatan Tuan/Puan pada hari tersebut boleh menyebabkan tawaran iniTERBATAL. Untuk sebarang penolakan tawaran atau pertanyaan lanjut, sila hubungi pusat khidmat pelanggan kami ditalian 03-7962 4374 (Isnin – Jumaat 9.00 pagi – 6.00 petang / Sabtu 9.00 pagi – 1.00 petang) atau emel kami di homes.baganserai@pr1ma.my & homes.kmtg@pr1ma.my
Sila layari laman sesawang berikut untuk maklumat tentang kediaman diatas:
Sekian, terima kasih.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

     Alangkah..dan buat kesekian kalinya aku pun menyepikan diri lagi. Tidak hadir pun ke lokasi yang ditetapkan kerana harga rumah yang dijanjikan kali mencecah RM 270 000 keatas. Tapi kami ada melawat ke kawasan perumahan ini. Tak jauh pun dari lokasi rumah yang kami dah beli sebelum ni.





Ha ni la rumahnya.Cantikkan, sesuailah dengan harganya..

     Maka oleh kerana sudah 3 projek Rumah PRIMA aku tak layan maka aku pun yakin yang Prima mungkin sudah tidak akan menawarkan lagi apa-apa projek kepadaku lagi dan sekali lagi jangkaanku silap. Kali ini berdekatan dengan rumah mak dan ayah aku tapi harga pun boleh tahanlah, antara yang termahal...mmm !!

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Tuan/Puan/Encik/Cik NxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxR, nombor rujukan PR1MA (P1xxxxxxxxxxxxx)
Terima kasih kerana telah memohon kediaman PR1MA @ Falim, Ipoh, Perak
Sukacita dimaklumkan bahawa proses cabutan undi untuk kediaman PR1MA @ Falim akan diadakan pada Selasa, 02 Ogos 2016. Proses cabutan undi ini akan dikawal selia oleh juruaudit daripada Deloitte Enterprise Risk Services Sdn. Bhd. bagi memastikan ketelusan proses undian tersebut.
Untuk makluman, anda tidak perlu menghadirkan diri semasa proses cabutan undi dan boleh mengikuti proses tersebut melalui laman facebook kami di PR1MA Homes.
Senarai nombor rujukan pendaftaran PR1MA yang berjaya dalam cabutan undi akan dimuat naik di laman web www.pr1ma.my setelah keputusan pengundian tersebut disahkan oleh juruaudit.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 03 – 7962 4374
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

   Banyak yang perlu aku fikirkan sebelum menerima tawaran rumah Prima ini. Faktor yang membuatkan aku nak mencuba kerana aku ingin memiliki rumah yang dekat dengan mak dan ayahku di Ipoh. Walaupun kami dah ada rumah sendiri di Taiping tapi mesti nak dekat jugak dengan mak ayah suatu hari nanti, Insyaallah. Tapi dengan rumah Prima..entahlah. Tak berbaloi rasanya nak beli rumah dengan bayaran ansuran tinggi setiap bulan. Beli rumah secondhand lepas tu renovate balik pun ok kan. Terpulang pada pendapat individu walaupun aku sebenarnya lebih suka rumah baru. Insyaallah. 

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Tuan/Puan/Encik/Cik NxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxR, nombor rujukan PR1MA (P1xxxxxxxxxxxxxxxxxx)
Terima kasih kerana telah memohon PR1MA @ Falim, Perak
Sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan telah berjaya menerusi proses cabutan undi bagi pembangunan PR1MA @ Falim yang dijalankan oleh Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) dan dikawal selia oleh juruaudit daripada Deloitte Enterprise Risk Services Sdn. Bhd.
Tuan/Puan akan dihubungi melalui emel/whatsapp (surat jemputan) untuk proses pemilihan unit dan proses seterusnya.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 03 – 7962 4374

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Kan dah dapat undian...Alhamdulillah