28 Disember 2020

SELAMAT TAHUN BARU 2021

 


Assalamualaikum wbkth..

        Selamat tahun baru 2021. Tahun yang tetap hadir pada diri dan bakal menyaksikan pelbagai perkara yang telah di atur oleh Allah swt. Apapun yang datang kita kena redha pada ketentuanNya. Marilah sama-sama kita berdoa moga dalam hati ini dicucuri nikmat Cinta kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW lebih-lebih mendalam dan sebati.

        Pada insan yang ingin mencari diri mulalah menyusun tangan memohon doa kepadaNya agar dipertemukan guru-guru yang boleh membimbing kita mengenali Yang Esa. Kurangkan berguru dengan kitab-kitab sebaliknya mulalah bertalaki dan duduk mengadap guru dalam meniti jalan tauhid yang maha mendalam ini.

        Semoga kalian terutamanya para wanita hidup bahagia dengan suami. Bahagia kerana suami kalian memilih untuk mencari RobbNya yang Maha Agung dan bahagia kerana kalian sedang berada di jalan yang benar untuk bertemu dengan Robb Mu.

Aamin Ya Robbal Alamin