31 Disember 2020

MY LOVELY VIVA 1.0 SS

Beli Viva pada 13 April 2013.
Artikel ditulis pada Julai 2016.
    
      Aku sayang kereta Vivaku ini. Walaupun aku ada bercadang untuk tukar dengan kereta yang lebih besar (10 tahun lagilah ) tapi aku tetap buktikan yang aku sayang forever pada kereta ini. Buktinya hari ini aku singgah di kedai Hock Seng Cushion & Air Cond Auto Accessories untuk cantikkan kereta ini. 

     Perbelanjaan yang dikeluarkan sehingga RM 1100 sahaja meliputi : 

 1. Cushion Kereta. RM 400 
 2. Cover Bonet Depan RM 130  
 3. Radio J V C. RM 295 
 4. Speaker Depan Sahaja. RM. 180 
 5. Dashboard Depan. RM. 60 
 6. Slip Pintu. RM 10 
 7. VIVA Logo Colour. RM 8 
 8. Sticker Frame Pintu RM 30 

      Kos ni aku sanggup lepaskan kerana dah demam nak hias kereta. Tapi belum termasuk road tax yang akan habis beberapa minggu lagi dan tayar kereta keempat-empatnya dah botak. Hehe..yang wajib pun belum tertunai lagi. InsyaAllah next project. Hehe..







Update. 
------------------------------
30 Disember 2020.

         Viva oren ku kini tinggal kenangan. Aku telah menjualnya dengan harga RM10,000 di kedai kereta Melayu di Ipoh. Dan aku serahkan nilai jualan kepada adikku yang nak menjual Myvi 1.3 SE Pink Edition sebab dia nak angkat CX50.

Im sorry darling Viva. Harap kamu di punyai oleh keluarga Mukmin. Aaminn.