Sudah hampir 3 bulan kebelakangan ni mata Amira 10 tahun teruk membengkak, ketumbit, naik bijik dan seumpamanya. Tak dapat kupastikan apa punca utamanya.
Dia jarang nak ada masalah mata. Tak tahulah tiba-tiba kenapa kerap masalah macam ni pulak menyerangnya. Aku syaki telur tapi bila dah dua tiga hari tak makan telur masih jugak naik bengkak. Kemudian aku syaki ayam tak makan pun dia naik juga mata tu.
Mira ni matanya jenis bulat dan galak, jika naik bengkak dia alahai kesian sangat, nampak senget sebelah mata cantik anak mak ni.
Dan suatu hari mata tu mengalir darah.!!
16 Disember 2020
Aku masih lagi tak ambil tindakan sebab fikirkan dia ada menggaru matanya ,dia mmg kerap garu matanya. Mungkin gatal tak dapat nak tahan.
Aku dan suami cuci dan bagi Amira makan ubat alergi Chlorpeniramine sebijik tu je. Oleh sebab masa tu waktu malam maka kami tangguhkan nak bawak jumpa doktor. Alih-alih esoknya terus tangguh sampai blog ni ditulis. Aduhai la mak oh mak!!
Hari ni dari kampung dia post gambar mata dia lagi. Tinggal dia kat Ipoh aku kat Taiping jauh nak terpa. Aduh nangis mak kat sini. Aku telefon dia, katanya bangun tidur nampak dah bertakung darah tu dan dia cuci sendiri.
Kesian anak mak. Kalau nak fikir tak tahu darah tu datang dari mana. Nak kata dari bijik tumbit tu bukan main banyak lagi darahnya.
Katanya mata tak sakit dan dia boleh rawat. Aduh mujur dia memang berani sikit. Ya Allah kasihani mata anakku dan mata anak orang yang lain Ya Allah. Sembuhkanlah penyakit mereka ini Ya Allah, janganlah mudaratkan sakit anak-anak ini wahai Yang Maha Pengasih..
Aamiin.