Hampir 7 tahun menetap di Taiping, dah lama hati kempunan nak naik bot di Taman Tasek Taiping ni. Hajat hati nak naik dengan anak-anak tapi yang dapat bawak kali ni Amira sorang je. Tapi Amira tak gembira sangat masa berkayuh bot ni pasal kami baru je lepas ambik darah anak beranak di Klinik Kesihatan Tupai. Amira dah demam hari kelima hari ni, kesian sangat dia..jom!mak bawak naik bot ye sayang mak ni 💗💗💗
Seluas 64 hektar, taman ini memiliki sepuluh tasik dan kolam yang indah, Kolam Teratai, jambatan yang mempesonakan, trek untuk berjoging serta refleksologi, semuanya dikelilingi oleh tanaman tropika, bunga-bungaan, pokok dan hidupan liar. Untuk kanak-kanak, terdapat gelanggang bermain kasut roda, bot kayuh, dan taman permainan untuk memastikan bermain di luar lebih menyeronokkan daripada bermain permainan video terkini.
Jom tengok gambar-gambar ni,pemandangan indah semasa di atas tasek..hehe!! biasanya jogging keliling tasek saja.. 👍
Kawasan parkin bot..jetinya terapung-apung dan beralih-alih. Pegang anak kecil kuat-kuat ye..