Selepas jogging di Taman Botani, biasanya kami akan terus cari makan. Pusing punya pusing terlajak di Medan Gopeng terus ternampak food court baru di kawasan stesen bas lama di sana.
Dah terlajak sanggup pusing semula dibawah flyover dan kembali ke SILVERITAGE IPOH. itulah namanya, kawasan yang dulunya 'tandus' ditengah-tengah Medan Gopeng kini dan 'hidup' semula. Ada banyak food court disini terbahagi kepada dua bahagian tapi semua penjualnya Melayu. Jom layan gambar-gambar food court dibawah.
Ni Mee Keroncong..sedap lah jugak.
Sebelah atas betul-betul atas kawasan bas stesen dulu sudah jadi kawasan penempatan peniaga melayu kita. Buat masa ni baru ada 4 - 5 kedai saja. Harap-harap lepas ni semakin penuh orang berniaga, baru meriah dengan pengunjung. Jom layan keindahan lanskap disekitar sini, sesuai untuk lepak-lepak dengan keluarga.
Ada air pancut ditengah-tengah kawasan.
Kedai-kedai masih kosong.
Tangga dan eskalator yang membawa naik ke atas.
Ha..lain kali nak singgah lagi untuk sarapan..jom you alls.