24 Ogos 2016

DATANG HAID BERPANJANGAN


Hari ni aku pergi ke Klinik Kesihatan Daerah ditemani suami. Sebabnya bulan ni aku telah didatangi haid selama 25 hari. Perkara ni pernah berlaku bulan Disember 2015 dimana aku datang haid selama 3 minggu. Tapi masa tu tak letih lansung malahan makin bertenaga. Setiap bulan aku datang haid dengan kekerapan bertukar pad adalah sejam sekali jika tidak akan melimpah hingga terpaksa tukar seluar dalam. Bukankah ini luarbiasa..! Adakah ini tanda-tanda penyakit.? Aku masih berdegil untuk berjumpa doktor. Mengharapkan keadaan kembali normal bulan berikutnya.

     Aku pulak dah terlepas pemeriksaan pap smear selama setahun setengah. Kebelakangan ni aku dah mula rasa kebas-kebas badan terutama badan dan kepala. Pelik,kenapa kepala pun kebas juga.? Akhirnya di sinilah aku..dari jam 9.15 pagi hinggalah jam 10.20 pagi namaku belum dipanggil. Padahal aku giliran keempat je list menanti giliran. Badanku terasa kebas hingga ke belakang kepala. Sejam menunggu then dah duduk depan doktor, story masalah dia suruh ambil berat badan, bp dan darah di lengan. 

     Lepas ambil berat sudah 123 kg jugak rupanya aku ni. Darah tinggi pun bacaan tinggi pulak. 169/108 Masyaallah. En. suami yang menemani pulak marah dgn bacaan darah aku padahal belum pernah lagi tinggi. At last part ambil darah dilengan tu suami aku yg ambikkan sebab agaknya misi tu pening tak jumpa urat aku,lengan aku ni gemuk sgt kot..!! Result chek darah alhamdulillah semuanya ok, termasuklah tiada kehilangan atau kekurangan darah dalam badan ni, syukur. 

Masuk balik bilik doktor untuk hantar result dia suspek ini adalah disebabkan aku telah mengambil suntikan perancang kehamilan selama 5 bulan ini. Sebab tulah dia kata aku period panjang. Tapi bukan , setakat tu je dia suruh aku pi scan pulak. 

Dua jam sudah berlalu, kini aku menahan kencing didepan bilik doktor unt menunggu scan dan aku tak tahan aku pun pi membuang hajat. Rupanya kena simpan air kencing untuk nak scan ni...masa tu dah jam 12.30 doktor scan tu suruh aku datang balik jam 2.30, dah 40 minit tunggu sekarang  disuruh datang balik petang. Aduh..kebas dan lapar seluruh badan mula terasa. Apalah salahnya tampal arahan atau notis kat depan pintu betapa pentingnya simpan air kencing untuk tujuan scan. 

Maka seluruh urusanku selesai jam 4.00 petang. Kena ada jadual ambik darah tinggi selang sehari. Fuh..

Apa2 pun doakan aku result yang terbaik. Amin.

23 Ogos 2016

AMIRA TINDIK TELINGA

     Masih teringat ketika aku berusia 6 tahun mama dan papa aku bawak pergi tindik telinga buat pertama kalinya. Dan malamnya telinga ini terus bernanah. Proses nak bukak subang yang telah tenggelam dek nanah dan bengkak itu memakan masa hampir 3 hari kerana aku begitu meronta dan melawan. Masih teringat lagi akhirnya satu malam mak memegang tangan aku yang sudah tidur dan ayah membuang subang yang sudah lekat dengan nanahnya sekali. Aduuhh,sakitnya masih terasa hingga kini,.

     Sebab tu bila si Mira merayu nak tindik telinga aku yang terasa pedihnya. Aku membayangkan dia juga akan mengalami nasib macam mak dia ni. Mana tau kalau-kalau darah jenis sama jadi penerimaan bendasing pada tubuhnya pun bermasalah sama. 


Sebelum tindik , teruja..

     Tapi aku gagal menepis rayuannya yang dah berbulan-bulan memujukku jadi kami ke Poh Kong  malam ni untuk merealisasikan hasratnya. RM 20 upah tindik dengan harga subang sekali. Sebelum sampai ke pintu Poh Kong aku memberitahunya rasa sakit dan risiko yang bakal terima dari tindakan ini dan dia memahaminya. Hihi, nangis jugaklah 10 saat selepas ditindik dan lepas tu berlari-lari dia kearah ayahnya menayang-nayang subang tindik tu. Ok! nampak ketabahannya disitu. Dan alhamdulillah hingga hari ini dah 5 hari berlalu nampaknya tindikkannya benar-benar sembuh dan serasi. 


ok, jelous mak tengok !

     Amira tiada masalah seperti aku dulu. Makan pun tak pantang sangat. Beruntunglah para wanita diluar sana yang boleh tindik telinga. Bolehlah bergaya sikit ya, kalau dijaga lubang tindik tu hingga ke tua boleh pakai subang..kan manis tu. Sebab memikirkan nak bergaya depan suami sikitlah aku beli juga sepasang subang emas dan pergi tindik juga awal-awal perkahwinan dulu. Nampaknya kalau dah tak serasi tu tetap tak boleh juga. pagi esoknya bangun tidur berdenyut-denyut jugalah telinga. Sah tak boleh aku terus cabut subang tindik tu dan hilang terus rasa sakit tu. Subang aku hadiahkan kepada ibu mertuaku (jelousnya tengok dia pakai).. 

     Lepas ni nak survey subang emas untuk Amira pulak. Katanya nak subang yang bergoyang-goyang pulak. Alahai..jelous lagi aku.!! Redha..redha.. 

03 Ogos 2016

MAKAN MALAM DI D' LABIT

      Malam minggu yang lepas suruh jugak husband berusaha google mana lokasi D'Labit di area Taiping ni. Dah dengar banyak cerita orang makan best-best kat situ. 
      Alhamdulillah akhirnya sampai dilokasi. Ada dua bahagian, satu bahagian ada air-cond,satu lagi bahagian luar berudara malam. Ha, mestilah Amira nak pilih air-condkan. So kami masuk dan rupanya dah ada tempahan jamuan hari raya sebelah dalamnya tapi masih ada lagi 3 meja availabe untuk pelanggan lain. Jadi kami pun duduk tapi mata dok tertumpu pada meja panjang untuk jamuan raya tu. Macam-macam hidangan diatas meja tu,lemang,ketupat,rendang,nasi goreng dan steamboot pun ada. !! wow..! Aimil dan Mira pun sama tengok je makanan atas meja tu. Orang yang nak merai baru sampai dua tiga orang je.
      Kami pun mengorder makan steamboot untuk 2 orang makan. Harganya RM 55 sahaja. Tapi kami tambah nasi 2 pinggan. Orang Melayu mestilah nak rasa nasi jugakkan.



        

    Mi yang disediakan tu mi Jepun yang belum pernah aku makan. Rasanya kosong tapi sedap dimakan bersama makanan laut. Disediakan sos cili dan black paper kot untuk kita tambah rasa pedas. Memang banyak disediakan makanan lautnya. 
     Rasanya ada 2 jam kami kat meja makan. Dari meja jamuan JKKK Kampung mana ntah tu kosong sampailah mereka dah nak habis makan, kami belum habis makan lagi. Bayangkan banyaknya isi makanan yang disediakan. Mee dah habis tapi isi steamboot banyak lagi. macamana ni? dahlah nak kena habiskan makanan anak-anak yang tak habis tu? kena tambah lagilah mi tu...taknak membazirkan !! 
     Untuk set 2 orang makan ni pun dah boleh 4 orang dewasa makan tau. Lain kali nak cuba menu lain pulak di sini. Harga boleh tahanlah. Bayar tadi kenalah dalam RM 80.00. Mmmm...Maklumlah tambah itu tambah ini dan tambah cukai lagi.
 Ok, Selamat menjamu selera di D'Labit. 

02 Ogos 2016

CERITA RUMAH PR1MA

 Sebelum penghujung tahun lepas lebih kurang bulan Oktober 2015 aku telah memohon rumah prima buat pertama kali melalui web : http://www.pr1ma.my/ . Kemudian aku pun tidak menunggu apa-apa tawaran kerana yakin tidak akan terpilih disebabkan keadaan kewangan aku dan suami tidaklah berapa 'cantik'.

     Tak kusangka tawaran pertama mengunjung pada 7 Jun 2016 melalui email peribadiku menawarkan Pemilihan Unit Rumah Prima di Meru. Tanpa melalui undian tiba-tiba aku mendapat tawaran khas untuk pemilihan unit rumah terus..zaass..! Kerana terkejut aku tolak tawaran ini hihi..                                 

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Tuan/Puan/Encik/Cik NxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxR
Terima kasih kerana berdaftar dengan PR1MA dan memilih IPOH sebagai lokasi pilihan pertama kediaman PR1MA anda.
Sukacita dimaklumkan bahawa anda telah terpilih untuk menerima Tawaran Khas Pemilihan Unit kediaman PR1MA @ Bandar Meru Raya, Ipoh, Perak.
Sekiranya anda berminat untuk menerima tawaran ini, sila klik Di sini dan berikan maklum balas yang dikehendaki sebelum 11:59pm, Rabu, 8 Jun 2016.
Jadual sesi pemilihan unit kediaman pilihan anda akan dimaklumkan kepada penerima tawaran yang terpilih sahaja dan akan dihubungi melalui emel/whatsapp.
Pemilihan penerima tawaran adalah berdasarkan kepada maklum balas terawal (“first reply, first to be invited”) kerana unit kediaman yang ditawarkan adalah terhad.
Untuk makluman, anda wajib mendiami kediaman PR1MA tersebut dan moratorium selama 10 tahun akan dikenakan dimana kediaman PR1MA tersebut tidak boleh disewa, dijual dan dipindah milik.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi pusat khidmat pelanggan kami di talian 03-7962 4374
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

     Maka aku pun senyap-senyap sajalah. Alih-alih rezeki tawaran mendatang lagi pada 24 Jun 2016. Kali ini tawaran lebih kurang sama tetapi kawasan lain pula..alahai korang bacalah sendiri;

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Tuan/Puan/Encik/Cik xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Terima kasih kerana telah berdaftar dan memilih kediaman PR1MA sebagai kediaman impian anda.
Sukacita dimaklumkan bahawa anda telah terpilih untuk menerima Tawaran Khas Pemilihan Unit kediaman PR1MA.
(Anda ditawarkan berdasarkan kepada lokasi (Sungai Petani, Baling, Ipoh, Taiping dan Krian) yang telah anda pilih sebagai lokasi pilihan di dalam borang pendaftaran PR1MA anda)
Sekiranya anda berminat untuk menerima tawaran ini, sila klik Di sini dan berikan maklum balas yang dikehendaki sebelum 11:59pm, Ahad, 10 Julai 2016.
Jadual sesi pemilihan unit kediaman PR1MA pilihan anda akan dimaklumkan kepada penerima tawaran yang terpilih sahaja dan akan dihubungi melalui emel/whatsapp.
Pemilihan penerima tawaran adalah berdasarkan kepada maklum balas terawal (“first reply, first to be invited”) kerana unit kediaman yang ditawarkan adalah terhad.
Untuk makluman, anda wajib mendiami kediaman PR1MA tersebut dan moratorium selama 10 tahun akan dikenakan dimana kediaman PR1MA tersebut tidak boleh disewa, dijual dan dipindah milik.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi pusat khidmat pelanggan kami di talian 03-7962 4374
(untuk makluman, tawaran ini hanya terbuka kepada Tuan/Puan/Encik/ Cik Nxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx sahaja dan tidak boleh dipindahkan kepada orang lain)
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

 Maka kerana terkejut sekali lagi aku senyapkan aje tawaran ini. Kelu tidak dapat berkata-kata. Sebenarnya aku rasa bertuah kerana terpilih begitu mudah saja kebelakangan ini untuk memiliki rumah Prima namun isu selepas itu yang menjadi sukar. 

Antara sebab teman berasa susah hati sangat nak terima tawaran yang datang bergolek ni: 
a. Harga rumah yang terlalu mahal, masa aku apply harga rumah belum dinyatakan lagi. Bila     dah diupdatekan dalam web, terkejut akaaaakk ! Banyak perkara yang dijanjikan Prima ni contohnya;
           i. Boleh buat loan 110% dari harga rumah.
          ii. Ada skim sewa beli selama 10 tahun.
         iii. Tawaran rumah ada yang murah dan ada yang mahal.
b. Aku seboleh-bolehnya tak mau rumah bertingkat. Banyak hal yang aku tak suka dari suka.
c. Lokasi yang dalam tawaran tu kebanyakkan aku tak pilih pun.

     Tapi buat masa ni rumah yang ditawarkan kepada aku di sekitar Perak ni semua RM 200,000 keatas. Bayaran bulanannya memang terngangalah teman nak bayar. Habis bergolok gadailah harta yang tinggal nakkan ke rumah Prima mahal ni..huiih. Sebab tu teman biarkan ajerr..

 Dan peluang memiliki rumah Prima datang lagi buat kesekian kalinya pada 14 Julai 2016;

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

MELALUI EMAIL
JEMPUTAN PEMBELIAN KEDIAMAN PR1MA @ BAGAN SERAI / PR1MA @ KAMUNTING
JENIS KEDIAMAN              : RUMAH TERES
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Tuan/Puan dijemput hadir untuk pemilihan unit seperti yang dinyatakan di bawah:
Tarikh                               :Ahad , 24 Julai 2016
Masa Pemilihan Unit         :9.00 pagi – 1.00 petang      
Tempat                                  : Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Bagan Serai, 34300 Bagan Serai, Perak
Sila ambil maklum bahawa pemilihan unit kediaman akan dijalankan pada tarikh dan masa seperti yang tertera di atas. Untuk makluman jumlah unit rumah PR1MA adalah terhad dan pemil ihan unit akan dijalankan mengikut ‘’first come, first serve basis’’. Adalah disarankan agar Tuan/Puan hadir bersama dokumen-dokumen asal dan salinan seperti di bawah bagi memastikan urusan pembiayaan perumahan berjalan dengan lancar
1.     Surat Jemputan ini
2.     MyKad pembeli & pembeli bersama (jika ada), (3 salinan)
3.     Slip gaji 3 bulan terkini pembeli & pembeli bersama (jika ada)
4.     Penyata Caruman EPF terkini pembeli & pembeli bersama (jika ada)
5.     Borang EA/Borang J terkini pembeli & pembeli bersama (jika ada)
6.     Penyata akaun bank terkini pembeli & pembeli bersama (jika ada)
7.     Sijil Perniagaan bersama borang 24, 49 dan penyata bank untuk 6 bulan terkini (bagi  perniagaan sendiri)
8.     Surat Wakil - jika tidak dapat hadir (surat jemputan, Salinan Mykad pembeli dan Mykad wakil)

Untuk makluman, Tuan/Puan wajib mendiami kediaman PR1MA tersebut dan moratorium selama 10 tahun akan dikenakan dimana kediaman PR1MA tersebut tidak boleh disewa, dijual atau dipindahmilik.

Sebarang ketidakhadiran atau kelewatan Tuan/Puan pada hari tersebut boleh menyebabkan tawaran iniTERBATAL. Untuk sebarang penolakan tawaran atau pertanyaan lanjut, sila hubungi pusat khidmat pelanggan kami ditalian 03-7962 4374 (Isnin – Jumaat 9.00 pagi – 6.00 petang / Sabtu 9.00 pagi – 1.00 petang) atau emel kami di homes.baganserai@pr1ma.my & homes.kmtg@pr1ma.my
Sila layari laman sesawang berikut untuk maklumat tentang kediaman diatas:
Sekian, terima kasih.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

     Alangkah..dan buat kesekian kalinya aku pun menyepikan diri lagi. Tidak hadir pun ke lokasi yang ditetapkan kerana harga rumah yang dijanjikan kali mencecah RM 270 000 keatas. Tapi kami ada melawat ke kawasan perumahan ini. Tak jauh pun dari lokasi rumah yang kami dah beli sebelum ni.





Ha ni la rumahnya.Cantikkan, sesuailah dengan harganya..

     Maka oleh kerana sudah 3 projek Rumah PRIMA aku tak layan maka aku pun yakin yang Prima mungkin sudah tidak akan menawarkan lagi apa-apa projek kepadaku lagi dan sekali lagi jangkaanku silap. Kali ini berdekatan dengan rumah mak dan ayah aku tapi harga pun boleh tahanlah, antara yang termahal...mmm !!

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Tuan/Puan/Encik/Cik NxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxR, nombor rujukan PR1MA (P1xxxxxxxxxxxxx)
Terima kasih kerana telah memohon kediaman PR1MA @ Falim, Ipoh, Perak
Sukacita dimaklumkan bahawa proses cabutan undi untuk kediaman PR1MA @ Falim akan diadakan pada Selasa, 02 Ogos 2016. Proses cabutan undi ini akan dikawal selia oleh juruaudit daripada Deloitte Enterprise Risk Services Sdn. Bhd. bagi memastikan ketelusan proses undian tersebut.
Untuk makluman, anda tidak perlu menghadirkan diri semasa proses cabutan undi dan boleh mengikuti proses tersebut melalui laman facebook kami di PR1MA Homes.
Senarai nombor rujukan pendaftaran PR1MA yang berjaya dalam cabutan undi akan dimuat naik di laman web www.pr1ma.my setelah keputusan pengundian tersebut disahkan oleh juruaudit.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 03 – 7962 4374
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

   Banyak yang perlu aku fikirkan sebelum menerima tawaran rumah Prima ini. Faktor yang membuatkan aku nak mencuba kerana aku ingin memiliki rumah yang dekat dengan mak dan ayahku di Ipoh. Walaupun kami dah ada rumah sendiri di Taiping tapi mesti nak dekat jugak dengan mak ayah suatu hari nanti, Insyaallah. Tapi dengan rumah Prima..entahlah. Tak berbaloi rasanya nak beli rumah dengan bayaran ansuran tinggi setiap bulan. Beli rumah secondhand lepas tu renovate balik pun ok kan. Terpulang pada pendapat individu walaupun aku sebenarnya lebih suka rumah baru. Insyaallah. 

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Tuan/Puan/Encik/Cik NxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxR, nombor rujukan PR1MA (P1xxxxxxxxxxxxxxxxxx)
Terima kasih kerana telah memohon PR1MA @ Falim, Perak
Sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan telah berjaya menerusi proses cabutan undi bagi pembangunan PR1MA @ Falim yang dijalankan oleh Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) dan dikawal selia oleh juruaudit daripada Deloitte Enterprise Risk Services Sdn. Bhd.
Tuan/Puan akan dihubungi melalui emel/whatsapp (surat jemputan) untuk proses pemilihan unit dan proses seterusnya.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 03 – 7962 4374

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Kan dah dapat undian...Alhamdulillah

BACAAN KENCING MANISKU

Bismillahirrohmanirrohim..

     Sabtu lepas ada jamuan Aidilfitri di taman ibuku. Maka aku pun mengambil kesempatan pergi dan makan pelbagai juadah. Sebelum Sabtu, hari Rabu tu jamuan raya di Pejabatku pula. Pun pelbagai juadah masuk ke perut ini. Sudah pastilah lemang dan ketupat bersama kuah rendang dan tak dilupa juga puding segala bagai berserta kek-kek manis sebagai penyeri hidangan. Mengenangkan juadah sebegini hanya setahun sekali sahaja maka pastilah aku merakamkan kemanisan juadah ini melalui mulutku agar menjadi kenangan manis-manis belaka. 

    Maka seperti mana banyaknya kemanisan yang bertandang maka setinggi itulah bacaan diabetesku apabila membuat ujian kencing manis pada Ahadnya pula. Bacaan 12.3 membuatkan suamiku menjerit dan ternganga. Pucat lesi muka aku. Tak pernah terfikir akan merakam bacaan setinggi itu, paling tinggi pun mungkin 5 lebih sahaja. Kali ini dah setahun lebih belum pernah buat ujian ini dan berat badan pun bertambah maka bacaan itu sangat tidak cantik. Dan aku mula menyalahkan kemanisan dan segala yang manis-manis kualami sepanjang Syawal ini.

     Dari hari Ahad selepas ujian itu sehinggalah pagi tadi aku agak murung. Pelbagai fikiran datang ke kelapa ini. Terbayang suntikan doktor, katil hospital dan anggota badan yang bernanah. Suami juga mula marahkan aku, mengungkit balik semua sikap aku yang suka berlebih-lebihan dalam masakan manis. Sehinggalah pagi ini, suamiku membuat ujian kencing manis lagi dan ALHAMDULILLAH bacaanku dah turun kepada 6.4. 



      Aku rasa menyesal. Rasa macam nak bertaubat. Cukuplah sekali tu saja bacaan itu amat merengut hatiku. Aku nak kawal manis selepas ini, Insyaallah. Pemakanan aku selama ini memang ditahap bahaya. Bukan saja aku malahan keluarga aku. Anak-anak aku pun aku biarkan bergelumang dengan kemanisan. Ya ALLAH izinkanlah kami kurangkan kemanisan dalam makanan dan lebihkan kemanisan dalam beribadat. Ampuni kami Ya ALLAH. 

Syukur alhamdulillah.