Malam minggu yang
lepas suruh jugak husband berusaha google mana lokasi D'Labit di area Taiping
ni. Dah dengar banyak cerita orang makan best-best kat situ.
Alhamdulillah akhirnya sampai dilokasi. Ada dua bahagian, satu bahagian
ada air-cond,satu lagi bahagian luar berudara malam. Ha, mestilah Amira nak
pilih air-condkan. So kami masuk dan rupanya dah ada tempahan jamuan hari raya
sebelah dalamnya tapi masih ada lagi 3 meja availabe untuk pelanggan lain. Jadi
kami pun duduk tapi mata dok tertumpu pada meja panjang untuk jamuan raya tu.
Macam-macam hidangan diatas meja tu,lemang,ketupat,rendang,nasi goreng dan
steamboot pun ada. !! wow..! Aimil dan Mira pun sama tengok je makanan atas
meja tu. Orang yang nak merai baru sampai dua tiga orang je.
Kami pun mengorder makan steamboot untuk 2 orang makan. Harganya RM 55
sahaja. Tapi kami tambah nasi 2 pinggan. Orang Melayu mestilah nak rasa nasi
jugakkan.
Mi yang
disediakan tu mi Jepun yang belum pernah aku makan. Rasanya kosong tapi sedap
dimakan bersama makanan laut. Disediakan sos cili dan black paper kot untuk
kita tambah rasa pedas. Memang banyak disediakan makanan lautnya.
Rasanya ada 2 jam kami kat meja makan. Dari meja jamuan
JKKK Kampung mana ntah tu kosong sampailah mereka dah nak habis makan, kami
belum habis makan lagi. Bayangkan banyaknya isi makanan yang disediakan. Mee
dah habis tapi isi steamboot banyak lagi. macamana ni? dahlah nak kena habiskan
makanan anak-anak yang tak habis tu? kena tambah lagilah mi tu...taknak
membazirkan !!
Untuk set 2 orang makan ni pun dah boleh 4 orang dewasa
makan tau. Lain kali nak cuba menu lain pulak di sini. Harga boleh
tahanlah. Bayar tadi kenalah dalam RM 80.00. Mmmm...Maklumlah tambah itu tambah
ini dan tambah cukai lagi.
Ok, Selamat menjamu
selera di D'Labit.