Hari ni aku pergi ke Klinik Kesihatan Daerah ditemani suami. Sebabnya bulan ni aku telah didatangi haid selama 25 hari. Perkara ni pernah berlaku bulan Disember 2015 dimana aku datang haid selama 3 minggu. Tapi masa tu tak letih lansung malahan makin bertenaga. Setiap bulan aku datang haid dengan kekerapan bertukar pad adalah sejam sekali jika tidak akan melimpah hingga terpaksa tukar seluar dalam. Bukankah ini luarbiasa..! Adakah ini tanda-tanda penyakit.? Aku masih berdegil untuk berjumpa doktor. Mengharapkan keadaan kembali normal bulan berikutnya.
Aku pulak dah terlepas pemeriksaan pap smear selama setahun setengah. Kebelakangan ni aku dah mula rasa kebas-kebas badan terutama badan dan kepala. Pelik,kenapa kepala pun kebas juga.? Akhirnya di sinilah aku..dari jam 9.15 pagi hinggalah jam 10.20 pagi namaku belum dipanggil. Padahal aku giliran keempat je list menanti giliran. Badanku terasa kebas hingga ke belakang kepala. Sejam menunggu then dah duduk depan doktor, story masalah dia suruh ambil berat badan, bp dan darah di lengan.
Lepas ambil berat sudah 123 kg jugak rupanya aku ni. Darah tinggi pun bacaan tinggi pulak. 169/108 Masyaallah. En. suami yang menemani pulak marah dgn bacaan darah aku padahal belum pernah lagi tinggi. At last part ambil darah dilengan tu suami aku yg ambikkan sebab agaknya misi tu pening tak jumpa urat aku,lengan aku ni gemuk sgt kot..!! Result chek darah alhamdulillah semuanya ok, termasuklah tiada kehilangan atau kekurangan darah dalam badan ni, syukur.
Masuk balik bilik doktor untuk hantar result dia suspek ini adalah disebabkan aku telah mengambil suntikan perancang kehamilan selama 5 bulan ini. Sebab tulah dia kata aku period panjang. Tapi bukan , setakat tu je dia suruh aku pi scan pulak.
Dua jam sudah berlalu, kini aku menahan kencing didepan bilik doktor unt menunggu scan dan aku tak tahan aku pun pi membuang hajat. Rupanya kena simpan air kencing untuk nak scan ni...masa tu dah jam 12.30 doktor scan tu suruh aku datang balik jam 2.30, dah 40 minit tunggu sekarang disuruh datang balik petang. Aduh..kebas dan lapar seluruh badan mula terasa. Apalah salahnya tampal arahan atau notis kat depan pintu betapa pentingnya simpan air kencing untuk tujuan scan.
Maka seluruh urusanku selesai jam 4.00 petang. Kena ada jadual ambik darah tinggi selang sehari. Fuh..
Apa2 pun doakan aku result yang terbaik. Amin.