27 Februari 2015

MASALAH RUMAH BARU

     Frustlah jugak bila dah seronok masuk rumah baru tapi beberapa problem lain datang menjengah. Masalah pertama sinki dapur. Baru seminggu guna air mula keluar dari celah lantai. Sedihnya rasa sebab ini rumah barukan. ALLAH nak uji tu, alhamdulillah. Mulalah tadah air guna tong sampah besar. Dah penuh kena seret pi bilik air sebelah untuk buang dan tadah lagi. 

      Sehari adalah dalam 5 kali buang air tadahan,maklumlah kita masak pagi petang mestilah banyak guna air. Pinggang dan lengan mula terasa lenguh berpanjangan. Pemaju dah diberitahu tapi lepas 2 minggu baru datang repair. Alhamdulillah, hari ni selesai masalah menadah. Pemaju datang repair. Rupanya banyak sangat pasir dalam lubang. Dia pecahkan jubin dan korek pasir dari dalam.


Pasir yang dibuang dari dalam lubang sinki


Mujur lubang utama tidak tersumbat 

     Tapi lepas dah pecahkan jubin dia kata akan tampal jubin baru tu kemudian tapi orang lain akan datang buat. Dah terdedah pulak lubang tu. Takpelah asal masalah selesai. 

     Tapi masalah lain grill rumah pula dah lari dari line. At last sangkut tak boleh tutup pintu tu. Aduh!! Satu demi satu masalah mendatang. Dah call pekedai grill tu pun belum nak datang lagi sampai hari ni. Banyak projek pagar orang lain nak kena buat katanya. Sabar jelah. Akhirnya hampir sebulan report baru pakcik grill tu datang. Di pateri semula semua yang tertanggal tapi dibiarkannya hitam kesan pateri. Nampak kali ni pateri lebih tebal dari dulu. Harap masalah tak berulang lagi. 

     Ada impian belum tertunai. Nak jubinkan penuh bahagian porch depan rumah dan nak jubinkan dapur. Dah jumpa orang yang nak diupah tapi takde budget lagi. Tengah menyimpan slow-slow ni..harap harapan jadi kenyataan.AMin.

25 Februari 2015

KRIM MUKA YANG BEST

     Walaupun tahu muka ni jenis berminyak tapi tak boleh berhenti pakai bedak. Tapi semenjak umur dah meningkat ni rasa dah malas nak pakai bedak muka. Cuba pula guna krim muka saja tanpa bedak..alahai,muka jadi berminyak dalam beberapa minit saja lepas apply so bedak masih diperlukan!!.

    Macam-macam krim muka dah pernah cuba hinggalah cubaan pertama menggunakan jenis BB CREAM berjaya memikat hati ini. BB CREAM mengelakkan muka dari bertompok dan berminyak. Mungkin apa saja jenama BB Cream semua akan ok. Sekarang pun dah ada CC Cream. Tapi aku tak pernah cuba. 
       Produk ini adalah dalam setahun aku dah pakai. Sesuai dengan kulit aku yang berminyak jadi kurang berminyak bila apply ke muka dari pagi hingga ke tengah hari. Ingat tak mau tukar lain dah. Tapi pelik dalam hujung Disember 2014 produk ni dah semakin hilang dari pasaran. Pergi cari ke mana-mana pasaraya pun dah tiada. Mungkin sebenarnya nak digantikan dengan set baru Simply Siti New Age (lebih mahal) so produk ini dah dihentikan tapi kan lebih baik kalau Simply Sity berterusterang je nak terminate terus Clear Solution..Huhu




Set Baru Simply Sity New Age 

 Terkini adik aku cuba beli produk BB Cream Nutrimatics/Tupperware Brand dan apply pada wajah dia. Nampak macam best so aku pun try pakai pi tempat kerja guna dari pagi hingga petang jam 4 pm mengadap cermin wow! Kesannya masih ada di muka. Ha!! Dah jumpa dah pengganti.So,apa lagi cari branch tupperware berdekatanlah untuk belian.Hihihi.. Jom pakat-pakat cuba.


MAKAN MALAM DI THE GATE CAFE

Syukur di Taiping ni ada tempat makan best juga. The Gate Cafe, Post dalam group Makan Best di Taiping asyik post pengalaman hebat member group yang makan di sini. Memang teringin nak pergi dan malam ni hajat kesampaian.
Western food adalah main course. Grill sampai 30 ringgit pun ada. Lasagna dalam 15 ringgit. At last aku ambil lamb grill RM 19.90..ada 3 keping penuh isi bukan tulang ye. Puas hati sangat.
AMiRa makan nasi goreng tomyam pun sedap. Suami makan Sizzling Mushroom Chicken Chop kuah melimpah-limpah RM 12.50 dan Sizzling Ye Mee RM7.50. Tengoklah air yang share dengan mira ni. Watermelon + lychee RM 11.50. Besar sungguh gelasnya. Seronok budak-budak minum.
Bagi yang berpeluang atau teringin nak cuba Western Food tu mai la ke The Gate Cafe..Lepas makan boleh jalan-jalan ke Taiping Mall yang bersebelahan blok dari situ. Enjoy in Taiping.

16 Januari 2015

PRODUK MARY KAY

     Hari ni ada seorang wanita rakan kepada rakan datang kepejabat waktu lunch time untuk buat facial guna produk Mary Kay. Lepas ambil Aimil dari sekolah aku sanggup patah balik ke pejabat untuk join diaorang.



     Produk Mary Kay yang digunakan adalah Botanical Effects Skin Care yang secara asasnya untuk basic penjagaan wajah secara natural. Ada 4 langkah yang diapplykan ke wajah.

1. Pencuci Muka 3 dalam 1 

         Letak 4 titik ke bahagian wajah dan gosok dari dagu ke atas. Memang tiada buih tetapi terasa pekat dan ada biji-biji halus menyentuh seluruh wajah. Untuk bersihkan cuma ambil tisu basah dan lap sahaja. Wajah rasa bersih dan segar lepas guna.


2. Masker Muka

        Masker ni guna 3 kali seminggu saja. Cara sapu ke muka pun hanya sapuan ringan tetapi menyeluruh. Nampak tekstur masker yang agak kering di atas kulit tapi akan beri hasil yang boomm!!. Bila dah biar 10 minit di wajah dan dah lap dengan tisu akan nampak shapping wajah yang berubah. Memang pelik tapi itulah yang terjadi. Akak tu kata, biasakan guna nanti bentuk wajah akan kekal begitu. Very good...!!


3. Penyegar

       Penyegarnya berbentuk spray ke wajah. Sekali spray je dan curahan dia menyeluruh. Tinggal kita nak pedap-pedap ke muka je. Tiada bau,warna atau rasa pedas-pedas ke. Very natural.

4. Penghidrat

       Penghidrat ni sebenarnya pelembab. Tapi dinamakan penghidrat sebab dia berasaskan air. Memang best sangat. Tak melekit dan terasa atas kulit. SO deep deep moist.!

5.  Yang atas tadi set Skincare Mary Kay terbaru. Tapi akak ni bagi juga kami cuba foundation dan lipstiks Mary Kay. Memang best sangat foundation dia dan direkomen untuk kulit berminyak. Bila aku pakai nampak effect macam pakai bedak muka dan ringan sangat. Lipstiks pun best. Alamak !! semua best la produk Mary Kay ni..sesuailah dengan harga dia yang agak mahal juga. 




           Insyaallah aku akan cuba juga produk Mary Kay ni tapi bila ekonomi dah stabil nantilah supaya nanti bolehlah maintain pakai takdelah on off je. Sekarang pun dah guna produk Simple Siti pun ada bulan lain kena tukar produk Safi jugak,alahai. Cuma akak ni jamin produk ni boleh capai usia setahun penggunaannya..Insyallah katanya.


Gambar ihsan Google



14 Januari 2015

MANIK DALAM HIDUNG

      Bertuah si AMiRa, bukan budak kecil lagi dah 5 tahun tu. Hari tu dia dah buat sekali tapi hari ni dia ulang lagi. Dia masukkan manik sebesar biji tasbih dalam hidung. Hari tu maniknya kecil sikit so aku tekan je hidung kecil dia terus keluar biji tu tapi kali ni maniknya besar sikit dan dah masuk dalam. 


      Ceritanya, aku sedang solat dan dia kelam kabut lari ke cermin sebelah aku solat. Aku perasan cara dia tekan hidung tu macam cuba nak keluarkan sesuatu. Apa lagi aku pun terhenti solat dan tanyakan dia, mira menafikan!! Bertuah sungguh, aku ambil touch light dan suluh..sah!! Warna hijau terang dan dah dalam sebab mira korek. 



     Bertuah punya budak. Abangnya dah mula nanggis sebab takut adiknya mati tak bernafas gamaknya. Tak membantu langsung!!. Ayahnya ada hal di luar dah bawa kereta.Aku nak call kredit pulak tak de. Masya Allah.. Sungguh menguji malam ini. 



     Mujurlah ada WhatsApp, aku minta adik beradik tolong call abang. Aku dah WhatsApp abang tak berjawab. Tak lama lepas tu abang call sebab dah terima panggilan dari adik aku. Kami segera balik bawak ke emergency Taiping. 



     Sampai sana mira kena baring dan mula meronta. Akhirnya 4 orang kena pegang dia. Barulah berjaya keluarkan manik tu..alhamdulillah. Harap menjadi pengajaran yang melekat di kepala mira. Sebelum ni tak berapa melekat nampaknya. 



     Di hospital agaknya mereka guna klip kertas yang di patahkan hujungnya dan diikat dengan batang pen patah agaknya dan dirodokkan dalam hidung kecil anak aku tu. Kesian mira, banyak juga darah yang keluar dari hidung dia. Tapi tak mengapalah, asalkan dia selamat. 



Syukur alhamdulillah..




12 Januari 2015

PERSEKOLAHAN YANG TERTANGGUH

     Hari ni sepatutnya menjadi hari pertama aimil memulakan sekolah tahun 2015. Tapi sebab Malaysia dilanda musibat banjir maka dilanjutkan lagi tarikh masih sekolah. Banjir yang melanda memang menyedihkan. Semuanya musnah di Kelantan terutamanya. Moga rakyat Kelantan tabah menghadapi musibat ini. AMiRa mulakan tadika barunya di Tadika Mukmin Ceria. Ini tadika abang dia juga dulu.

       Tapi silibus mata pelajarannya nampak taf. InsyaAllah aku yakin Mira boleh hadapinya. Tapi memang kesian kerana budak zaman sekarang terpaksa menghadapi tuntutan zaman yang mengharap pesaingan minda dan tekanan jiwa sikit. Maka ibu bapa mesti lebih taf dari anak. Kita perlu menuntun anak pada setiap langkahnya. Perubahannya pasti ketara hingga 2 kali ganda jika ibu bapa masuk campur hal pelajaran anak. Memang kalau berduit tu rasanya nak saja upah orang luar untuk ajar anak. Tapi ni cerita tak berduit la ni, Hihi, lagipun rasa puas sangat kalau kita sendiri tahu tahap pemahaman anak tu. Itu yang penting untuk kita tahu mana nak adjust bagi kebaikan anak tu sendiri. 


        Inilah yang aku harapkan tentang diri aku sendiri sebagai ibu. Aku sendiri mesti kuat. Bukannya senang nak mencapai impian melihat anak berjaya sedangkan aku tahu anak aku kena usaha 2 kali ganda untuk faham sesuatu. Memang lambat sikit nak tangkap anak aku ni. Moga tahun ni sel sel otak anak aku akan mula berhubung. Baik abang dan adik. Moga mereka juga boleh bagi hadiah yang best untuk mak ayah mereka ni.Tentulah hadiah result yang ok sangat. Kalau tak dapat pun tak pa. Tahun depan kita cuba lagi ye anak2ku sayang. SELAMAT BELAJAR ANAK ANAKKU AIMIL DAM AMIRA..Doa mak dan ayah sentiasa mengiringi kalian. Amin.

TAHUN BARU RUMAH BARU

          Alhamdulillah hari ni dah masuk tahun baru. ALLah Hu Akhbar.. sekejap sungguh masa berlalu. Umur pun dah meningkat setahun. Puasa tahun lepas tak ganti lagi.Hihihi.. Syukur kepada Allah, tahun ni kami mulakan hari di rumah baru. Inilah perasaan yang paling best sekali. Yang tak bestnya rumah lain kosong kanan kiri. 

         Walaupun diuji dengan beberapa hal yang menyebabkan perancangan pindah awal menjadi lewat tapi kami pasti ada hikmah di sebaliknya. Apa2 pun kami mula menunaikan tanggungjawab di rumah sendiri. Begitulah cara kami meraikan tahun baru. Kami mengemas rumah sepanjang masa. Sakit penat badan tak usah nak cerita..kerelakan jua. Kenduri doa selamat pun belum buat lagi. InsyaAllah lewat2 sikit pun tak pe kot. Inilah rumah yang akan kami besarkan anak2 kami menjadi orang berguna. Amin.