Walaupun tahu muka ni jenis berminyak tapi tak boleh berhenti pakai bedak. Tapi semenjak umur dah meningkat ni rasa dah malas nak pakai bedak muka. Cuba pula guna krim muka saja tanpa bedak..alahai,muka jadi berminyak dalam beberapa minit saja lepas apply so bedak masih diperlukan!!.
Macam-macam krim muka dah pernah cuba hinggalah cubaan pertama menggunakan jenis BB CREAM berjaya memikat hati ini. BB CREAM mengelakkan muka dari bertompok dan berminyak. Mungkin apa saja jenama BB Cream semua akan ok. Sekarang pun dah ada CC Cream. Tapi aku tak pernah cuba.
Produk ini adalah dalam setahun aku dah pakai. Sesuai dengan kulit aku yang berminyak jadi kurang berminyak bila apply ke muka dari pagi hingga ke tengah hari.
Ingat tak mau tukar lain dah. Tapi pelik dalam hujung Disember 2014 produk ni dah semakin hilang dari pasaran. Pergi cari ke mana-mana pasaraya pun dah tiada. Mungkin sebenarnya nak digantikan dengan set baru Simply Siti New Age (lebih mahal) so produk ini dah dihentikan tapi kan lebih baik kalau Simply Sity berterusterang je nak terminate terus Clear Solution..Huhu
Set Baru Simply Sity New Age
Terkini adik aku cuba beli produk BB Cream Nutrimatics/Tupperware Brand dan apply pada wajah dia. Nampak macam best so aku pun try pakai pi tempat kerja guna dari pagi hingga petang jam 4 pm mengadap cermin wow! Kesannya masih ada di muka. Ha!! Dah jumpa dah pengganti.So,apa lagi cari branch tupperware berdekatanlah untuk belian.Hihihi.. Jom pakat-pakat cuba.