12 Januari 2015

PERSEKOLAHAN YANG TERTANGGUH

     Hari ni sepatutnya menjadi hari pertama aimil memulakan sekolah tahun 2015. Tapi sebab Malaysia dilanda musibat banjir maka dilanjutkan lagi tarikh masih sekolah. Banjir yang melanda memang menyedihkan. Semuanya musnah di Kelantan terutamanya. Moga rakyat Kelantan tabah menghadapi musibat ini. AMiRa mulakan tadika barunya di Tadika Mukmin Ceria. Ini tadika abang dia juga dulu.

       Tapi silibus mata pelajarannya nampak taf. InsyaAllah aku yakin Mira boleh hadapinya. Tapi memang kesian kerana budak zaman sekarang terpaksa menghadapi tuntutan zaman yang mengharap pesaingan minda dan tekanan jiwa sikit. Maka ibu bapa mesti lebih taf dari anak. Kita perlu menuntun anak pada setiap langkahnya. Perubahannya pasti ketara hingga 2 kali ganda jika ibu bapa masuk campur hal pelajaran anak. Memang kalau berduit tu rasanya nak saja upah orang luar untuk ajar anak. Tapi ni cerita tak berduit la ni, Hihi, lagipun rasa puas sangat kalau kita sendiri tahu tahap pemahaman anak tu. Itu yang penting untuk kita tahu mana nak adjust bagi kebaikan anak tu sendiri. 


        Inilah yang aku harapkan tentang diri aku sendiri sebagai ibu. Aku sendiri mesti kuat. Bukannya senang nak mencapai impian melihat anak berjaya sedangkan aku tahu anak aku kena usaha 2 kali ganda untuk faham sesuatu. Memang lambat sikit nak tangkap anak aku ni. Moga tahun ni sel sel otak anak aku akan mula berhubung. Baik abang dan adik. Moga mereka juga boleh bagi hadiah yang best untuk mak ayah mereka ni.Tentulah hadiah result yang ok sangat. Kalau tak dapat pun tak pa. Tahun depan kita cuba lagi ye anak2ku sayang. SELAMAT BELAJAR ANAK ANAKKU AIMIL DAM AMIRA..Doa mak dan ayah sentiasa mengiringi kalian. Amin.