28 Mei 2017

BERHENTI MELANGGAN INTERNET PAS FAST HOTLINK

Pada 21 Mei 2017 aku telah suscribe Pas Internet FAST 300 MB dari Hotlink. Hotlink akan memotong RM 7 dari baki yang aku ada bagi 300 Mb tu. Yang aku perasan arahan untuk STOP suscribe ini tiada. Ini sungguh luarbiasa bagi sesebuah suscribtion kan kan kan!!
Malangnya apa yang tak puas hati adalah internetnya sangat lembab. Kadangkala gagal mencapai aplikasi yang aku nak survey. Dan tanpa kita diberitahu rupanya sistem ini adalah auto renewal! RM 7 akan dipotong sebaik saja kuota 300 MB itu habis. Bukan 7 hari sekali ye,tetapi bila kuota habis..kalau dua hari sekali kuota tu habis maka dah RM14 ringgit dia akan ambil duit kita. Geram sungguh rasanya!!

Jadi oleh kerana arahan nak STOP tiada, Dail *100# pun tiada jumpa maka aku dail 123 Customer Service Hotlink. 


Setelah memperakui beberapa pengesahan yang aku jawab dan dia telah membatalkan auto renewal pas internet ini. Tetapi ada beberapa arahan yang perlu aku ikuti selepas ini.


1. Dail *100#

2. Pilih 01 untuk Pas Internet.
3. Pilih 01 untuk Seterusnya
4. Pilih 9 Pembatalan Auto Renewal

Selesai

So, kalau nak STOP Pas Internet FAST 300 MB dari Hotlink ni sila Dail 123 (Percuma) atau ikut arahan *100# sahaja Insyaallah berjaya STOP

Salam Ramadhan. 

11 Mei 2017

JALAN-JALAN KE BANDAR DIHILIR

Kali terakhir datang ke sini pada 2004. Bandar DiHilir Melaka, tempat dating pusing-pusing dan ronda-ronda masa kursus asas mula-mula masuk kerja dulu.

Kali ni betul-betul niat nak bawak anak-anak pi jalan-jalan kat kawasan situ. biar depa kenai tempat tinggallan sejarah negara kita.

Sebelum memulakan perjalanan jom kita pekena dulu nasi kuah asam pedas kat Bandar DiHilir, seawal jam 10.00 pagi kami bertemu dengan kedai ini. Satu-satunya kedai makan yang buka di kawasan itu. Rupanya kedai ni terkenal dengan kesedapan hidangannya.

 
Gambar ihsan google


 Alhamdulillah kenyang amat..


Ni lokasi pertama Menara Tamingsari. Tapi kami tak naik pun, maybe next time.




Sampai sudah ke kapal nostalgia ni. Si Aimil nak bergambar dengan cara misteri boy..haha layan je la anak bujang aku ni.



Kapal ni memang sentiasa cantik. Mungkin dah di cat berkail-kali atau dibuat baru serba serbi. malahan time kami sampai ni pun masih bunyi bertukang-tukang kat atas kapal. 



Mak pun nak bergambar jugak dipintu masuk kapal.


Banyak jugak patung dalam badan kapal ni. Mira pun tak ketinggalan nak buat gaya misteri girl pulak !! tak nampak mukalah sangat...hihi


Tangga dalam kapal. Macam tangga kat rumah mewah. Memang kapal mewah ni.


Luas dan mewah. Mungkin dah tiada lagi klasiknya kapal ni. 






Diluar kapal dapat kita lihat sungai Melaka.



Sebelah kapal tu ada Muzium Samudera, Muzium ni mempamerkan beberapa sejarah dan perkara tentang kapal. Menarik jugak muzium ni. Masuk masih guna tiket ketika masuk kapal utama tadi. 




Dikatakan ini adalah pinggan mangkuk yang sebenar yang ditemui didasar laut beberapa ketika dahulu. Sengaja dipamerkan disini dan dibuat seperti masih keadaan asal ditemui dulu.






Patung pelayar-pelayar terkemuka dalam sejarah negara dan luar negara.











Kali ini kita masuk Muzium Angkatan Tentera Udara. Mempamerkan alat-alatan tentera udara termasuklah sebuah helikopter yang berada ditengah-tengah dewan pameran tu. Anak-anak kemain seronok lagi berlari ke sana sini pasal takde sape pun dalam ruang pameran ni kecuali kami.




Letih dulu berjalan, jom lepaskan lelah minum dulu. Lepas ni banyak lagi muzium kita nak masuk.


Alang-alang dah sampai masuk jugaklah dalam muzium ni. Menarik dalam ni, banyak seni-seni bangunan dibina menggunakan kayu kecil menjadi bangunan sama seperti yang sedang ada di Malaysia ni.


Menara Condong Teluk Anson.
















Ok dah habis Muzium Seni Bina tadi kami menyusur terus melalui jalan depan ni. Kereta tidak dibenarkan melalui kawasan ni. Mira nampak kereta kuda terus nak terpa !!


Beca oh beca !!





Papan arah. Kami nak menuju ke A Famosa.








Sebelum sampai ke A Famosa singgah dulu ke Muzium Islam Melaka ni. 
Layan dulu gambar-gambar ni.



















Dah sampai ke kota A Famosa.






Masa ni tenaga anak beranak dah pancit dah.. tak daya pun nak daki bukit ni. Mungkin lain kali Insyaallah.


Ni destinasi terakhir sebelum berangkat ke Segamat sebab nak hadiri majlis kahwin adik. Ok lain kali kita revenge lagi Melaka.