28 Mei 2017

BERHENTI MELANGGAN INTERNET PAS FAST HOTLINK

Pada 21 Mei 2017 aku telah suscribe Pas Internet FAST 300 MB dari Hotlink. Hotlink akan memotong RM 7 dari baki yang aku ada bagi 300 Mb tu. Yang aku perasan arahan untuk STOP suscribe ini tiada. Ini sungguh luarbiasa bagi sesebuah suscribtion kan kan kan!!
Malangnya apa yang tak puas hati adalah internetnya sangat lembab. Kadangkala gagal mencapai aplikasi yang aku nak survey. Dan tanpa kita diberitahu rupanya sistem ini adalah auto renewal! RM 7 akan dipotong sebaik saja kuota 300 MB itu habis. Bukan 7 hari sekali ye,tetapi bila kuota habis..kalau dua hari sekali kuota tu habis maka dah RM14 ringgit dia akan ambil duit kita. Geram sungguh rasanya!!

Jadi oleh kerana arahan nak STOP tiada, Dail *100# pun tiada jumpa maka aku dail 123 Customer Service Hotlink. 


Setelah memperakui beberapa pengesahan yang aku jawab dan dia telah membatalkan auto renewal pas internet ini. Tetapi ada beberapa arahan yang perlu aku ikuti selepas ini.


1. Dail *100#

2. Pilih 01 untuk Pas Internet.
3. Pilih 01 untuk Seterusnya
4. Pilih 9 Pembatalan Auto Renewal

Selesai

So, kalau nak STOP Pas Internet FAST 300 MB dari Hotlink ni sila Dail 123 (Percuma) atau ikut arahan *100# sahaja Insyaallah berjaya STOP

Salam Ramadhan.