27 Februari 2015

MASALAH RUMAH BARU

     Frustlah jugak bila dah seronok masuk rumah baru tapi beberapa problem lain datang menjengah. Masalah pertama sinki dapur. Baru seminggu guna air mula keluar dari celah lantai. Sedihnya rasa sebab ini rumah barukan. ALLAH nak uji tu, alhamdulillah. Mulalah tadah air guna tong sampah besar. Dah penuh kena seret pi bilik air sebelah untuk buang dan tadah lagi. 

      Sehari adalah dalam 5 kali buang air tadahan,maklumlah kita masak pagi petang mestilah banyak guna air. Pinggang dan lengan mula terasa lenguh berpanjangan. Pemaju dah diberitahu tapi lepas 2 minggu baru datang repair. Alhamdulillah, hari ni selesai masalah menadah. Pemaju datang repair. Rupanya banyak sangat pasir dalam lubang. Dia pecahkan jubin dan korek pasir dari dalam.


Pasir yang dibuang dari dalam lubang sinki


Mujur lubang utama tidak tersumbat 

     Tapi lepas dah pecahkan jubin dia kata akan tampal jubin baru tu kemudian tapi orang lain akan datang buat. Dah terdedah pulak lubang tu. Takpelah asal masalah selesai. 

     Tapi masalah lain grill rumah pula dah lari dari line. At last sangkut tak boleh tutup pintu tu. Aduh!! Satu demi satu masalah mendatang. Dah call pekedai grill tu pun belum nak datang lagi sampai hari ni. Banyak projek pagar orang lain nak kena buat katanya. Sabar jelah. Akhirnya hampir sebulan report baru pakcik grill tu datang. Di pateri semula semua yang tertanggal tapi dibiarkannya hitam kesan pateri. Nampak kali ni pateri lebih tebal dari dulu. Harap masalah tak berulang lagi. 

     Ada impian belum tertunai. Nak jubinkan penuh bahagian porch depan rumah dan nak jubinkan dapur. Dah jumpa orang yang nak diupah tapi takde budget lagi. Tengah menyimpan slow-slow ni..harap harapan jadi kenyataan.AMin.

25 Februari 2015

KRIM MUKA YANG BEST

     Walaupun tahu muka ni jenis berminyak tapi tak boleh berhenti pakai bedak. Tapi semenjak umur dah meningkat ni rasa dah malas nak pakai bedak muka. Cuba pula guna krim muka saja tanpa bedak..alahai,muka jadi berminyak dalam beberapa minit saja lepas apply so bedak masih diperlukan!!.

    Macam-macam krim muka dah pernah cuba hinggalah cubaan pertama menggunakan jenis BB CREAM berjaya memikat hati ini. BB CREAM mengelakkan muka dari bertompok dan berminyak. Mungkin apa saja jenama BB Cream semua akan ok. Sekarang pun dah ada CC Cream. Tapi aku tak pernah cuba. 
       Produk ini adalah dalam setahun aku dah pakai. Sesuai dengan kulit aku yang berminyak jadi kurang berminyak bila apply ke muka dari pagi hingga ke tengah hari. Ingat tak mau tukar lain dah. Tapi pelik dalam hujung Disember 2014 produk ni dah semakin hilang dari pasaran. Pergi cari ke mana-mana pasaraya pun dah tiada. Mungkin sebenarnya nak digantikan dengan set baru Simply Siti New Age (lebih mahal) so produk ini dah dihentikan tapi kan lebih baik kalau Simply Sity berterusterang je nak terminate terus Clear Solution..Huhu




Set Baru Simply Sity New Age 

 Terkini adik aku cuba beli produk BB Cream Nutrimatics/Tupperware Brand dan apply pada wajah dia. Nampak macam best so aku pun try pakai pi tempat kerja guna dari pagi hingga petang jam 4 pm mengadap cermin wow! Kesannya masih ada di muka. Ha!! Dah jumpa dah pengganti.So,apa lagi cari branch tupperware berdekatanlah untuk belian.Hihihi.. Jom pakat-pakat cuba.


MAKAN MALAM DI THE GATE CAFE

Syukur di Taiping ni ada tempat makan best juga. The Gate Cafe, Post dalam group Makan Best di Taiping asyik post pengalaman hebat member group yang makan di sini. Memang teringin nak pergi dan malam ni hajat kesampaian.
Western food adalah main course. Grill sampai 30 ringgit pun ada. Lasagna dalam 15 ringgit. At last aku ambil lamb grill RM 19.90..ada 3 keping penuh isi bukan tulang ye. Puas hati sangat.
AMiRa makan nasi goreng tomyam pun sedap. Suami makan Sizzling Mushroom Chicken Chop kuah melimpah-limpah RM 12.50 dan Sizzling Ye Mee RM7.50. Tengoklah air yang share dengan mira ni. Watermelon + lychee RM 11.50. Besar sungguh gelasnya. Seronok budak-budak minum.
Bagi yang berpeluang atau teringin nak cuba Western Food tu mai la ke The Gate Cafe..Lepas makan boleh jalan-jalan ke Taiping Mall yang bersebelahan blok dari situ. Enjoy in Taiping.