Hari ni ada seorang wanita rakan kepada rakan datang kepejabat waktu lunch time untuk buat facial guna produk Mary Kay. Lepas ambil Aimil dari sekolah aku sanggup patah balik ke pejabat untuk join diaorang.
Produk Mary Kay yang digunakan adalah Botanical Effects Skin Care yang secara asasnya untuk basic penjagaan wajah secara natural. Ada 4 langkah yang diapplykan ke wajah.
1. Pencuci Muka 3 dalam 1
Letak 4 titik ke bahagian wajah dan gosok dari dagu ke atas. Memang tiada buih tetapi terasa pekat dan ada biji-biji halus menyentuh seluruh wajah. Untuk bersihkan cuma ambil tisu basah dan lap sahaja. Wajah rasa bersih dan segar lepas guna.
2. Masker Muka
Masker ni guna 3 kali seminggu saja. Cara sapu ke muka pun hanya sapuan ringan tetapi menyeluruh. Nampak tekstur masker yang agak kering di atas kulit tapi akan beri hasil yang boomm!!. Bila dah biar 10 minit di wajah dan dah lap dengan tisu akan nampak shapping wajah yang berubah. Memang pelik tapi itulah yang terjadi. Akak tu kata, biasakan guna nanti bentuk wajah akan kekal begitu. Very good...!!
3. Penyegar
Penyegarnya berbentuk spray ke wajah. Sekali spray je dan curahan dia menyeluruh. Tinggal kita nak pedap-pedap ke muka je. Tiada bau,warna atau rasa pedas-pedas ke. Very natural.
4. Penghidrat
Penghidrat ni sebenarnya pelembab. Tapi dinamakan penghidrat sebab dia berasaskan air. Memang best sangat. Tak melekit dan terasa atas kulit. SO deep deep moist.!
5. Yang atas tadi set Skincare Mary Kay terbaru. Tapi akak ni bagi juga kami cuba foundation dan lipstiks Mary Kay. Memang best sangat foundation dia dan direkomen untuk kulit berminyak. Bila aku pakai nampak effect macam pakai bedak muka dan ringan sangat. Lipstiks pun best. Alamak !! semua best la produk Mary Kay ni..sesuailah dengan harga dia yang agak mahal juga.
Insyaallah aku akan cuba juga produk Mary Kay ni tapi bila ekonomi dah stabil nantilah supaya nanti bolehlah maintain pakai takdelah on off je. Sekarang pun dah guna produk Simple Siti pun ada bulan lain kena tukar produk Safi jugak,alahai. Cuma akak ni jamin produk ni boleh capai usia setahun penggunaannya..Insyallah katanya.
Gambar ihsan Google