10 Disember 2014

TASKA PERMATA

           Anak perempuan 4 tahun aku, Amira akan konvo 2 minggu lagi. Konvokesyen itu menandakan berakhirlah dia di alam Taska Permata. Rezeki menempatkan dia di Taska Permata dibawah naungan Pejabat Tanah memang aku anggap sebagai tuahnya. Masuk seawal usia 2 tahun dan keluar ketika umur 4 tahun. Paling aku suka kemudahan dan keselesaan anak-anak memang utama disini. Dan bayaran bulanan pula tidaklah mahal seperti taska swasta diluar sana.



Belajar Gosok Gigi (Doktor Gigi datang chek gigi)
Cooking Like a Chef


Serius melakukan kerja

 
Sambutan Birthday Setiap Bulan

     Permata bagi aku memang sebuah institut pelajaran yang memang best. Jumlah kakitangan yang kendalikan anak pun ramai sekurang-kurang 3 guru dan 3 pembantu. Sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh sebulan mesti hadir mesyuarat yang akan membincangkan isu-isu semasa atau perancangan lain untuk bulan hadapan. Mesyuarat tetap wajib dihadiri atau akan effect kepada rekod anak kita.


     Sebuah buku rekod juga perlu disediakan untuk dijadikan rekod oleh cikgu kepada anak murid setiap hari. Satu ruangan mesej didalam helaian tersebut wajib dibaca ibu dan bapa bagi sebarang pesanan. Satu ruangan lain pula akan menceritakan perihal laku dan aktiviti anak kita pada hari tersebut. Buku ini perlu dipulangkan ke sekolah sekiranya sebuah buku habis untuk digantikan buku baru pula nanti. Perlu diingatkan yang ibu bapa sendirilah yang perlu sediakan buku ini. Tapi sewajarnya langkah macam ni dituruti oleh kelas atau taska lain. Mudah untuk ibu dan bapa tahu perkembangan anak pada hari tersebut.


    AKtiviti-aktiviti taska lain yang di jalankan di taska ni memang kerap dan lasak. Pada pandangan aku membawa rombongan anak-anak ini pergi berjalan-jalan di Tesco pun dah cukup ok, Tapi mereka para guru mesti membawa anak-anak ini keluar untuk memenuhi keperluan aktiviti mereka. Contohnya paling lasak ialah membawa anak-anak ke atas Bukit Larut. Dengan menaiki Land Rover Klasik kami dan hampir 30 orang kanak-kanak 2 hingga 4 tahun sampai ke puncak Bukit Larut.





Dah ada atas Bukit Larut ni



Jambatan ni cantik, Mira sempat posing..

Bergambar di Mercu Tanda Bukit Larut



Jaga-jaga dik..bukit tuuu...!!

     Seminggu lepas tu akibat hujan yang terlalu banyak di Taiping salah satu liku jalan di atas sana runtuh dan rabak. Syukur kami semua selamat pergi dan balik tempoh hari. 



  
     Bagi mereka yang berpeluang menghantar anak ke Permata lebih baik mengambil peluang ini untuk pembelajaran anak. Memang anak kita akan menjadi ceria dan lebih berani untuk menghadapi cabaran..insyaallah. 

21 November 2014

PENDAFTARAN GST

    Hari ni seperti biasa ada kerja di luar. Ada keperluan untuk pendaftaran GST diHotel Flamington anjuran North Perak Chinese Chamber Of Commerce & Industry. Hari tu dah lalui hari GST di Sekolah Menengah Tinggi Hua Lian, Taiping sehari suntuk pada hari Ahad. Takpelah, bertugas untuk kerajaankan!

    Seperti biasa ceramah dijalankan dalam bahasa Cina. Memang tak fahamlah sangat-sangat. Biarlah mereka bergelumang dengan kefahaman mereka sahaja kalau itu boleh membantu. Taklah semua nak tala ke Kastam sahaja sehingga kami dah sebu untuk menjawab semua soalan. 

    Nampaknya kefahaman rakyat tentang GST dah semkain jelas dengan bantuan NGO yang turut serta terlibat dalam penerangan GST. Tapi masih ramai juga rakyat yang tidak ambil tahu lansung dan berasa amat tertekan hingga nak tutup perniagaan sebab tekanan GST ni saja. Kesian jugak kat mereka ni..apalah nasib negara dah nak laksanakan GST dalam tempoh beberapa bulan lagi.

    Semua orang akan merasa kesannya. Bukan hanya yang terlibat dalam rekod GST sahaja, malahan seorang anak kecil yang membawa duit seringgit untuk membeli gula-gula pun akan terasa kenaikan harga..tunggulah mesti ramai yang kena maki dan silap haribulan boleh bergaduh sebulan dua pertama GST nie..harap-harap tak begitulah ye..kita kan 1 Malaysia.

   Apa-apa pun aku dan rakan-rakan pasti berbangga sebab dapat jadi baris depan perlaksaan GST di Malaysia tercinta ni. Sama-samalah kita hadapi Malaysia future dalam era GST ni..layan gambar nie.


Majlis dah bermula, peserta dah mula berdaftar.


Para penjual Software turut mengambil kesempatan menjual software dimajlis ini.


Barisan Pegawai Kastam GST dah bersedia untuk pendaftaran. Posing dulu sebelum daftar!



Dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran :
1. Bawa Pendaftaran Syarikat SSM / Borang 13 dan Borang 9
2. Borang 49 (Pendaftaran Pengarah atau Maklumat Pemilik)
3. Email yang aktif. Satu syarikat 1 email sahaja.
4. Bank Statement Syarikat (Muka Depan)
5. Salinan Penyata Untung Rugi Syarikat 2013 atau bulanan terkini (untuk di scan).

Proses pendaftaran sedang dilakukan.

20 November 2014

KEJADIAN PELIK DI JAMBATAN KEDUA PULAU PINANG


        Aku rasa tajuk diatas taklah melampau sangatkan!.Nak menakutkan orang Pulau Pinang je. Walaupun aku lahir di Kuantan,tapi aku ada darah Peneng. Ayah aku orang Kuala Muda,Peneng. Sekarang pun aku kerap selalu ke Peneng cuma taklah sampai balik Kuala Muda, jauh jugak dari Seberang Perai tu. 

       Hari ni suami bawa kami pergi melawat Jambatan Kedua Pulau Pinang. Dah lama semenjak siap belum lagi lalu di sini. Macam biasa agak lewat dalam jam 6 kami bertolak dari Taiping, dalam pukul 7.15 dah berada atas jambatan baru ni. Mengagumkan, memang luas dan indah suasana laut di sini. Tapi agak pelik dengan pemandangan awan yang rendah daripada biasa. Akhirnya dari perasaan gembira semua bertukar jadi gelisah. Hati berdoa cepat2lah sampai ke seberang supaya tak jadi perkara yang tidak diingini di atas sini. Anak aku menjerit menghuru harakan isi dalam kereta bila dia kata puting beliung di tengah laut. Huh, sukar untuk digambarkan..layanlah gambar ni.

Pemandangan dari sebelah kanan jambatan




SWIMMING POOL CLUBHOUSE LAKETOWN

            Syukur ALhamdulillah kerana perancangan semalam berjalan lancar pagi ini. Seawal 6 pagi aku dah bangun dan menyelesaikan apa yang patut, Tepat jam 8 kami sekeluarga bergerak ke Bukit Merah Laketown Resort untuk menuju ke Swimming Pool di sana. Sampai sana di sana jam dah menunjukkan jam 9.00.





     Clubhouse Laketown Bukit Merah nama diberi. Masuk ke dalam pintu gerbang yang sama dengan Bukit Merah Laketown Resort. Bila sampai ke roundabout ke Waterpark tu kenalah ambil jam 12 untuk sampai ke Clubhouse. Jalannya lurus dan jauh ke dalam tapi kita akan tempuh banyak apartment yang dijadikan rumah sewa atau homestay sepanjang jalan. Macam gaya hidup mewah di situ tetapi rumah banyak kosong dan iklan sewa terpampang ditingkap-tingkap rumah. 

     Kita akan menempuh Suria Apartment Bukit Merah dulu sebelum sampai ke Clubhouse. Didalam Suria Apartment ni pun ada kolam mandi yang boleh tahan jugak besar dan happeningnya. Itupun aku survey dalam google. Tapi bila carian Clubhouse Bukit Merah hampir tiada dalam carian. Nampaknya Suria Apartment Swimming Pool jauh lebih glamour daripada swimming pool Clubhouse.Tapi tak pe, lain kali je kami terjah Swimming Pool Suria Apartment ni.

     Gambar Ihsan Google Suria Apartment Swimming Pool



     Sesampai saja di Clubhouse swimming poll penjaga atau lifeguard kolam belum sampai lagi jadi kami terpaksa menunggu pulak. Mujurlah kolam ini ada menyediakan sarapan pagi yang serba sederhana dan harga berpatutan. Sedang kami makan sampailah SafeGuard tu. Kami pun mula mandi dikolam budak. Kolam budak taklah cetek sangat. Boleh tahan jugak kedalamannya walaupun aku terpaksa melutut untuk berjalan dalam air. Hasilnya lebam-lebam lutut sebab nak seimbangkan dengan berat badan aku..hehe



Ni Kolam Dewasa Clubhouse - Memang dalam kolam ni. 

 Ni Kolam Kanak-Kanak Clubhouse



     Mira macam biasa mandi seronok tak ingat. Meloncat dan melompat tanpa takut ke dalam air. Melimpah air kolam bila Mira menghempas maklumlah badannya pun semangat sangat..haha!! tertelan air pun banyak kali sampai muntah-muntah dibuatnya..nanya betullah, Nasib baik kami je dalam kolam tu. Aimil asyik nak terjun kedalam kolam dewasa mengikut ayahnya dikolam sebelah. Rupanya Aimil sampai kakinya didasar kolam, tinggi rupanya anak lelakiku ini.



    Orang start ramai bila dah pukul 11.00 pagi. Itupun tak ramai mana pun yang mandi-manda. Rata-rata budak-budak kolej dekat area situ-situ je. So, lain kali kami nak cuba terjun dalam kolam di Suria Apartment pulak. Mujur dari bandar Taiping hanya memakan masa 45 minit saja ke sini. Boleh menjadi destinasi percutian kami bersama keluarga yang lebih besar lagi di sini nanti..amin.

AIMIL AKHIRNYA BERSUNAT

      Syukur kepadaMu Ya Allah diatas nikmat yang Kau berikan. 
      Hari ini anakku Aimil akan bersunat dan melengkapkan satu kitaran seorang lelaki Mukmin, Insyaallah. Suamiku agak lewat booking penyertaan Aimil dalam Majlis sunat yang bakal disertai oleh puluhan malahan beberapa majlis yang lain sehingga seratus lebih penyertaan bersunat anak-anak lelaki Muslim. Sekurang-kurangnya kos boleh dikurangkan dari situ. Mungkin kerana terlalu sibuk bekerja suamiku terlepas pandang tarikh pemilihan kami bersunat dan juga sibuk dalam urusan kemasukkan ke rumah baru kami yang telahpun dapat kuncinya, maka hari ini 20 November 2014 dipilih sebagai tarikh sunat Aimil di sebuah klinik swasta Klinik Perubatan Zalfa di Kamunting,Taiping.


          Mulanya Aimil asyik berkata lambatnya nak sunat ni mak? tapi bila pintu bilik doktor dibuka dan namanya dipanggil Aimil terus genggam tangan aku.Aku kata hanya ayahnya saja akan teman. Dia angguk,lepas 5 minit lepas tu aku dengar dia menjerit kuat. Aku mula mundar mandir di depan pintu bilik sunat dia, 5 minit lepas tu lagi kuat dan 5 minit lepas tu suara ayah dia lagi kuat so aku pun terus ketuk pintu tu minta laki aku buka, mujur suami aku buka dan aku masuk tenangkan Aimil. Rupanya aku pun tak membantu jugak malahan makin teruk jadinya teriakkan Aimil bila doktor tu pun dimarahinya. Mujurlah doktor tu Dr. Zaliros Fadli amat tenang orangnya. Mungkin banyak pengalaman dalam menyunatkan budak lelaki. 
          Akhirnya sebab 'drama' dari Aimil hampir sejam jugak baru prosedur tu berjaya. Aku sendiri hampir kabur pandangan dan nak terjatuh sebab rasa sesak nafas. Manakan tidak, aku rasa macam terkejut denagn jeritan dan sikap luarbiasa dari Aimil yang menjerit sekuat hati dan memeluk erat leher aku sampai aku susah nak bernafas tadi bagi mengatasi rasa takutnya. Tudung aku pun hampir nak tercabut dan melayang dibuatnya. Malahan aku benar-benar pasti yang aku tidak dapat memandu kereta kerana masih panik dengan keadaan tadi. 
         Aku lihat Aimil betul-betul tenang dan banyak termenung dalam perjalanan pulang ke rumah. Masuk saja rumah dia seolah-olah terus lupa kesakitan dan kesengsaraan yang baru saja dialaminya tadi. Dicapainya Tab Hitam dan ketawa bila tengok drama kartun dalam YouTube. Bertuah punya anak..Namun syukurlah semuanya selamat.
         Aku sempat bertanyakan doktor adakah hanya dengan anakku saja dia alami kesukaran untuk disunatkan. Doktor kata ada yang lagi teruk, habis melayang semua barang dalam bilik, ada yang jatuh dari katil dan lagi teruk ada yang terus lari keluar dari bilik dan sembunyi dalam bilik air!!!.Masyaallah, kurang sikit keresahan dalam hati aku dengan perangai anak aku tu, Aimil pun tak henti-henti minta maaf atas perangai dia tu..mujurlah, Aimil pun nyaris nak jatuh dari katil tadi berkali-kalilah jugak. Kalau terjatuh memang jadi bahan ketawa kamilah untuk bertahun-tahun lagi. Fuh..nasib baik anak lelaki sorang je!!! Syukur semuanya selamat, amin.

03 November 2014

SEPULUH TAHUN KAHWIN, TUJUH KALI PINDAH RUMAH !!..

Kegairahan nak masuk rumah baru membuatkan kami suami isteri sebelum nak tidur pun masih bercakap-cakap pasal hal rumah baru. Apa belum buat,itu belum cukup,ini masih kurang!! Kalau boleh kali ni semuanya nak lengkap. Tak mahu begitu biasa-biasa je macam rumah sewa sebelum nie..

       Mungkin aku ni memang kurang mengemas,atau mungkin tidak pengemas orangnya. Tapi yang pasti rumah aku sebelum-sebelum nie tak lah kemas sangat. Hingga sakit mata memandang pun ada. Itupun dah rekod papa kedana dah sebab dah 7 kali pindah..

      Selepas berumahtangga,rumah pertama aku di kuaters Taman Melati. Aku duduk di tingkat 2. Masa tu memang simple sangat isi rumah cuma ada katil dan almari saja. Beberapa bulan lepas tu jiran depan rumah jual set perabot RM50 je so adalah perabot sikit. Bila dah ada anak tu belilah meja makan pulak bukan apa supaya anak tak kacau makanan. Duduk rumah flat ni yang syoknya takde gangguan tikus dan angin menghembus pun banyak tapi yang tak syoknya lipas pun banyaklah sebab lipas boleh terbang sampai tingkat 4 pun boleh. Burung-burung pun suka hinggap awal-awal pagi lagi. 

       Lepas tu kami berpindah ke Negeri Perak bermulalah edisi rumah sewa dalam hidup aku. Kami sewa rumah di Taman Desa Aman jugak setaman dengan rumah mak aku. Bukan apa senang nak hantar anak ulangalik ke rumah mak. Masa ni sewa pun murah je dalam RM 230 sebulan. Sebab bentuk rumahnya memang rumah asal lansung tak renovate sampai nak pinjak lantai bilik air pun gelilah  sangat..alahai maklumlah 30 tahun punya simen. Akhirnya kami pasang jubin sendiri. Tapi tak lama kami duduk kat situ adalah dalam setahun sebab lepas tu gatal pulak nak berpindah ke rumah sebelah. Bukan apa sebab tuan rumah datang bawak durian dok bodek-bodek kami suruh pindah rumah dia, Minta tolong jagakan katanya. Dia nak pindah ke negeri sembilan pulak dan..memikirkan rumahnya dah direnovate sepenuhnya dapatlah rumah luas sikit kami pun berpindah dengan sewa yang cuma tambah 20 ringgit je dari rumah sebelah. Rumah ke tiga kami.

      Tapi nak kata menyesal pindah pun ada. Akibat kegelojohan kami yang menyangkakan sesuatu yang indah dari luar tu rupanya tak semestinya indah di dalamnya. Itulah yang kami alami, Tambahan pula dalam proses mengangkut barang untuk berpindah tu aku tak sedarpun yang aku sedang mengandung. Aku mengangkat almari 3 pintu berdua je dengan suami, Meja dan kotak-kotak pun aku angkat sendiri dengan suami. Maklumlah nak pindah sebelah rumah je, Rupa-rupanya aku sedang mengandungkan anak kedua kami. Mujurlah tiada apa-apa yang buruk berlaku. Aku kirakan baru beberapa minggu je usia kandunganku. Syukur kepada ALLAH di atas pemeliharaanNya. 

      Walaupun rumah mak cik ni dah dipanjangkan dapur sampai kebelakang tapi dengan kami yang cuma 2 dewasa dan seorang anak kecil terasa besar betul rumah ni. Kadang-kadang gema suara kami lebih bising dari suara. Cahaya matahari pun kurang menyuluh kerana dah alami renovation yang tidak memikirkan kemasukkan cahaya kedalam rumah. So minggu pertama selepas berpindah kami sekeluarga alami muntah-muntah dan cirit birit yang amat teruk sekali. Bayangkan suami isteri dan anak serentak alami "keracunan ruang udara" lebih kurang 3 malam berturut-turut. Kesian betul kat anak aku tu..malam pertama tu 7 kali kami tukar cadar sebab dia cirit teruk sangat. Kami percaya rumah tu dah teruk berkulat berdasarkan bau yang loya semacam je bila berada di ruang tamu.. Tapi rezeki dengan rumah ni pun tak lama adalah dalam 9 bulan akhirnya kami kena berpindah jugak sebab tuan rumah nak jual rumah ni. Kami dengan leganya angkat kaki sebab tak teringin lansung nak beli rumah ni, Terlalu banyak bahagian dalam rumah yang perlu dibaiki kerana masalah anai-anai dan reput yang sangat teruk seluruh rumah. Dan bau loya tu tetap meguasai rumah sehinggalah hari terakhir kami dirumah itu.

       Selamat tinggal Taman Desa Aman. Kami berpindah pula ke rumah ke-empat kami di Taman Pengkalan Timah yang agak jauh juga halanya dari taman rumah mak. Tapi sebab boleh ikut jalan belakang taklah terasa jauh sangat. Kali ni kami berpindah ke rumah teres yang baru 2 tahun dibina. Tuan rumah dah berpindah ke Kuala Lumpur. Sewanya RM 300 sebulan. Dapurnya kecil sangat hingga ruang nak potong bawang pun tiada. Tapi kami gembira kerana semuanya serba baru, bau rumah tu pun masih baru..hihi tapi tetap rumah orangkan!! Nak hias indah tu taklah sangat. Tambahan pula aku baru saja melahirkan anak perempuan yang perlu diberi perhatian lebih. hehe!!

       Dan akhirnya setelah setahun di rumah itu dengan jiran yang sangat baik akhirnya aku terpaksa juga melangkahkan kaki meninggalkan Ipoh dan berhijrah ke rumah ke-lima kami di Taiping pula. Semuanya kerana mengikut suami. Kali ni suami diwajibkan duduk kuaters pulak tapi agak hulu jugaklah tempatnya iaitu Kuala Sepetang. Hehe..memang best duduk sini, suasananya dan kedamaiannya tetapi..aku gagal untuk memujuk diriku menyintai rumahku sendiri. Bentuk rumah yang berlorong ke dalam dan berusia hampir 50 tahun tu memang masih kekal dalam keadaan asalnya. Dinding rumah kami dibahagian bilik adalah terdiri dari dinding-dinding berlubang dan amat menakutkan. Betul-betul tak suka dengan suasana rumah JKR ala-ala British zaman 50-an tu. Tak suka!!tak suka!!...tikus bermaharajalela.

     Akhirnya 2 tahun jugaklah kami berdiam disini dan akhirnya kami berpindah bila suami ditukarkan ke bandar Taiping pula. Rumah ke-enam kami. Kali ni pun rumah sewa lagi, yang syoknya dekat sangat dengan pejabat. Kalau sebelum-sebelum ni semuanya di luar bandar hingga ambil masa berjam-jam untuk sampai ke oejabat tapi kali ni 5 minit je dah sampai. Sekarang dah 2 tahun mendiam rumah ni dengan sewa RM 270 sebulan. Rumah ni masih dalam bentuk asal dari kawasan yang dah 50 tahun didiami orang. Tapi syukur seluruh rumah dah berjubin dan dicat baru. Tapi suami aku tu masalah dia suka bawak barang dari rumah lama ke rumah baru, Patutnya boleh buang saja semua barang-barang dari rumah lama tu tapi nak juga dibawanya. Akhirnya berkotak-kotak yang dibawanya dari sebuah rumah ke sebuah rumah. Dan ini rumah ke-6 kami, Bayangkan berkotak-kotak dah dibawak dari sebuah rumah ke rumah yang baru masuk. 

       Akhirnya kami kini hanya menunggu masa je nak berpindah ke rumah baru. Rumah ke-tujuh kami. Rumah kami sendiri. Rumah yang kami rasa akan berbaloi kalau usahakan dan memperindahkan setiap sudut dan segi rumah itu. Sikit saja lagi masanya untuk kami mendapat kunci. 99% rumah tu dah siap dah, tinggal 1% je lagi entah dari mana masalah hingga masih tertangguh lagi urusan serah kunci. Dah lajak hampir 6 bulan dah pun dari tarikh yang dijanjikan. Ya Allah, Tabahkanlah hati ini menanti setiap detik untuk masuk ke rumah  baru. Amin Ya Robbal Alamin. 

Subhanallah... 10 tahun kahwin, 7 kali pindah rumah!! 

09 Julai 2014

SELAMAT TINGGAL PESONA

        Kereta kesayangan kami sekeluarga. Memang kereta kebanggaan. Bodynya sungguh bersinar, kelancarannya memukau. Tapi akhirnya terpaksa kami lepaskan kau pergi. Di pusat jualan kereta terpakai aku menyembunyikan titisan air mata. Maaf, kami terpaksa melepaskan kau pergi wahai Pesona kesayangan kami. Suami bakal membayar duit bulanan rumah baru bermula November 2014 manakala kamu Pesona kadangkala hampir 2 bulan tersadai tanpa digunakan. Maka kami terpaksa memilih salah satu. 

    Tak terancang pun perkara ini akan berlaku tetapi suratan takdir berlaku juga. Terima kasih banyak2. Bersama kamu penuh kenangan. Semoga kamu akan dimiliki oleh keluarga Islam yang lain dan dijaga dengan baik lebih baik dari kami yang pernah bersamamu. Selamat tinggal.


26 April 2014

KE KUALA LUMPUR

      Hari ini pergi hospital INSTITUT JANTUNG NEGARA. ABANG PERGI ambil ubat kat sana. Dan macam biasa mesti ambil peluang datang sini untuk berjalan-jalan juga. Aimil dn mira paling gembira bila sebut nak datang sini. Teriakkan dari mereka minta nak tidur di hotel memang melucukan. Suka betul mereka pada hotel. Sebaik saja urusan abang selesai di IJN, abang terus memecut kereta ke tempat favourite nya. Tak lain tak bukan LowYat. Hah, di sini akhirnya mencatat sejarah aku angkat Tab 7 Lenovo untuk di dedikasikan buat anak-anak aku ni. 

      Sebenarnya dah ada Tab 7.7 Samsung satu. Tapi bila Amira dah umur 4 tahun ni pandai betul dia berebut dengan abangnya sampai ada rasa sikit tekanan pada kami ni. So, harap satu bab selesai. Jaga barang masing2 ye sayang. Kat LowYat je pun dah berapa jam. Dah nak malam dah pun. Nasib baik dah makan dulu. Punyalah lenguh kaki ni berdiri dan berjalan. Lepas tu pusing pusing cari hotel la. Kan dah kata kat Kuala Lumpur ni payah kalau tak booking dulu. Walaupun malam ni baru Sabtu malam. Kan dah penuh semua hotel. Tapi aku hanya membebel dalam blog ni je la, depan abang aku diam dan simpati je. Keluar masuk hotel tanya kekosongan tapi kebanyakannya dah penuh. 

     Alhamdulillah at last dapatlah juga di hotel MY Hotel. 150 ringgit semalam. 1 queen dan 1 single. Simple tanpa tingkap ke luar rasa lebih selesa. Maklumlah kalau bawak budak2 mesti sebagai ibu kita akan risaukan anak. Tingkap yang boleh dibuka dan tidak dipalang memang bahaya jika didekati budak. Malam pertama di sana tak pergi berjalan ke mana2 pun. Masa berpusing-pusing cari hotel tu abang tunjukkan Petaling Street dengan Kompleks Budaya. Tempat M Nasir dan seniman lain berkarya katanya..bestnya kalau dapat pergi. Tapi memikirkan masalah parking dan turut membawa anak-anak tercinta 2 orang ni..lebih baik nikmati tidur dari menghadapi kerenah mereka nanti. Hehe. 

     Esoknya pagi2 lagi bangun makan sarapan dan terus ke Ampang. Kat Ampang ni nak cari KK Home Deco. Hari tu jadi ahli sebab buat belian 200 ringgit ke atas. Dalam resit tu masih ada peluang diskaun hingga 50% lagi barang harga 50 ke atas berikutnya. At last terlajak juga angkat sampai harga 200 lebih tapi dapat diskaun banyaklah juga dengan kad diskaun yang ada. Mm tak sabar nak tunggu rumah baru siap nanti nak hias dan deco ala ala English stail pula..hehe. Dan perjalanan tetap diteruskan. Kami ke Home Depot pulak. Tempat favourite suami aku ke 2 di Kuala Lumpur ni. Dah puas pusing nun dia seberang jalan tu Sogo pula. Sila ikut saya ya en suami. Nampaknya sale brand Bonia sedang diadakan.Tapi teman tak berduit la nak angkat satu walaupun dah sale. Teman angkatlah juga Polo Hitam satu buat sandang ke pejabat. Kecil je pun tapi kiut.. 

      Destinasi seterusnya kami akan ke IKEA. Dan dalam perjalanan ke sana anak-anak berdua dah tidur dengan lenanya kat belakang. Aduh kesiannya nak dikejutkan. Berjalan pun tentu lenguh kaki mereka lagi. Akhirnya kami pulang ke Taiping. Tapi singgah lagi di My Din RTC untuk makan-makan dan berehat. Syukur sampai rumah dengan selamat walaupun lewat malam. Walaupun bawak anak-anak berjalan ni memang memenatkan tapi seronok. Walaupun mereka akan melupakan tapi kita sebagai mak dan ayah pasti akan ingat segala keletah mereka yang kita hadapi tu.. 

     Hari ni hari Ahad. Budak-budak seronok sebab cuti lagi. Aku tak berapa seronok sebab en abang kerja. Letih betul nak uruskan semuanya seorang diri. Tapi sempat lagi tulis dalam blogspot ni..hehe. Ok nak sambung kerja rumah. Jumpa lagi.

05 Mac 2014

UJIAN YANG KECIL

Sedihnya rasa hari ni diuji ALLAH dengan ujian yang ringgan je. Tapi terkesan sangat pada jiwa ni. Jam 6 pm tergerak hati nak cuci kereta sebab dah 2 minggu minta tolong suami cuci tak de pn ditolongnya. Tiba2 sedang cuci suami ada on call terus pergi macam tu je..bila kereta dah dicuci nak bukak pintu rumah nak masuk terus tak boleh. So tunggu sang suami pulanglah jawab nya. Lambat pula dia sebab dah bawak ambulans tadi ..nampaknya jam dah berganjak ke jam 7 lebih..hari semakin gelap suasana semakin sunyi dan aku masih terkurung diluar rumah. Bukannya seorang diri pun tapi aimil dan amira pun ada. Nampaknya gelak ketawa mereka pun tak mampu nak hilangkan resahku. Ambulan suami masih tak nampak2. Tiba2 terkenang akan nasib manusia yang tidak berumah. .dimanakah mereka akan tidur memandangkan rumah sendiri ada tapi tak boleh dimasuki. Tambah sarat jika ada anak2 yang perlu dibawa. Oh..malangnya nasib mereka. Tabahlah wahai sekeping hati yang diuji diluar sana. Mungkin aku bernasib baik hari ni mungkin juga aku tidak akan bernasib baik dikemudian hari. Kerja ALLAH siapa yang tahu. Moga tidak seburuk itu. Semoga sentiasa dalam naungan ALLAH.. AMPUNI HAMBAMU INI YA ALLAH...dan dalam remang senja berlalu pergi tu. .suamiku pulang dan tersenyum sinis pada kami..

27 Februari 2014

MELAWAT BUKIT BENDERA

Dengan izin ALLAH kami sekeluarga mendaki Bukit Bendera Sabtu yang lepas. Kami menaiki keretapi terbaru evolusi Bukit Bendera yang melambangkan kemodenan suatu unsur pengangkutan di Malaysia ini cewaah. Maklumlah teringat tahun 1993 ketika mendaki bukit tersebut dengan train macam dalam filem Ali Setan tu..hehe. Kini dengan harapan yang tinggi kami pun pergi lagi sekali untuk melihat keindahan Bukit Bendera ini..Layanlah gambar-gambar nie ok!!