Hari ni seperti biasa ada kerja di luar. Ada keperluan untuk pendaftaran GST diHotel Flamington anjuran North Perak Chinese Chamber Of Commerce & Industry. Hari tu dah lalui hari GST di Sekolah Menengah Tinggi Hua Lian, Taiping sehari suntuk pada hari Ahad. Takpelah, bertugas untuk kerajaankan!
Seperti biasa ceramah dijalankan dalam bahasa Cina. Memang tak fahamlah sangat-sangat. Biarlah mereka bergelumang dengan kefahaman mereka sahaja kalau itu boleh membantu. Taklah semua nak tala ke Kastam sahaja sehingga kami dah sebu untuk menjawab semua soalan.
Nampaknya kefahaman rakyat tentang GST dah semkain jelas dengan bantuan NGO yang turut serta terlibat dalam penerangan GST. Tapi masih ramai juga rakyat yang tidak ambil tahu lansung dan berasa amat tertekan hingga nak tutup perniagaan sebab tekanan GST ni saja. Kesian jugak kat mereka ni..apalah nasib negara dah nak laksanakan GST dalam tempoh beberapa bulan lagi.
Semua orang akan merasa kesannya. Bukan hanya yang terlibat dalam rekod GST sahaja, malahan seorang anak kecil yang membawa duit seringgit untuk membeli gula-gula pun akan terasa kenaikan harga..tunggulah mesti ramai yang kena maki dan silap haribulan boleh bergaduh sebulan dua pertama GST nie..harap-harap tak begitulah ye..kita kan 1 Malaysia.
Apa-apa pun aku dan rakan-rakan pasti berbangga sebab dapat jadi baris depan perlaksaan GST di Malaysia tercinta ni. Sama-samalah kita hadapi Malaysia future dalam era GST ni..layan gambar nie.
Majlis dah bermula, peserta dah mula berdaftar.
Para penjual Software turut mengambil kesempatan menjual software dimajlis ini.
Barisan Pegawai Kastam GST dah bersedia untuk pendaftaran. Posing dulu sebelum daftar!
Dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran :
1. Bawa Pendaftaran Syarikat SSM / Borang 13 dan Borang 9
2. Borang 49 (Pendaftaran Pengarah atau Maklumat Pemilik)
3. Email yang aktif. Satu syarikat 1 email sahaja.
4. Bank Statement Syarikat (Muka Depan)
5. Salinan Penyata Untung Rugi Syarikat 2013 atau bulanan terkini (untuk di scan).
Proses pendaftaran sedang dilakukan.