Syukur Alhamdullillah.. Tahun 2012 dijalani dengan syukur dan redha di atas ketentuanNya (Allah menunjukkan jalanNya). Ampunkanlah kami Ya Allah diatas kelemahan dan ketipudayaan syaitan ke atas kami sehingga membuat kami lalai ke atasMu sepanjang 2012 Ya Allah, jadikan 2013 ini tahun yang menyaksikan kami semakin mengerti akan hikmah Mu Ya Allah..kami hambaMu yang lemah dan hina memohon petunjukMu dan keberkatanMu,amin..Ya Robball Alamin..
Aku dan kamu sebagai hambaNya pasti menjalani setiap saat hidup dengan cerita masing-masingkan, aku ingin sekali mengongsikan hidupku, cerita suka duka..Kalau bukan unt berkongsi cerita dengan kawan-kawan aku berharap anak2 aku akan menyukainya bila mereka sudah besar nanti. Supaya mereka boleh ingat kemana,bagaimana,mengapa dan betapa sayangnya mak dan ayah mereka kepada mereka. Aku juga berharap akan kuat semangat untuk sentiasa mengupdate blog ini untuk kepuasan diriku sendiri..ok,Zetty. its begin a new year,newblog and last year story for just memory..insyallah!
Januari 2012
Bermula dengan tempat kerja.Ya, aku bersyukur kerana aku dah ditukarkan tempat
awal tahun ni. Kita tak dpt nafikn kadang2 ke'mood'an diri kita pd hari tu 30% di
mulai dgn tempat kerja. Mmm..beban kerja mmg selalu ada, cuma..oklah, Iam happy
sebab dapat tempat kerja baru..hihihiii!
16 Disember 2011, suamiku tercinta dpt serangan jantung ketika sedang bermain
badminton di Kuala Sepetang. Syukur ALLAH permudahkan, Jan 2012 abg dpt
tempat di IJN unt segera jalani pembedahan dan diringkaskan syukur pembedahan
berjaya. Bila kita hampir kehilangan seseorang tu baru kita tahu nilai betapa berharga
nya dia di sisi. Moga cinta dari sang suami berupaya untuk terus dicurahkan pada ku.
MAY
Buat pertama kalinya setelah sekian lama, kami sekeluarga merancang Family Day.
Lokasi pilihan kami ke Langkawi. 3 hari 2 mlm di sana kami hanya shopping dan
shopping. Beberap orang lelaki marah2 sebab tak dpt mandi laut..oposs, itu
merbahaya, permintaan tidakdiluluskan,sorry.
JUN
Amira anak perempuan mak bertuah dapat join PERMATA TASKA di Taman
Tasek. Ketika masuk umurnya tepat 2 tahun tapi sayang mulutnya berat lagi.
Esok mulalah Penggal Pertama tahun 2013 untuk persekolahan Amira di sini.
Nampak mcm pandai membutir kata-katanya. Jati diri dah nampak,semua dah nak
buat sendiri..gi it up Mira,mak sentiasa di belakang Mira menyokong dan
menyanyangi Mira..sayang anak mak nie.
DISEMBER
Selamat Tinggal 2012...
Selamat Datang 2013.