06 Januari 2013

PINDAH RUMAH

Aku akan berpindah ke rumah sewa di bandar Taiping. Jangan tak tau aku duduk kat Taiping sekarang, cuma dari 25 Julai 2012 hinggalah hari ini aku masih lagi di Kuaters Klinik Kesihatan Kuala Sepetang. Sesungguhnya duduk di Kampung memang best, tapi terlalu jauh rasanya ke tempat kerja dan tempat sekolah anak-anakku, akhirnya aku rasa penat. Dah tak larat dah rasanya nak berulang alik setiap hari lagi. Akhirnya aku dapat sebuah rumah unt disewakan..syukur. 

            Rumah yang terletak di Taman Saujana, Assam Kumbang ni mmg dekat sgt dgn tempat kerja aku,cuma kena keluar ke bandar sikitlah kalau nak hantar Aimil dan Mira. Its ok. Walaupun sedikit sebanyak aku masih risaukan kesihatan suami tapi Insyaallah, aku berserah pada Mu untuk menjaga kami semua..Insyallah. 

Ni gambar rumah sewa pada hari pertama bayar deposit:





Superhero aku dengan pantasnya menyiapkan semuanya seorang diri. Tak bagi aku tolong, serabut katanya, jaga anak-anak je !! Ok..ok..kalau itu yang dipinta, Manja snap gambar je la..huhu!


On the way tengah kemas..Selamat tinggal Kuaters Klinik!





Esoknya jam 11.30 lori sudah datang, lori pulak 2 tan. Alamak mana boleh skali angkat, dua kali angkut la jawabnya..letih ! letih !..




Sudah tiba, sudah tiba ke rumah sewa aku..!Angkat elok-elok almari saya tu pak cik,tu je yang saya ada..malas nak beli baru weh !!hihi



Kan dah penuh dengan barang yang bakal dipunggah. Tarikh sambutan Maulidur Rasul yang kami pilih untuk mengangkat barang memang sesuai memandangkan ia membawa cuti ke 5 hari untuk mengemas sepenuhnya. 

Tapi tak lupa juga kepada Hari Malidur Rasul ,  Salam dan Selawat ke atas Nabi Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. Semoga kita antara insan yang terpilih untuk mendapat syafaat Baginda di



 akhirat kelak..amin.!