07 April 2013

MAIN SUIS TERBAKAR

Dari mlm tadi, sebelum magrib hidung ni dah bau macam wayar terbakar. Baunya busuk dan menyakitkan hidung sungguh tapi tak kuat mana pun menggambarkan kebakaran wayar yang kecil. Pengalaman sebelum ni kalau terbau begini biasanya sekejap je, tak sampai sejam nanti hilanglah dan takkan berulang lagi. So kami sekeluarga pun keluarlah berfoya2 malam minggu kan. Kemana lagi kalau bukan ke pusat karaoke di salah satu pusat beli belah kat taiping ni.. Nampaknya dengan banyak perubahan gempak di pusat karaoke tu harganya pun melonjak naik hingga RM 19 sejam bagi bilik kecil. Oklah jugak harga tu kan, tapi please, lagu updatekanlah ok..ni kosong je list tu! lagu2 baru takde pun.. sedih! Ha ha.. pastu balik ke rumah jam dah kul 10. Masuk je rumah masih ada lagi bau wayar terbakar tu. Alahai dalam jiwa ni mula rasa kacau. Tapi dimana puncanya. Takpelah tidurlah dulu, harap masalah ni selesailah bila mata dh terbuka pagi esok. Anak2 pun cepat je lelapkan mata. Dan malam tu kami tidur dalam bau wayar yang terbakar dan busuk. Pagi esok masih lagi bau wayar terbakar menyelubungi rumah. Malah dah nampak kelabu asap dalam rumah. Jiwa kacau lagi, sesak dada dari sedutan bau malam tadi tak hilang lagi pagi ni bertambah sarat. Terus hubby alihkan set tv speaker dan segala benda alah atas kabinet tv tu takut dari situlah puncanya. Akhirnya barulah hubby perasan rupanya punca segala bau ini adalah berpunca dari kepala api di papan rumah ni..
Haa,Subhanallah, syukur pada ALLAH sempat memberi kami tahu dan jumpa puncanya. Mujurlah masih belum meletup atau terbakar. Dahlah langsir cantik melambai di sebelahnya. Perkara ni betul2 jadi pengajaran pada kami. Kalau ada bau terbakar dalam rumah kenalah chek main suis dulu. Maklumlah rumah sewa, rumah orang.. mungkin main suisnya dah sekian lama usianya dan tak mampu tampung berat penggunaan elektrik kami.. Tapi apa2 hal pun syukur. Suami pun dah letak yang baru., TQ hubby.

02 Februari 2013

DIGIGIT LINTAH


               Pagi ni bila bangun tidur, alamak dh trlewat bangun tapi masih brsemangat nak buat kerja sementara anak2 masih tidur. Sempat mandi je bila nak jemur kain si Mira dah bangun dan mengekori keliling aku sambil aku menjemur kain. Ha! sekarang mak nak basuh kereta, nk ikut boleh tp jgn main air. Bagai faham si Mira bawak pengaut dedaun dan seret ke sekitar halaman, sesekali dia petik sekuntum dua bunga yang berjuntai kat tepian jalan dan selit dirambutnya yg pendek tu ! oh,so sweet..


               




 Inilah kereta kesayangan yg aku bilas, basuh, siram, bilas, basuh, siram! Siap..Miraaa,mai masuk. Mak dah habis kerja. Hai, sempat lagi posing tu..!

                Ayah dah balik bawak breakfast, makan punya makan kiewteaw sup pedas sambil terasa pedih-pedih dihujung kaki. Tak pandang pun sebab tak terasa apa-apa so, selesai makan basuh pinggan barulah dapat duduk terjelepok kat lantai lepaskan penat lelah. Hishh..pedih lagi hujung kaki nie, spontan terperasan ada benda hitam kat dalam dalam celah kaki,ingatkan habuk maklumlah rumah baru pindah,banyak habuk bergumpal lagi. Tapi hitam sangat, gumpalan kain kot! aku pun lastik dengan hujung kuku, ceh! tak mau jatuh. Aku pun kuis dengan jari telunjuk, mak oii! lembik tak terasa apa-apa dek jari aku..pas tu baru terpelanting..tak jauh dari aku..tooing dia berdiri, mak oiii seekor lintah! pacat..!entah apa2 la aku jerit time tu. Nasib baik hero aku ada, dia gumpal tisu angkat bakar kat luar..huhu!



        Masa gambar ni diambil, celah kaki aku tu mulanya tak keluarkan darah pun lepas dah dicuci dengan kapas.Lepas 15 minit baru darah keluar banyak macam nie, hairan. Aku pun teringatlah dalam Nasional Geographic bila dia zoom mulut lintah tu, heeeii geli..beribu gigi !! aummm..


                Aku pun mulalah mengada-ngada dengan cik abang ( bila lagi kan !).. so sepantasnya, bantuan medik pun tiba!!..jeng jeng,skelip mata kaki aku pun berbalut..eleh,mengada betul kan,setakat pacat keriuk-keriuk gitu pun nakberbalut..ah!lembik. TQ Hubby, terasa diri mendapat perhatian darimu.. ( ingatkan dia nak buat tak peduli je ).. Love U..



         Inilah pengalaman pertama digigit lintah di celah kaki. Basuh kereta lagi selepas ini?..oh mungkin tidak, huhu!!

30 Januari 2013

LANGSIR DAH JAHIT







Dalam perkiraan nak masuk rumah sewa baru mulalah dalam kepala nak cari benda baru. Paling biasa-biasa je pun langsir baru ye dak??..abg dah bagi green light unt jahit langsir baru dan dah pilih warna pun unt digayakan. Tukang jahitnya akulah jugak. Memandangkan langsir cubaan aku yg pertama nampak berjaya, so..aku akn cuba jahit sendri langsir rumah nie.

Ni antara contoh langsir survey kat google la nie..


Kepala langsir tu,wow! cantiknya..













Akhirnya atas permintaan my darling warna pilihannya telahpun tersedia dan langsir pun mula dijahit..jeng jeng









dan inilah hasilnya bila dah terpasang di dinding rumah sewa.


tapi ni belum siap lagi ni, kepala langsir masih menjadi idaman hatiku . Entah bila nak siap ntah, siang kerja ofis malam kerja rumah ,sabtu dan ahad merewang pulak!ok,tunggu next picture my kepala langsir. daaa..

06 Januari 2013

PINDAH RUMAH

Aku akan berpindah ke rumah sewa di bandar Taiping. Jangan tak tau aku duduk kat Taiping sekarang, cuma dari 25 Julai 2012 hinggalah hari ini aku masih lagi di Kuaters Klinik Kesihatan Kuala Sepetang. Sesungguhnya duduk di Kampung memang best, tapi terlalu jauh rasanya ke tempat kerja dan tempat sekolah anak-anakku, akhirnya aku rasa penat. Dah tak larat dah rasanya nak berulang alik setiap hari lagi. Akhirnya aku dapat sebuah rumah unt disewakan..syukur. 

            Rumah yang terletak di Taman Saujana, Assam Kumbang ni mmg dekat sgt dgn tempat kerja aku,cuma kena keluar ke bandar sikitlah kalau nak hantar Aimil dan Mira. Its ok. Walaupun sedikit sebanyak aku masih risaukan kesihatan suami tapi Insyaallah, aku berserah pada Mu untuk menjaga kami semua..Insyallah. 

Ni gambar rumah sewa pada hari pertama bayar deposit:





Superhero aku dengan pantasnya menyiapkan semuanya seorang diri. Tak bagi aku tolong, serabut katanya, jaga anak-anak je !! Ok..ok..kalau itu yang dipinta, Manja snap gambar je la..huhu!


On the way tengah kemas..Selamat tinggal Kuaters Klinik!





Esoknya jam 11.30 lori sudah datang, lori pulak 2 tan. Alamak mana boleh skali angkat, dua kali angkut la jawabnya..letih ! letih !..




Sudah tiba, sudah tiba ke rumah sewa aku..!Angkat elok-elok almari saya tu pak cik,tu je yang saya ada..malas nak beli baru weh !!hihi



Kan dah penuh dengan barang yang bakal dipunggah. Tarikh sambutan Maulidur Rasul yang kami pilih untuk mengangkat barang memang sesuai memandangkan ia membawa cuti ke 5 hari untuk mengemas sepenuhnya. 

Tapi tak lupa juga kepada Hari Malidur Rasul ,  Salam dan Selawat ke atas Nabi Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. Semoga kita antara insan yang terpilih untuk mendapat syafaat Baginda di



 akhirat kelak..amin.!



SELAMAT TINGGAL 2012

Syukur Alhamdullillah.. Tahun 2012 dijalani dengan syukur dan redha di atas ketentuanNya (Allah menunjukkan jalanNya). Ampunkanlah kami Ya Allah diatas kelemahan dan ketipudayaan syaitan ke atas kami sehingga membuat kami lalai ke atasMu sepanjang 2012 Ya Allah, jadikan 2013 ini tahun yang menyaksikan kami semakin mengerti akan hikmah Mu Ya Allah..kami hambaMu yang lemah dan hina memohon petunjukMu dan keberkatanMu,amin..Ya Robball Alamin..

               Aku dan kamu sebagai hambaNya pasti menjalani setiap saat hidup dengan cerita masing-masingkan, aku ingin sekali mengongsikan hidupku, cerita suka duka..Kalau bukan unt berkongsi cerita dengan kawan-kawan aku berharap anak2 aku akan menyukainya bila mereka sudah besar nanti. Supaya mereka boleh ingat kemana,bagaimana,mengapa dan betapa sayangnya mak dan ayah mereka kepada mereka. Aku juga berharap akan kuat semangat untuk sentiasa mengupdate blog ini untuk kepuasan diriku sendiri..ok,Zetty. its begin a new year,newblog and last year story for just memory..insyallah!

Januari 2012              
Bermula dengan tempat kerja.Ya, aku bersyukur kerana aku dah ditukarkan tempat    
awal tahun ni. Kita tak dpt nafikn kadang2 ke'mood'an diri kita pd hari tu 30% di
mulai dgn tempat kerja. Mmm..beban kerja mmg selalu ada, cuma..oklah, Iam happy
sebab dapat tempat kerja baru..hihihiii!


16 Disember 2011, suamiku tercinta dpt serangan jantung ketika sedang bermain 
badminton di Kuala Sepetang. Syukur ALLAH permudahkan, Jan 2012 abg dpt                
tempat di IJN unt segera jalani pembedahan dan diringkaskan syukur pembedahan  
berjaya. Bila kita hampir kehilangan seseorang tu baru kita tahu nilai betapa berharga
nya dia di sisi. Moga cinta dari sang suami berupaya untuk terus dicurahkan pada ku.


MAY                          
Buat pertama kalinya setelah sekian lama, kami sekeluarga merancang Family Day. 
Lokasi pilihan kami ke Langkawi. 3 hari 2 mlm di sana kami hanya shopping dan         
shopping. Beberap orang lelaki marah2 sebab tak dpt mandi laut..oposs, itu
merbahaya, permintaan tidakdiluluskan,sorry.


JUN                            
Amira anak perempuan mak bertuah dapat join PERMATA TASKA di Taman
Tasek. Ketika masuk umurnya tepat 2 tahun tapi sayang mulutnya berat lagi. 
Esok mulalah Penggal Pertama tahun 2013 untuk persekolahan Amira di sini. 
Nampak mcm pandai membutir kata-katanya. Jati diri dah nampak,semua dah nak
buat sendiri..gi it up Mira,mak sentiasa di belakang Mira menyokong dan
menyanyangi Mira..sayang anak mak nie.


DISEMBER              
Selamat Tinggal 2012...
Selamat Datang 2013.