14 November 2023

PEMBEDAHAN BYPASS

Suami (kugelar abang) dah lama sakit jantung.  Serangan pertama sejak 2012 lagi. Sudah beberapa kali buat Angiogram dan dah masuk Stand pun.

Selepas suntikan vaksin Spritzer tahun 2020 sakitnya makin parah. Cukup 2/3 bulan lepas tu jantung semakin sakit jadinya. Akhirnya makan ubat bawah lidah tu 5 biji sehari. Allah..

Panggilan pertama untuk buat bypass pertengahan 2022 tapi tak boleh pulak sebab positive covid. Ujian PCR dibuat di klinik dua hari sebelum jadual pembedahan. Tak sangka pula positif ini bererti kali kedua suami aku positif.

Hampir 2 minggu sebelum tarikh bypass yang baru tiba-tiba suami diserang minor stroke. Mujur sempat dikejarkan ke hospital Taiping. Syukur alhamdulillah suami baik-baik saja selepas serangan strok kecil itu.

Allah Hu Akhbar

Kalau boleh tak mahu sampai ke tahap buat bypass sebab macam-macam cerita kita dengar. 

Ada yang selamat ada yang tak selamat ada yang okey ada yang tidak okey. Ada yang buat kali kedua pulak selepas selesai kali pertama.

Sesungguhnya kita bertawakkal hanya kepada Allah.

Kesian abang dah lama sakit. Akhirnya abang check in 21 September 2023 di IJN. 


Pembedahan dirancang 23 September tapi bila sudah check-in tarikh pembedahan diberi pada 26 September pula. 

Susah sebenarnya nak merancang masa bila sudah masuk IJN sebab IJN tidak ada ketetapan tarikh yang betul untuk memulakan operasi. 

Mereka bergantung kepada kehadiran pakar-pakar jantung termasuk dari Singapura dan juga waktu operation dipengaruhi tarikh-tarikh tertentu seperti kalau Cuti am dan Sabtu Ahad mereka tidak membuat operation seperti jadual kerja government yang normal.

Jadi susahlah isteri yang bekerja seperti aku untuk mengiringi suami. Mujur aku ambil terus satu bulan cuti separuh gaji untuk menjaganya. 

Bayangkan hari keenam berada di IJN baru nak dioperate. Kos perbelanjaan hotel dan makan jangan ceritalah. Moga Allah murahkan rezeki kami. 

Hari Pembedahan.

- 26 September 2023.
Tak tenang tidur sejak malam tadi. Akhirnya 3.30 pm abang masuk bilik bedah. Dalam hati tak putus-putus berdoa.

9.30 pm IJN hubungi beritahu abang sudah berada di ICU. 6 jam tempoh operate. Bila kami sampai di ICU abang penuh dengan wayar di muka dan seluruh badannya, Amira menangis melihat keadaan ayahnya. Aku sebak tapi aku tahu suami aku kuat.

Haulullah 
Quwatullah 
Qudratullah
Ya Qadir

Malam tu diberitahu jangan tutup handphone sebab apa-apa hal bilik ICU akan call minta waris datang. Punyalah aku tak lena tidur. Adik pandang handphone saja. Syukur lena hingga ke pagi.

27 September
- Kami dibenarkan berjumpa dia semula jam 12 tengah hari esok waktu melawat. Itu pun selama 1 jam sahaja. Tapi Syukur sangat-sangat bila kami kembali keesokkan harinya abang dah bangun dan boleh berbual-bual.

Cuma abang nampak kesakitan sikit sebab ubat bius dah mula hilang malahan badannya kena menelentang sahaja tak boleh kali ke kanan atau ke kiri. 

Sekali-sekala abang minta diangkat katil elektriknya lebih tegak dan kaki direndahkan. Kami juga terpaksa tarik-tarik tangan abang sebab dia lenguh sangat. 

Aduh kesiannya abang. Abang langsung tak makan lebih 24 jam. Tak ada selera katanya, dah dua tiga kali juga dia muntah-muntah. Sementara itu tiub-tiub di muka dan badannya masih belum dicabut. 

Petang lawatan jam 6.00 - 7.00 pm sahaja. Syukur abang semakin membaik.

28 September
- Hari kedua jam 12 tgahari kami sampai ke bilik ICU dapati abang di pakaikan saluran pernafasan yang bersaiz besar. 

Keadaan abang agak stress kerana dari pagi dia di pakaikan tiub pernafasan bersaiz besar tu. Ada kalanya dia tak bergerak kerana menahan rasa tak selesa. 

Aku tahu bgmana rasanya sebab masa bersalinkan kedua-dua anak memang mereka ada pakaikan saluran tiub pernafasan tu dalam hidung aku. Memang berpinar mata dan pedih sampai ke organ otak rasanya. Itu yang kecil halus punya tiub.

Ni yang dalam lubang hidung suami aku punyalah besar saiz tiub sebesar jari kelingking. Bunyi oksigen yang masuk Ya Rabbi macam ribut taufan menyumbat dalam kepala abang. 

Abang kata dari pagi jam 7 pagi depa dah sumbat oksigen tu, aku pun ajar abang demi keselesaan minta dia keluarkan sikit saluran tiub tu dihujung hidung.

Punyalah takut abang nak cabut, takut kena marah kot. Last-last dia tolak keluar tiub sikit barulah dia nampak selesa dan normal. Nampak lebih selesa bernafas dan Alhamdulillah bacaan nafasnya tetap stabil dan maxima.

Alhamdulillah empat hari di ICU abg dipindahkan ke wad biasa. Abg boleh bangun tapi aku mandikan di tandas. Kemudian abang menerima sedikit taklimat ringkas dari pegawai fisioterapi yang mewajibkan abg berjalan 20 minit sehari dan membuat beberapa senaman dada. Alhamdulillah sepanjang disana abang dapat lakukan dengan baik.

Akhirnya selepas 7 hari tempoh pembedahan abang dibenarkan keluar IJN. Syukur abg nampak sihat sangat bila sampai ke rumah.

Terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang insan ini menerima nikmatMu sekali lagi..

ALLAH HU ROBBI
LAILAHAILLALLAH ANTA..
SUBHANAKAINNI KUNTUM MI NAZZOLIMIN

MASUK IJN : 21 SEPTEMBER 2023
PEMBEDAHAN: 26 SEPTEMBER 2023
KELUAR IJN : 3 OKTOBER 2023.