13 Oktober 2022

SERANGAN SAKIT PADA SUAMI

Bismillahi Rahman nir Rahim hari ini baru aku ada kekuatan untuk bercerita tentang perkara yang terjadi kepada aku pada 25 September 2022.

Kami sekeluarga sedang bersiap seawal 6.00 pagi untuk bertolak ke Selama. Ada  program disana tapi Jan 7.30 pagi hanya suami aku belum siap.

Aku pun menjenguk dia di belakang bilik belakang aku tengok dia sedang berdiri menghadap almari berdiri tegak dan tidak bergerak dan  belum berbaju aku pun tegur dia aku tanya, " abang kenapa belum siap?" dia diam dan tak bergerak berdiri kaku.

Kemudian aku kuatkan suara lagi " abang, kenapa belum pakai baju tu?" masa tu dia tolehkan kepala dia tapi badan masih tegak mengadap almari.

Matanya terbeliak tapi dia tak pandang aku, lepas tu dia pandang kanan dia pandang kiri lagi dengan mata terbeliak dan pergerakan sangat perlahan macam patung.

Aku berkata dalam hati, ini dah lain macam ini dah bukan macam suami aku, kata aku.

 Aku terus terpa dan meletakkan dia baring di atas katil sebelah almari kemudian masa tu dia langsung tak boleh bergerak terus aku selimutkan dia dengan tuala dia dan aku ajar dia mengucap.

Masa tu mata dia terbeliak ke atas dan kemudian perlahan-lahan tertutup dan tiada pergerakan langsung selama hampir 10 saat.

Aku jadi sangat panik sampai tak tahu nak buat apa hanya mengajar suami mengucap 
Lailahaillallah 
Lailahaillallah 
Lailahaillallah 
dan seperti elektrik dia terbuka mata dan ucap Lailahaillallah berkali-kali dengan jelas dari mulut dia.

Lama kelamaan bunyi lailahaillallah semakin tak jelas tapi masih berbunyi Lailahaillallah.

Kemudian aku menangis aku berkata Ya Allah jangan hari ini, jangan hari ini Ya Allah.

Hari ini adalah hari program penting anjuran guru kami. Kami tak mahu jadi pengkhianat yang tidak hadir ke sana memandangkan hampir separuh program itu melibatkan aku dan suami.

Tapi takdir menentukan dalam 10 saat tu suami semakin baik dia dapat mengelipkan mata beberapa kali dan lancar mengucap lailahaillallah kemudian ajaibnya dia tiba-tiba dia bangun duduk dia tunjuk kearah baju.

Aku baringkan dia balik tapi dia tunjukkan arah baju aku pun mengambil baju berwarna hijau t-shirt biasa dan disarungkan kepada dia. 

Dia menolak untuk pakai baju tu dia tunjukkan baju korporat merah yang sepatutnya dia pakai untuk majlis hari ini.

Nampaknya dalam kepala dia masih ada niat untuk pergi ke majlis itu.  

Aku juga masih bingung masa tu tiba-tiba aku dapat satu semangat aku kata ini tak boleh jadi kami kena tekad batalkan majlis hari ini apa nak jadi jadilah kesihatan suami perlu diutamakan.

Aku ambil ubat jantung bawah lidah dia ternyata keadaan dia semakin memburuk dia tak boleh buka mulut untuk kemam ubat tu dan dia tak boleh bercakap. Bunyi yang keluar dari mulutnya sama seperti bunyi orang strok!!

Masa tu aku baru sedar yang dia kena stroke sebelum ni aku ingatkan serangan jantung sahaja. Aku tukar baju dan terus ke hospital aku drive sendiri dia duduk disebelah semasa dia duduk disebelah aku bagi dia minum air tapi dia tak boleh minum seolah-olah tak merasa air tu masuk air tumpah balik ke baju dia. Aku sedih sangat masa tu.

Sekali-sekala dalam beberapa saat dalam kereta keadaan dia nampak okey dia pandang kanan pandang kiri seolah-olah sedang menikmati pemandangan pagi itu sambil menggenggam genggamkan tangan dia.

Aku ambil jari dua tunjuk depan dia " abang nampak tak jari ni berapa? cuba sebut dua?" aku suruh dia ikut dua tapi yang keluar dari mulut dia hanya ucapan Lailahaillallah.

Kemudian aku tunjuk ubat depan mata dia dia tak dapat cari ubat depan mata dia terpandang kanan dan kiri.

Dan bila sampai depan pintu hospital emergency aku keluar dari tempat memandu untuk turunkan dia dan aku terkejut sebab dia dah buka pintu dan turunkan sebelah kaki dia masa tu aku rasa bersyukur keadaan dia sangat elok masa tu kemudian pekerja hospital tolak kursi roda dan letakkan dia di situ.

Walaubagaimanapun ketika itu dia tak boleh bercakap langsung.

Aku diarahkan parking kereta dan aku tinggalkan dia di situ bersama Aimil. Bila aku kembali dia diletakkan di zon merah. Hari tu hari ahad aku bersyukur sebab tak ramai orang sunyi sangat kalau hari biasa entahlah pening kepala parking pun takkan ada malahan tempat nak duduk menunggu pun tak ada.

 7.15 pagi dia masuk zon merah dalam 9.15 pagi mereka pindahkan dia ke wad CCU.

Jam 6 petang waktu melawat tu baru aku dapat tahu kondisi dia sebenar dari doktor.

Dari results scan ada blok darah beku disebelah kiri otak bererti ada efek stroke disebelah kanan badan tapi mereka kata effect block tu menghasilkan strok yang sangat rendah kesannya.

Mereka juga tak bagi suami aku makan sepanjang hari tu bererti sudah 12 jam dia tak makan dari semalam dan mereka tetap tak bagi suami aku makan sampai esok pagi sebab nak buat sekali lagi CT scan brain tu. 

Mereka takut ada kesan pendarahan lain sebab mereka terpaksa bagi ubat cair darah dalam dos yang tinggi kepada suami aku.

Kesan ubat tu asbab dia kembali normal dan dapat bergerak seluruh tubuh dengan normal semula.  Alhamdulillah dengan izin Allah.

Dari 5.00 petang sampai 7 malam waktu melawat aku bersama suami aku aku dapati suami aku sangat sihat dan bertenaga dia boleh duduk sendiri dan berkalih badan sendiri malahan dia sudah boleh mengangkat punggung sendiri untuk ke arah kiblat. Syukur Ya Allah.

Tapi satu saja, dia tidak mempunyai ingatan dia tak boleh sebut nama aku ni cuma boleh kata dia ingat namaku tapi dia tak boleh sebut.

Dia asyik kata dia ingat aku tapi bila dah hampir sejam ingatan dia seolah-olah kembali pulih dan dia menyebut nama anak-anaknya si Aimil dan Amira dia juga menyebut mak dan abahnya.

Kemudian dia minta kunci dia sebut kunci aku pun bagi dia kunci kereta tapi dia kata bukan kunci nak sebut kunci dia kata dia ambil kunci tu dia toreh-toreh tilam nak mengatakan kunci rupanya dia minta pen. Pen tu dia sebut kunci!!! aku pun minta dari misi aku ingat dia nak tulis sebab dia tak dapat bercakap dengan betul dia nak tulis rupanya dia tidak boleh menulis dia langsung.  

Dia tak boleh menulis huruf abcd dan dia pun terkejut kenapa dia tak boleh tulis?

Dia asyik ulang kenapa tak boleh tulis ni? kenapa tak boleh kunci ni? dia masih sebut perbuatan tulis tu sebagai kunci !! 

Aku memujuk suami. Aku kata ini kesan ubat sebab tu dia tak boleh ingat untuk menulis dan bercakap. 

Kemudian aku bagi tahu dia masa tu jam dah pukul 6 petang. Dia terkejut dan kata "Allah, tak solat lagi !! dia langsung tidak mengingati waktu tapi dia ingat pukul 6 dia belum solat kemudian dia minta nak solat aku pun ambil spray dan spray ke tangan dia untuk berwuduk.

Masa ambil spray tu dia lumur ke tangan dia kemudian dilumur ke muka dia kemudian dia kata "Ya Allah kenapa tak ingat ni (step wuduk)? kenapa tak ingat ni? kemudian dia lumur tangan ke siku kemudian dilumur kaki.

Selesai berwuduk dia pusing ke arah kiblat terus dia solat. Dia tak ingat nak baca apa dan aku membacakan Al Fatihah. Bila ku baca Al-Fatihah terus dia ingat dan dia baca sendiri. 

Dia menangis masa solat dan aku pun turut menangis sama mungkin dia sedar sesuatu sedang berlaku pada diri dia.

Aku suruh dia sabar dan ingat kepada Allah sesungguhnya Allah tidak zalim aku kata pada dia lupakanlah semuanya ingat kepada Allah sahaja.

Lepas aku keluar Aimil masuk kemudian Mira masuk jumpa ayah dia. Mira masuk pun tak lama sebab aku tak bagi dia cakap banyak dengan ayah tapi dia keluar dengan tangisan.

Dia menangis semahu-mahunya dia kata lepas dia cium tangan ayah untuk balik, ayah pun cium tangan dia. Mira tak henti-henti menangis sampai masuk dalam kereta sambil sebut dosa-dosanya pada ayah. Dosa seorang anak perempuan yang nakal.

Aku bagi tahu sebelum ni mak dah banyak kali pesan kat mereka jangan sakiti hati ayah sebab ayah tu sakit dan bila-bila boleh berlaku perkara yang tak diingini pada ayah.

Aku pun ingat aku dah kehilangan suami aku pagi tadi tapi ternyata Allah masih panjangkan umur dia Allah masih memberi keajaiban kerana Allah masih sayang pada kami terima kasih ya Allah.

Sekarang suami aku Alhamdulillah semakin baik dan semakin sihat. 

Syukur Ya Robbal Alamin