Assalamualaikum saudaraku Mukmin dan Mukminat.
==========================================
1. Sesungguhnya hari Jumaat adalah hari yang suci dan mulia.
2. Hari Jumaat juga adalah hari perjuangan bagi setiap orang Mukmin dan Mukminat.
3. Hari Jumaat ini adalah Penghulu segala hari.
4. Hadis - Daripada Abi Lubabah bin Abd al-Munzir, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
- “Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu kepada segala hari dan seagung-agung hari di sisi Allah yang mana keagungannya itu di sisi Allah lebih agung berbanding hari raya Aidiladha dan juga Aidilfitri.
- Ini kerana, pada hari tersebut terdapat lima perkara besar iaitu:
- Padanya diciptakan, diturunkan ke bumi dan diwafatkan Nabi Adam.
- Padanya juga terdapat satu masa apabila seseorang itu meminta sesuatu kepada Allah pasti akan diberikan kepadanya selagimana dia tidak meminta sesuatu yang haram.
- Padanya juga akan berlakunya Kiamat dan pada hari itu juga (hari Jumaat)
- Tidak ada malaikat yang dekat dengan Allah, di langit, bumi, angin, gunung dan laut melainkan takut dengan keagungan hari Jumaat.”
- [Riwayat Ibn Majah (1084)][Riwayat Ahmad (15548)][Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai sanad hadith ini adalah dhaif disebabkan Abdullah bin Muhammad bin Uqail atau Ibn Abi Thalib al-Qurasyi. Ibn Hajar mengatakan beliau seorang buruk hafalannya tetapi riwayatnya boleh dijadikan sokongan. Adapun perawi yang lain adalah thiqah]
5. Hari Jumaat juga adalah hari berlakunya kiamat.
- Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
“Sebaik-baik hari apabila terbitnya matahari ialah pada hari Jumaat. Padanya diciptakan Adam, padanya juga dimasukkan Adam ke dalam syurga dan padanya juga dikeluarkannya (Adam AS) daripada syurga serta tidak akan berlaku kiamat melainkan pada hari Jumaat.” [Riwayat Muslim (854)
6. Hari Jumaat juga adalah hari perjuangan besar bagi orang Mukmin Mukminat.
7. Sekiranya pada hari Jumaat sekecil amalan mukmin membawa kepada peningkatan Iman maka begitu jugalah hari Jumaat adalah hari perjuangan untuk DAJJAL menghancurkan Iman.
8. Maka perbanyakkanlah amalan di hari Jumaat yang mulia ini.
9. Amalan mulia di hari Jumaat :
- Membaca Surah al-Kahfi
- Membaca Surah al-Sajadah dan Surah al-Insan
- Bersihkan diri pada hari Jumaat
- Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW
- Lakukan solat duha
- Lakukan sunat sunat qabliah dan ba’diah Zuhur
- Berdoa pada hari Jumaat
- Peruntukan waktu untuk beribadah pada hari Jumaat
Moga kita terhindar dari fitnah DAJJAL. amin.