04 April 2019

HENTIKAN LANGGANAN APLIKASI ANDROID DAN POTONGAN DUIT DARI GOOGLE ANDROID


Pagi ni aku dapat mesej dalam handphone, bunyinya seperti dibawah ↓↓↓



tu diaaaa RM 339.99 nasib baiklah kad kredit aku dah di terminate !! Jadi dia reject potongan tu, kalau tak confirm potong terus. Sebelum ni banyak kali dah dapat mesej macam ni tapi bawah RM 10 la...konon boleh pejam mata je la..

 So kali ni tanya Mr Google dia bagi solution macam ni :

1. Mula-mula buka ANDROID APPS. Kemudian klik 3 line diatas sebelah carian Google Play tu. Opss,aku guna bahasa melayu sebagai bahasa paparan so yang tak faham tu sorry..!





2. Selepas klik akan keluar pilihan ini. Pilih Langganan. 




3. Kemudian akan keluar paparan Langganan. Dari sinilah kita akan lihat sebarang langganan samada kita sedar atau tidak !!. Macam dalam kes aku tadi, tu diaaa Amira la ni pandai-pandai download game dan subsribe (ntah macamana dia buat ntah)..nampak tak Future Me Game - RM 339.99 !!?..bertuah anak.




4. Jadi klik lama-lama sikit petak game tu dan akan keluar Urus Langganan macam kat bawah ni. Dibawah sekali ada pilihan BATALKAN LANGGANAN. Jangan ragu-ragu atau was-was sila tekan itu dengan segera !!



5. Maka setelah selesai menekan BATALKAN LANGGANAN itu maka akan dihapuskan terus program itu dari senarai langganan kita. Untuk pengehtahuan jika hanya uninstall apps sama sekali tidak akan menghentikan jumlah duit langganan tersebut. Selagi tak tekan ayat batalkan langganan tu sampai bila-bila la dia dok potong jeee.

Jadi sebagai ibu bapa yang sering pinjamkan handphone kepada anak kenalah selalu periksa handphone macam aku ni. Itu pun jadi kes juga terlepas pandang. Harap dapat membantu. 

Good Luck !!

13 Januari 2019

MENGAJAR ANAK MEMBACA

       Ketika Amira masih kecil dalam umur 6 tahun aku ada buat rangka abc begini untuk anak aku senang nak belajar mengeja. Sekarang dia dah sembilan tahun aku ingin kongsikan apa yang pernah aku buat dulu. 


        Tips apa pun yang kita sediakan untuk anak kitalah yang kena jayakannya. Anak akan berjaya jika kita sebagai ibubapa tak putus asa. Insyaallah Allah permudahkan. 





















KEINDAHAN TAMAN TASEK TAIPING

Tujuh tahun menetap di Taiping kuingin kongsikan keindahan Taman Tasek Taiping.    Silakan layan gambar dibawah.